Masih Ada Majikan Enggan Pekerja Bertudung Getaran 05 11 2021


 

KUALA LUMPUR - Sekitar tiga tahun lalu, negara dikejutkan dengan isu larangan bertudung semasa bertugas, yang dikenakan 13 buah hotel bertaraf empat dan lima bintang di Semenanjung Malaysia kepada pekerja masing-masing.
Larangan itu terbongkar apabila Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas 74 buah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang dan Johor.
Penetapan dibuat majikan terbabit dikecam dan mencetuskan ketidakpuasan hati pelbagai pihak, lantaran ia didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melarang sebarang bentuk diskriminasi berasaskan agama dan keturunan, terutama di sebuah negara Islam seperti Malaysia.
Isu berkenaan akhirnya selesai dan keadilan untuk pekerja hotel dikembalikan, apabila perbincangan JTKSM bersama pihak pengurusan hotel menyaksikan mereka secara dasarnya bersetuju membatalkan larangan bertudung itu.
Bagaimanapun, pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), baru-baru ini mengenai isu majikan enggan mengambil pekerja bertudung mengejutkan masyarakat.
Menerusi pendedahan itu, PPIM berkongsi persoalan mengenai larangan bertudung yang masih diamalkan, walaupun ia sudah sepatutnya dihentikan.
Jurucakap PPIM berkata, mungkin alasan itu seperti tidak masuk dek akal, tetapi menurut kajian daripada Centre for Governance & Political Studies, (Cent-GPS) menunjukkan, individu bertudung atau berhijab mendapat peluang lebih tipis untuk dipanggil menghadiri temuduga, berbanding mereka yang tidak mengenakan tudung walaupun memiliki taraf akademik sama.
“Antara alasan diberikan adalah kononnya dasar syarikat perlu ‘freehair’ (tidak bertudung).
“Adakah bertudung ini boleh menjejaskan prestasi seseorang dalam menjalankan sesuatu tugas? Pernahkah anda juga mengalami diskriminasi ini,” katanya menerusi pendedahan itu.
Mengulas isu berkenaan, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Bahrin Mansor, menyifatkan larangan bertudung dikenakan mana-mana majikan sebagai diskriminasi terhadap hak dan kebebasan beragama pekerja terbabit di tempat kerja.
Beliau berkata, larangan bertudung adalah satu kesalahan dan menunjukkan berlakunya diskriminasi terhadap pekerja muslim.
Jelasnya, majikan tidak boleh mendiskriminasi mana-mana pekerja sama ada daripada segi jantina atau agama, malah peraturan itu tidak sepatutnya dikenakan, tambahan di Malaysia yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.
“Sehingga kini kita (MTUC) tidak menerima sebarang aduan berkaitan dengan diskriminasi berhubung isu pemakaian tudung di tempat kerja.
“Tetapi jika benar-benar berlaku, saya rasa tidak sepatutnya dikenakan diskriminasi ini, terutama di Malaysia yang mengamalkan hormat-menghormati, termasuk mengenai kebebasan bertudung di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi Getaran.
Kamarul Bahrin turut meminta mana-mana individu yang berdepan larangan memakai tudung ketika bekerja untuk mengemukakan aduan dan membuat laporan, termasuk kepada MTUC supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.
“Kita harap pekerja berdepan situasi ini tidak kira di negeri mana pun sila datang ke MTUC untuk buat laporan, kita boleh ambil tindakan, termasuk menjalankan kempen dan meminta syarikat bekerjasama dalam isu berkenaan,” katanya.
Menurut Kamarul Bahrin, MTUC mempunyai hubungan yang baik dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk bersama-sama menangani isu berbangkit dan mendapatkan keadilan berhubung diskriminasi bertudung di tempat kerja,
“Biasanya kita akan minta kerjasama Jabatan Tenaga Kerja memanggil majikan untuk memaklumkan kepada mereka apa boleh dan tidak boleh ditetapkan sebagai peraturan dalam pekerjaan.
“Kalau ada isu, beritahu kepada MTUC. Sebelum ini pun sudah berlaku larangan ini membabitkan pengurusan hotel kepada pekerja mahu bertudung dan sudah diselesaikan,” katanya.


Artikel oleh: Getaran
MASIH ADA MAJIKAN ENGGAN PEKERJA BERTUDUNG?

https://www.getaran.my/artikel/semasa/14184/masih-ada-majikan-enggan-pekerja-bertudung


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/11/masih-ada-majikan-enggan-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6019 Pendedahan Sindiket Pemerdagangan Pekerja Asing Sidang Media Ppim 10 11 2021

6019 Pendedahan Sindiket Pemerdagangan Pekerja Asing Sidang Media Ppim 10 11 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 280 hits
Saya bekerja di Malaysia tapi caj nak masuk Malaysia tinggi sangat sampai kena bayar dekat agen RM 20 ribu Gaji sikit sangat dan kalau nak balik tempat sendiri nanti kena pukul Kenapa sampai macam ni Kalau sakit pun majikan tak akan ambil t...
6031 Syarikat Ambil Pekerja Didakwa Dalang Sindiket Pemerdagangan Manusia Malaysia Gazette 10 11 2021

6031 Syarikat Ambil Pekerja Didakwa Dalang Sindiket Pemerdagangan Manusia Malaysia Gazette 10 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan digesa untuk mengkaji dan menyemak semula kelulusan syarikat syarikat swasta berkaitan pekerja kilang yang didakwa menjadi dalang di sebalik sindiket membawa masuk pekerja asing di negara ini Pengerusi Persatuan Penggu...
Sudah Tahun 2021 Masih Bertemu Jodoh

Sudah Tahun 2021 Masih Bertemu Jodoh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 176 hits
Gambar hiasan Tahun 2020 telah melabuhkan tirai Maka sejarah permulaan tahun 2021 bermula dengan kesederhanaan Tetapi perbahasan tetap sama lagi Kenapa tak kawin lagi Nak jadi bujang terlajak ke Nak jadi anak dara tua ke Itu biasa Nak cari ...
6032 Mgnews Syarikat Ambil Pekerja Didakwa Dalang Sindiket Pemerdagangan Manusia Malaysia Gazette Tv 10 11 2021

6032 Mgnews Syarikat Ambil Pekerja Didakwa Dalang Sindiket Pemerdagangan Manusia Malaysia Gazette Tv 10 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 224 hits
Kerajaan digesa untuk mengkaji dan menyemak semula kelulusan syarikat syarikat swasta berkaitan pekerja kilang yang didakwa menjadi dalang di sebalik sindiket membawa masuk pekerja asing di negara ini Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Mala...
Terima Kasih Sebab Masih Ambil Berat Bella Astillah Jawab Komen Peminat Bila Nak Bertudung Tutup Aur4t

Terima Kasih Sebab Masih Ambil Berat Bella Astillah Jawab Komen Peminat Bila Nak Bertudung Tutup Aur4t

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 329 hits
Melihat hantaran hantaran yang ada pada platform media sosial penyanyi dan juga pelakon Bella Astillah pasti ramai dapat melihat kelincahan Bella menari dan menyanyi khususnya untuk kandungan TikTok serta Instagram Sungguhpun terlihat norma...
6007 Mahkamah Benarkan Semakan Kehakiman Kes Bekas Sarjan Enggan Vaksin Malaysia Kini 28 10 2021

6007 Mahkamah Benarkan Semakan Kehakiman Kes Bekas Sarjan Enggan Vaksin Malaysia Kini 28 10 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 356 hits
Seorang bekas sarjan hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang undang terhadap pemecatannya kerana menolak vaksinasi Covid 19 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memberi kebenaran kepada Wan Ramli Wan Seman untu...
6027 Syarikat Swasta Terlibat Sindiket Pengambilan Pekerja Asing Sumberkini 11 11 2021

6027 Syarikat Swasta Terlibat Sindiket Pengambilan Pekerja Asing Sumberkini 11 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 201 hits
PETALING JAYA Terdapat syarikat syarikat swasta di Malaysia menguruskan pengambilan pekerja asing melalui sistem yang dibangunkan mereka Menurut kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia pada 10 November sistem syarikat syarikat swasta it...
Ujian Ujian Menentukan Hubungan Majikan Dan Pekerja

Ujian Ujian Menentukan Hubungan Majikan Dan Pekerja

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 580 hits
Ujian ujian Menentukan Hubungan Majikan Dan Pekerja Terdapat beberapa ujian yang digunapakai bagi menentukan hubungan majikan dan pekerja dan diterima pakai dalam mahkamah bagi menentukan kelayakan seseorang itu sama ada mempunyai kedudukan...
6026 Segera Tangani Isu Eksploitasi Pekerja Asing Demi Reputasi Negara Sumberkini 11 11 2021

6026 Segera Tangani Isu Eksploitasi Pekerja Asing Demi Reputasi Negara Sumberkini 11 11 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 240 hits
Sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mendedahkan salah laku dalam pengambilan pekerja asing dan PATI dalam negara Wartawan Jurukamera Visual Editor Faridah Amiratul Sumber SumberkiniSEGERA TANGANI ISU EKSPLOITASI PEKERJA ASI...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego