Masih Angkuh Nak Berikan Pas 24 Kerusi Sahaja Kini Umno Desak Pas Buat Keputusan
Sudah tiba masanya PAS menyatakan pendirian mereka sama ada untuk bersama dengan Umno atau memilih Bersatu bagi mengharungi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
Kata Tajuddin Abdul Rahman, Umno telah menyatakan keinginan mereka untuk bersama-sama PAS namun bersedia bergerak bersendirian sebagai entiti BN jika parti terbabit membuat keputusan mahu memihak kepada Bersatu.
"Umno sudah sangat jelas nak bersama dengan PAS dalam PRU akan datang.
"(Bagaimanapun) dalam tempoh ni Umno sedang menunggu dan (kalau) dapat keputusan muktamad daripada PAS... kita bahagi-bahagilah (kerusi) untuk PRU nanti," katanya.
Pengarah Pilihan Raya Umno Malaysia itu berkata demikian pada sidang media selepas meninjau kemajuan projek LRT Laluan 3 di Saujana Putra, Selangor hari ini.
Semalam semasa perhimpunan tahunan Umno parti itu mengingatkan PAS parti itu masih ada masa untuk "kembali ke pangkal jalan" untuk bersama-sama menghadapi PRU.
Menurut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semasa menubuhkan Muafakat Nasional (MN) dulu kedua-dua parti bersetuju untuk tidak tergesa-gesa menyertai mana-mana gabungan politik.
Kata Ahmad Zahid, Umno setia dengan ikrar itu.
Bagaimanapun setakat ini PAS tetap bertegas mahu kekal bersama Perikatan Nasional (PN) di sebalik keberadaan mereka dalam MN atas alasan perpaduan ummah.
Potong yang sakit sebelum mati
Tajuddin berkata Umno tidak keberatan jika bersama MN, PAS mahu mengekalkan 18 kerusi parlimen yang sedang mereka wakili ketika ini dan yakin parti itu tidak bercadang untuk bertanding banyak.
"PAS bukan nak banyak mana pun... Diaorang sekadar (nak) 18 kerusi bertanding pun. Bertandinglah, tak ada masalah... ada 222 (kerusi keseluruhan).
"Umno kalau dengan PAS, OK, tak apalah," katanya.
Ahli parlimen Pasir Salak itu juga berkata Umno turut tidak keberatan jika PAS ingin menambah bilangan kerusi berkenaan seandainya bilangan yang dituntut kurang daripada 30 kerusi.
"Tapi kalau PAS rasa dia nak 'kahwin lagi satu' kemudian nak ceraikan kita, tak apalah kita (Umno) bertanding sendirian.
"Ini keputusan parti, bukan keputusan saya," katanya.
Sementara itu Tajuddin berkata walaupun Umno akan hanya berurusan dengan PAS saja untuk menghadapi PRU akan datang, pintu rundingan akan terbuka dengan mana-mana pihak kemudian.
"Selepas PRU kita akan lihat macam mana... Umno terbuka.
"Siapa-siapa juga pada masa itu berminat untuk kerjasama, kita lihatlah kalau ianya membawa kebaikan kepada Umno, rakyat, kepada negara untuk tubuhkan kerajaan yang baik untuk negara, kita terbukalah tapi bukan sekarang," katanya.
Mengulas mengenai rasa tidak senang Annuar Musa terhadap gesaan letak jawatan oleh Ahmad Zahid Hamidi, Tajuddin berkata apa yang berlaku ialah Presiden Umno mahu menyingkirkan duri dalam daging dalam parti.
Katanya ia perlu dilakukan sekarang bagi mengelak mudarat kepada Umno.
Sambil mempertahankan pendirian Ahmad Zahid, Tajuddin berkias mengenai situasi Umnio dengan pesakit kencing manis yang perlu dipotong kakinya.
"Kalau kita ada penyakit kita ubati. Kadang-kadang kena potong kaki (sebab) kencing manis dah teruk sangat, kena potong kaki. Kalau tidak akan merebak ke seluruh badan.
"Jadi Umno pun kalau penyakit merebak ke seluruh badan, matilah Umno.
"Sebelum Umno mati, kita kena potonglah bahagian-bahagian yang membawa penyakit yang boleh membahayakan parti," katanya.
Menurut pengerusi Prasarana Malaysia Bhd itu lagi pendirian tersebut bukannya sewenang-wenangnya dizahirkan oleh Ahmad Zahid.
"Kalau Annuar terasa, silakanlah. Selama ni asyik kutuk presiden, semua orang dia kutuk tapi tak nak mengaku," katanya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2021/03/masih-angkuh-nak-berikan-pas-24-kerusi.html