Masalah Negara Betul Lah
View this post on Instagram
Donut warrior ⚔️
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca kesayangan AL . Aku ada satu masalah daripada dulu bila aku tengok televisyen aku tak suka tengok satu hero . Kalau ada drama dia , aku cuma tengok ala kadar sahaja . Teman mak kita tengok je . Paling penting apa yang aku rasa bila tengok hero ni macam – macam rasa ada .
Rasa macam nak lempang , nak tendang pun ada . Aku selalu bayangkan hero ni sebuah ‘punching bag ‘ . Tapi , bila difikir balik kalau jadi ‘punching bag ‘ dengan aku mau melayang ke udara . Yelah tinggi aku dengan hero ni mungkin tak sama . I guess jelah . Tak pernah jumpa depan –depan .
Hero ni aku tak tahu lah nak cakap macam mana . Bila dia berlakon gaya muka dia tu ada kala mengada –ngada . Orang jawa cakap mentel atau pun centilan . Bila ganas pukul – pukul dah boleh masuk one championship . Takut pun ada . Macam real tau .. Macam cakap tak menggunakan skrip , Macam cakap dengan kawan –kawan . Eh !! macam – macam adalah shiak .
Nak tahu tak siapa gerangan yang aku sebut – sebut dari tadi ? . Jawapannya ialah
.
.
.
.
.
.
Zul Ariffin . Aahahah … Aku jenis tak suka tengok lelaki ke hero ke yang badan sado ni . Takut tau . Bila aku tertengok mulalah mimpi bukan – bukan . Macam itu hari aku mimpi dia letak tangan di bahu aku . Aku cuba nak lepaskan tangan dia tapi tak berjaya . Rupanya aku kena belit dengan selimut sendiri rupanya … Benda lah ..
zaman halusMacam – macam gosip yang aku dengar sejak dari gerak khas lagi . Tapi , kalau betul pun wallahualam lah . Aku tak nak cakap lah fasal apa . Nanti kejap lagi kena kecam lah gamaknya .
zaman sado
Aku respek lah kat fan club dia @zafc . Walaupun idola dia kena hentam hebat bila gosip melanda . Peminat dengan idolah mereka stay cool je . Tak pernah nak gelabah itik . Tanniah juga kepada yang selalu stand undi dia .. Aku pun tak tahu kenapa kau semua minat dia . Bagilah aku 10 sebab . Manalah tau terminat pula di kemudian hari .. ( Wadepak )
Aku tak mainlah Zul Ariffin . Aku minat Redza Rosli dengan Syafiq Kyle . Si Redza tu aku tengok cerita dia daripada badan dia halus sampailah sekarang . Tak sado sangat lah . Watak pun banyak yang mencabar dia dapat. Serius dan tak clingy bila berlakon . Cita rasa mahal sikit .. Biasalah AL . hahahha
Moga – moga aku tidur nyenyak se nyenyak nya … Mimpi ngeri bila mimpi Zul Ariffin .
Ikhlas daripada
Bukan peminat Zul Ariffin .
Untuk yang nak tahu sangat fasal Zul Ariffin , AL dengan besar hati bagi biodata dia dibawah ini untuk tatapan kamu semua … BACALAH
Nama Penuh Zulkifli Bin Ariffin
Tarikh lahir pada tahun 25 Oktober 1986
Tempat lahir : Perak
Umur : 31 tahun
Tinggi : 6 kaki 1 inci (1.85 meter)
Berasal dari negeri Taping, Perak
Rumah : Di Kuala Lumpur
Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki & 2 Perempuan)
Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)
Adik beradik : Anak bongsu. Ada 4 orang beradik (dua kakak dan seorang abang)
Kerjaya : Model, Pelakon
SOSIAL MEDIABlog : www.zaofficial.comTwitter : https://twitter.com/zul_ariffin86Facebook : https://www.facebook.com/pages/Zul-Ariffin/135600119851242Instagram : zul_arffin86
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://diarialialiyana.blogspot.com/2018/11/masalah-negara-betul-lah.html