Masih Menarikkah Zoo Melaka And Night Safari


Masih menarikkah Zoo Melaka? | Tahun ini perayaan Eidul Adha kami sekeluarga sungguh berlainan. Ada yang terpaksa bekerja (intern terpaksa mengganti pekerja senior) dan ada pula yang balik ke kampung sendiri. Agak ralat jugalah tetapi kena rasional, kalau semua nak balik ke utara dua tayar kereta perlu diganti dahulu, lagipun bulan depan road tax kereta dan house owner takaful rumah ni akan mati bulan depan. Letih oih memikirkan duit yang nak keluar mencurah macam air paip. Walau bagaimanapun, yang seorang tu tetap tak boleh bercuti... kasihan pula kite. Mak kan?
Dalam pada tercari-cari tempat untuk bercuti singkat bersama Geng Bas Sekolah Set B terus teringat Zoo Melaka. Oleh kerana kami dari Kuala Pilah kami ikut Jalan Tampin, singgah sekejap di Freeport A Famosa Outlet (geram kita tengok kasut dan handbags) kemudian masuk highway PLUS dan keluar di Ayer Keroh. Tak ingatlah berapa kena bayar tol tapi masuk tol tu keluar di Senawang kena RM8.50 . Dekat je zoo ni dengan plaza tol Ayer Keroh. Jika dari bandar Melaka ia hanyalah berjarak 13km. Dekat benau

Kami pergi hari Khamis pun ramai pengunjung, kalau pergi weekend macam manalah agaknya ya


Sejarah ringkas Zoo MelakaZoo seluas 54 ekar ini telah ditubuhkan pada 1963 bersama-sama dengan Zoo Negara yang di Kuala Lumpur tu. Awalnya dikendalikan Kerajaan Negeri Melaka tetapi sejak 2013 telah diswastakan kepada KKW Sdn Bhd dan diberi nama Melaka Zoo and Night Safari. Asalnya sebagai penempatan binatang liar yang diselamatkan kemudian ditambah baik kemudahannya sebelum dibuka kepada umum. Sehingga kini pihak Zoo Melaka masih mengekalkan tujuan asalnya sebagai "lokasi selamat" bagi binatang seperti burung, kelawar, harimau, singa, gajah, zirafah, rusa, zebra dan lain-lain lagi

Zoo Melaka terletak bersebelahan Ayer Keroh Country Club yang masih kekal hijau. Tidaklah binatang tu terkejut bila nampak apartment di sebalik tembok

**Volunteer and education programmes available**
Zoo sebagai pusat rekreasi dan pendidikanKita selalu compare sistem pendidikan negara sendiri dengan Finland dan Norway kan? Kita saksikan mereka berlari berkejaran di halaman sekolah. Dibiarkan memanjat pokok. Persoalannya adakah kita sendiri sebagai ibu bapa sudi melapangkan masa membawa anak-anak ke tempat yang mereka boleh belajar secara santai? Pergi ke taman permainan, panjat pokok, masuk hutan, bermain pasir di pantai dan sebagainya?

Memang letih oih melayan bebudak, sesi soal jawab tak habis habis. Walaupun yang seorang tu dah tingkatan satu, kami masih meletakkannya dalam set B. Yang set A tu takkan nak mereka masuk ke zoo lagi... dah remajalah katakan... Jika kita nak instil minat anak-anak kepada muzium... alam... rajinkan bawa mereka ke tempat tersebut sewaktu mereka kecil. Kalau tidak asyik nak panggung wayang dan shopping complex saja ditujunya. Menghabiskan duit yo kojo eh

Oleh kerana aku pernah ke Taiping Night Safari so i decided untuk membawa anak-anak melihat binatang di waktu siang. Biar nampak jelas di mata dan aku pun boleh menerangkan kepada mereka berdasarkan informasi yang terdapat di luar kandang tu, baru mak nampak bijak sket hahaha.... padahal aku pun baca je

Lima tahun dahulu si baju purple masih dalam perut. Berulang kali dia cakap, terima kasih mama bawa dik pergi zoo. Allahu..


Yang kiri tu Greater Kudu (Tragelaphus strepsiceros) yang banyak di timur dan selatan Afrika. Aku memula semua bantai sebut rusa hahah..

Ostrich atau burung unta. Kulitnya dibuat handbag berharga ratus ribu yang banyak dirampas hari tu. Cengkerang telurnya sangat keras. 
Walaupun berada di kawasan hijau yang teduh aku layankan saja bebudak tu nak naik tram. Tapikan, lepas turun dari tram bebudak tu ajak berjalan kaki!! Aduhai... tak puas katanya sebab tram bergerak agak laju. Terkena lagi, membazir je bayar tram

Fyi during my last pregnancy five years ago, aku berjalan kaki mengelilingi Zoo Melaka dengan janin TUJUH bulan dalam perut. Fuhhh... melayan anak punya pasal, jadi janganlah ko hairan sangat dalam keadaan tak pregnant ni aku boleh berjalan lebih jauh dari itu. Alangkan memboyot pun aku boleh berjalan 3.4km dua setengah jam dalam zoo tu dengan sakit sendi punggung lagi waktu tu... gigih kan? huhu... Aku harap anak-anak ni sudilah bawa mak mereka ni tengok dolphin kat Australia tu bila besar nanti. Mak mengharap, nak 😄😄 
Kebanyakan binatang di Zoo Melaka jenis yang biasa dengan cuaca Malaysia. Of course ada pros and cons tentang pembukaan zoo. Ada pihak yang tidak bersetuju, mereka mahukan binatang lepas bebas di habitat asal. Bagi yang bersetuju pula, hujah mereka di sinilah kita dapat mengenal lebih banyak binatang secara live. We can even touch some of them. Kan seronok tu? 
Tiada aktiviti menunggang gajah. Yang ada peluang untuk menyuap gajah dengan sayuran yang disediakan. Not free eh, sedikit bayaran dikenakan demi kesejahteraan binatang-binatang di situ. Bela kucing seekor pun costly dengan makanan, pasir, rawatan dengan doktor veterinar inikan pula satu zoo



Aku rasa orang utan binatang yang menarik. Orang utan paling banyak di Sabah dengan kadar populasi 11 ribu ekor manakala di Sarawak 1,300 ekor. Jumlahnya tinggi di Sabah kerana ada pusat konservasi dengan hutan simpan yang luas untuk dijadikan habitat semulajadi

Lihat gambar di bawah. Yang di atas buaian tu Icha, 10 tahun, bersama ibunya Mardhia. Berat Icha lebih kurang 40kg manakala ibunya 60-70kg. Mana bapaknya? Ada... dipinjamkan ke tempat lain. Bila penjaga tu kata dipinjamkan aku terus teringat kepada lelaki yang viral di socmed yang bangga menyuruh isterinya berdikari walaupun pregnant. Eh, macam sama pulak, sperm donor 😄

Penglihatan tapir terhad jadi mereka sangat bergantung kepada deria bau dan pendengaran yang tajam. Tapir suka tinggal berhampiran air, suka mandi juga berenang serta mampu memanjat bukit yang curam. Kebanyakannya aktif waktu malam walaupun bukan haiwan nokturnal. Eh, baru aku tahu rupanya tapir/tenuk/cipan/badak tampung tu sama hehehe.... tenuk selalu jadi 'bahan'. Kesian dia

The Malayan Tapir atau Asian tapir (Tapirus Indicus) ialah yang terbesar dalam lima spesis tapir dan satu-satunya berasal dari Asia

Sunbear di bawah namanya Bujang. Setiap sunbear ada corak berlainan berwarna kuning di dada. Kena tunggu beruang ni berdiri baru nampak. Lidahnya boleh memanjang sehingga 25cm dan ia tidak berhibernasi bila di dalam hutan kerana sumber makanan yang banyak. Dalam keadaan biasa ia nampak jinak tapi jangan masuk ke kawasannya, garang oii bila rasa terancam. Feeding time 10.30  pagi dan antara 3-3.30 petang



Feeding time and bird show:Ada aktiviti yang melibatkan penonton. Sesiapa yang volunteer akan diberi peluang untuk bergambar secara percuma dengan binatang, penonton lain dikenakan bayaran RM5 jika berminat




Harga tiket tram: 
RM6 dewasa / RM4 kanak-kanak
(setiap setengah jam)

Tips melawat Zoo Melaka:Firstly, aku rasa lebih baik berjalan kaki untuk kepuasan yang lebih. Bukan sahaja kita boleh bercerita tentang binatang kepada anak-anak tetapi juga mengenai tumbuhan

1. Aku rasa takdelah panas di dalam tu sebab pokok pun besar tetapi kalau muka hang pakai produk pengelupasan kulit silalah bawa topi dan sunglass. Boleh juga bawa payung tetapi ada je tempat berteduh sekiranya hujan

2. Insect repellant? Takde pun kena gigit nyamuk

3. Pakai kasut yang sesuai. Tak terasa jauh berjalan kalau kaki tak sakit

4. Jika ada penjaga binatang di situ, tanyalah apa apa yang anda mahu tahu. They're trained and well informed

4. Binatang ada dietnya sendiri. PLEASE do not feed them. Geram pula aku tengok perangai manusia ni, penutup botol air mineral pun ada dalam kandang. Daun pokok hiasan pun nak disuap kepada monyet. 
5. Please do not provoke them. Masukkan dalam kandang rimau kang...nak?

6. Jangan masuk ke dalam kawasan larangan. Walaupun kau selalu langgar lampu merah di jalanraya, please behave bila masuk zoo. Jangan sampai binatang tu confuse siapa yang binatang

7. PLEASE PLEASE PLEASE KEEP OUR ZOO CLEAN. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Silalah jadi masyarakat yang bertamadun


Harga tiket terkini Zoo Melaka:

Binatang di zoo ini takdelah nampak kurus kering dan munasabah jugalah keluasan kawasan untuk mereka bergerak cuma mungkin ada satu dua yang perlu diperbesarkan lagi. Kalau burung tu boleh bebas macam di KL Bird's Park bagus juga. Lagi satu, sayuran untuk gajah tu bagilah lebih... kacang panjang secekak baru singgit


MELAKA ZOO & NIGHT SAFARI
Jalan Hang Tuah JayaAyer Keroh, 75450 Melaka
Hotline: 1300 22 3000 / +606 232 4054
Faks: 606-232 5859
[email protected]

Waktu beroperasi: 
Zoo 
8.30 pagi - 5.30 petang

Night Safari
Jumaat dan Sabtu malam serta malam menjelang cuti umum 8 malam - 11 malam


**Maaflah, kualiti sesetengah gambar agak teruk. Guna  handphone je, bila low lights memang ke laut. © copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2018/08/masih-menarikkah-zoo-melaka-and-night.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zoo Melaka 10 09 2016

Zoo Melaka 10 09 2016

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 273 hits
dah lama br nak update kat blog Dsj2 bawak kakak ali imran jalan kakak xpenah tgk haiwan2 kat zoo secara live aritu kat skolah kakak ade wat lawatan tp kakak xdpt ikut sian kakak jdnyer pg ni pun xplan sgt pun jumaat tu ibu cakap kat ayah j...
Meski Desainnya Gitu Gitu Aja Suzuki Apv Masih Oke Untuk Pasar Ekspor Dan Domestik

Meski Desainnya Gitu Gitu Aja Suzuki Apv Masih Oke Untuk Pasar Ekspor Dan Domestik

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 205 hits
Suzuki APV diminati pasar ekspor sejak pertama kali dikapalkan pada 2004 Total jumlah ekspor Suzuki APV mencapai 223 341 unit Dipasarkan ke 89 negara yang tersebar di kawasan Afrika Asia Timur Tengah Oseania Amerika Latin dan Karibia
Daun Masih Hijau Walau Disimpan Lama Bagaimana Caranya Lah Kan 8359

Daun Masih Hijau Walau Disimpan Lama Bagaimana Caranya Lah Kan 8359

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 299 hits
Teknologi Freeze dried Daun kari Hari ni saya nak buka satu lagi lobang Yang ini jarang orang tahu Tapi ia baik untuk dibuat atau diamalkan Daun kesum Dulu saya berkerja dalam makmal Nestle Kot nak tahu perencah perencah Nestle tu memang di...
Manajer Pabrik Kacamata Dibunuh Istri Dan Anak Masih Hilang

Manajer Pabrik Kacamata Dibunuh Istri Dan Anak Masih Hilang

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 376 hits
Manajer pabrik kacamata dibunuh istri dan anak masih hilang Menurut laporan warga Muhajir terakhir terlihat Senin malam Keesokan paginya Dessy menelepon orangtuanya Namun berkali kali panggilannya tak mendapat jawaban
Menko Darmin Impor Masih Tinggi Dan Ekspor Lebih Lambat Di September 2018

Menko Darmin Impor Masih Tinggi Dan Ekspor Lebih Lambat Di September 2018

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 273 hits
Kelihatannya impornya masih terus Tapi ya seberapa jauh saya belum bisa bilang tapi ya pertumbuhan impor masih tinggi ekspornya tetap lebih lambat
Masih Di Bali Jokowi Batal Sepanggung Prabowo Di Acara Pergerakan Indonesia Maju

Masih Di Bali Jokowi Batal Sepanggung Prabowo Di Acara Pergerakan Indonesia Maju

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 240 hits
Wakil Ketua Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin Arsul Sani mewakili Jokowi pada acara Silaturahmi dan Visi Kebangsaan Pergerakan Indonesia Maju di Hotel Grand Sahid Jakarta Pusat Jumat malam Jokowi tak bisa memenuhi undangan karena men...
Selepas Tsunami Masjid Ini Masih Utuh

Selepas Tsunami Masjid Ini Masih Utuh

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 519 hits
Masyallah Masjid ini utuh Muazin bercerita bahwa selepas azan magrib iaa pasrah melihat air datang Tapi airnya membelah melewati masjid tsb Sungguh kuasa Allah Salurkan infaq terbaik anda
Peratusan Keluar Mengundi Masih Rendah

Peratusan Keluar Mengundi Masih Rendah

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 228 hits
IKHWAN IDERIS dan KU MOHD RIDZUAN KU ABDUL RAHMAN 13 Oktober 2018 10 47 AM PORT DICKSON Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Por
Resah Petugas Kebersihan Buaya Masih Berkeliaran Di Sungai Depan Mangga Dua

Resah Petugas Kebersihan Buaya Masih Berkeliaran Di Sungai Depan Mangga Dua

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 302 hits
Rasa khawatir akan diserang oleh buaya kerap menghantui Sapar dan kedua rekannya saat membersihkan aliran sungai Apalagi informasi yang mereka dapat buaya bersarang di bawah jembatan yang menghubungkan Mal Mangga Dua dan jalan Gunung Sahari
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah