Masalah Sembelit Berpanjangan Boleh Menyebabkan Enkoparesis Pada Anak Ini Cara Cegah


Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis.

Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari. Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari. Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis. Sembelit boleh menyebabkan:
Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”). Rasa tidak selesa. Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis. Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas. Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut). Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan:
Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.
Sebab terjadinya sembelit:
Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit). Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah. Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami. Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu. Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia). Baca:
Suka Berlari, Melompat, Memanjat Sebenarnya Bagus! Rugi Kalau Mama Papa Bising & Larang
“Bangun Tidur Terus Cari Daddy, Kita Penat Jaga Tapi Cari Daddy” Gelagat Raja Ilya Curi Tumpuan
Rasa Otak Serabut Setiap Kali Balik Rumah? Cermin Diri Sendiri Dahulu, Cari Mana Silap Dalam Diri
Rawatan:
Latihan pembuangan najis: Selalunya dilakukan selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya, seseorang akan mengalami rasa untuk membuang najis selepas makan kerana “gastrocolic reflex”. Kanak-kanak digalakkan duduk di mangkuk tandas yang bersesuaian saiznya dengan saiz kanak-kanak tersebut (penggunaan potty amat digalakkan jika perlu). Mereka perlu duduk di mangkuk tandas selama 2-3 minit walaupun telah membuang najis sebelum itu. Penggunaan “sticker” yang dilekatkan di diari atau carta yang direka dengan kreatif untuk memberikan motivasi boleh membantu.
Penggunaan mangkuk tandas yang bersesuaian atau “potty” boleh mengelakkan rasa takut untuk jatuh apabila menggunakan tandas biasa. Ubat julap turut membantu mengelakkan rasa sakit apabila membuang najis yang keras.
Pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500ml sehari (untuk kanak-kanak lebih daripada 18 bulan) mungkin boleh membantu terutamanya pada kanak-kanak yang banyak mengambil produk tenusu.
Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu intervensi khas. Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.
Penggunaan ubat-ubatan (laxatives) di bolehkan atas nasihat doktor anda.
Kesimpulan:
Konsistensi najis adalah lebih penting daripada frekuensi pembuangan najis. Masalah ini boleh dikawal dengan pelbagai teknik atau strategi rawatan yang ringkas. Ubat ubatan mungkin diperlukan untuk kes-kes tertentu. Sembelit disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius jarang berlaku. Kredit: MyHealth Portal

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
 
 
The post Masalah Sembelit Berpanjangan Boleh Menyebabkan Enkoparesis Pada Anak, Ini Cara Cegah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masalah-sembelit-berpanjangan-boleh-menyebabkan-enkoparesis-pada-anak-ini-cara-cegah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Batuk Selesema Boleh Ikhtiar Cara Ini Anak Kurang Merengek Tidur Lena

Anak Batuk Selesema Boleh Ikhtiar Cara Ini Anak Kurang Merengek Tidur Lena

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 140 hits
Musim sekarang ini dnegan cuaca yang tak menentu sekejap panas sekejap hujan anak anak terutama yang masih kecil mudah sangat sakit Demam batuk atau selesema seolah bersilih ganti kadang adik baru ok kakak atau abang pula yang tak sihat Nam...
Ajar Anak Solat Tanpa Disuruh Banyak Kali Ibu Ayah Boleh Mula Dengan Cara Ini

Ajar Anak Solat Tanpa Disuruh Banyak Kali Ibu Ayah Boleh Mula Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 226 hits
Nabi Muhammad SAW menyuruh ibu bapa ajar anak solat bila sudah berumur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umurnya 10 tahun Tapi sebaiknya sebelum mencecah usia anak 7 tahun kita kena dedahkan anak dengan amalan solat Bagaimanapun untu...
Ibu Ini Kongsi Cara Bermain Dengan Bayi Boleh Rangsang Perkembangan Otak Anak

Ibu Ini Kongsi Cara Bermain Dengan Bayi Boleh Rangsang Perkembangan Otak Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 209 hits
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak kan Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi confirm si kecil banyak akal selepas ini Paling penting penglibatan ibu ayah dalam merangsang perkembangan otak anak anak ...
Pakar Kongsi Cara Kurangkan Anak Tidur Berpeluk Beriba Didada Tanpa Tangisan

Pakar Kongsi Cara Kurangkan Anak Tidur Berpeluk Beriba Didada Tanpa Tangisan

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 192 hits
Dah bedung white noise malah ada yang siap pakai buai tapi anak tetap LEBIH SUKA TIDUR DI BADAN Kadang dah tak tahu nak buat macam mana lagi sampaikan banyak kerja mama tertangguh Menurut Konsultan Tangisan Tidur Bayi PERTAMA Malaysia Puan ...
Cara Atur Izin Aplikasi Di Iphone Cegah Penyalahgunaan Data Pelanggan

Cara Atur Izin Aplikasi Di Iphone Cegah Penyalahgunaan Data Pelanggan

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 166 hits
Saat menggunakan aplikasi iPhone untuk pertama kalinya kamu mungkin diminta untuk memberikan akses aplikasi ke fitur lain di ponsel seperti kamera Dengan mengklik Izinkan secara tidak sadar kamu memberikan akses aplikasi ke informasi pribad...
Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 203 hits
Untuk kebanyakan anak bila dah masuk usia 5 tahun kemahiran motor dah mantap dan dapat melakukan aktiviti yang menggunakan tangan dengan baik Namun ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu ayah untuk mengetahui sama ada kemahiran...
Cara Kita Bagi Arahan Pada Anak Mungkin Tak Betul Sebab Itu Anak Tak Dengar Kata

Cara Kita Bagi Arahan Pada Anak Mungkin Tak Betul Sebab Itu Anak Tak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 157 hits
Adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah Selalu ibu ayah akan salahkan anak dahulu Ada yang sampai melabelkan anak degil Sebelum nak marah anak cuba kita selidik dulu cara yang kita lakukan Mung...
Begini Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Homemade Lagi Naik Selera Anak Makan

Begini Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Homemade Lagi Naik Selera Anak Makan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 179 hits
Sesekali anak perlukan rasa dalam makanannya Barulah selera mereka makin bertambah Bukan garam atau gula dalam penambah rasa tetapi serbuk ikan bilis atau serbuk ayam sebagai perasa asli Memang sedapnya lain macam Macam mana cara nak membua...
Cara Buat Anak Lupa Gajet Diy Busy Board Bagus Untuk Iq Tingkatkan Motor Skil

Cara Buat Anak Lupa Gajet Diy Busy Board Bagus Untuk Iq Tingkatkan Motor Skil

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 143 hits
Zaman sekarang aktiviti anak anak untuk bermain sangat terhad Biasanya bila duduk dalam rumah televisyen dan gajet yang akan jadi peneman anak untuk hilangkan rasa bosan Kalau dilihat kesan jangka panjang ini akan membantutkan perkembangan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya