Masalah Kulit Kepala Punca Cara Mencegah Dan Rawatan


Memiliki rambut yang cantik dan kulit kepala yang sihat adalah impian ramai orang tidak kiralah lelaki manhupun wanita.
Namun, salah satu masalah yang sering menghalang impian ini ialah keadaan kulit kepala yang berkuping.
Ia bukan sahaja boleh menjejaskan penampilan, malah boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan membuatkan seseorang rasa kurang keyakinan diri.
Masalah ini biasanya berpunca daripada kelemumur, iaitu pengelupasan sel kulit mati yang berlaku secara berlebihan.
Ia sering muncul dalam bentuk kepingan putih yang jelas kelihatan pada rambut atau bahu.
Selain menyebabkan kulit kepala menjadi kering, ia turut menimbulkan rasa gatal dan iritasi yang boleh mengganggu aktiviti harian.
Jadi, apakah punca dan bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini? Ayuh kita semak bersama-sama.
Punca Berlakunya Masalah Kulit Kepala Penyebab utama bagi masalah kulit kepala berkuping atau kelemumur tidak dapat diterangkan dengan jelas.
Walau bagaimanapun, ia boleh terjadi disebabkan oleh beberapa perkara berikut :
Pertumbuhan kulat di kulit kepala iaitu Malassezia Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dan kulit kepala dengan sempurna Perubahan hormon Tekanan perasaan Tahap imuniti yang rendah Penggunaan pewarna rambut yang tidak sesuai Kulit terlalu kering atau berminyak Penggunaan produk rambut seperti gel, pomade atau wax yang terlalu kerap Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia Masalah Kulit Kepala Kronik Selain masalah kelemumur yang biasa dialami, terdapat juga sesetengah individu yang mengalami masalah kulit kepala yang lebih kronik iaitu seborrhea aatau psoriasis.
Seborrhea atau dermatitis seborrheic ialah sejenis keradangan kronik pada kulit kepala yang menyebabkan penghasilan minyak (sebum) berlebihan.
Keadaan ini sering mengakibatkan pembentukan keruping kulit kepala yang tebal, berminyak dan berwarna kekuningan.
Kupingan ini biasanya melekat pada kulit kepala dan disertai dengan kegatalan, kemerahan dan kadangkala bau yang tidak menyenangkan.
Berbeza dengan kelemumur biasa yang kering dan ringan, keruping akibat seborrhea lebih melekit dan sukar ditanggalkan.
Sumber : Verywell Health Psoriasis kulit kepala pula adalah penyakit autoimun yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang cepat sehingga terhasilnya tompok-tompok kulit yang tebal, merah, dan bersisik.
Skala yang terbentuk biasanya berwarna putih keperakan dan boleh menyebabkan kegatalan serta keradangan.
Psoriasis boleh menjejaskan sebahagian atau keseluruhan kulit kepala dan kadang-kadang merebak ke kawasan lain seperti dahi, belakang leher, dan telinga.
Cara Mencegah Kelemumur Terdapat beberapa rutin yang boleh diamalkan bagi mencegah masalah kelemumur iaitu :
Menggunakan syampu antikelemumur untuk mengawal penghasilan minyak, keradangan dan kegatalan kulit kepala. Hadkan penggunaan alat pengering rambut Tangani stres dengan baik Amalkan pemakanan sihat dan kaya vitamin B untuk kulit kepala yang sihat Rawatan Kulit Kepala Berkuping Sumber : The Body Shop Masalah kulit kepala berkuping boleh dikawal dengan penggunaan syampu antikelemumur yang sesuai.
Produk ini biasanya mengandungi bahan aktif tertentu yang bertindak untuk memperlahankan simptom kulit kepala berkuping seperti kegatalan, keradangan dan kulit kepala berminyak.
Ayuh kita semak satu persatu.
1. Selenium Sulfide: Kawalan Pengelupasan dan Kulat
Selenium sulfide membantu memperlahankan pertumbuhan sel kulit kepala dan mengurangkan kelemumur serta kulat.
Ia boleh digunakan 1 hingga 2 kali seminggu pada awal rawatan dan seterusnya hanya apabila perlu atau mengikut nasihat doktor.
Elakkan terkena mata, mulut, hidung atau kulit yang luka.
2. Coal Tar: Melambatkan Pembentukan Sel Kulit Kepala
Syampu dengan ekstrak coal tar bertindak memperlahankan penghasilan sel kulit kepala.
Walau bagaimanapun, ia perlu digunakan dengan berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan rambut berubah warna dan meninggalkan kesan pada kulit.
Dalam sesetengah kes, ia juga boleh menyebabkan keradangan kulit kepala.
Oleh itu, syampu ini perlu dibilas dengan bersih setiap kali digunakan dan dipakai mengikut saranan doktor.
3. Ketoconazole: Syampu Antikulat Berkesan
Ketoconazole mengawal pertumbuhan kulat yang menjadi punca kelemumur dan keradangan kulit kepala.
Untuk keberkesanan optimum, sapukan syampu ini secara rata ke rambut dan biarkan selama 3 hingga 5 minit sebelum dibilas bersih.
Lazimnya, ia digunakan dua kali seminggu selama 2 hingga 4 minggu, mengikut nasihat doktor. Pengguna juga disarankan untuk menjarakkan penggunaan sekurang-kurangnya tiga hari antara setiap sesi.
4. Asid Salisilik: Menanggalkan Kelemumur, Elakkan Kekeringan
Asid salisilik membantu menanggalkan kelemumur tetapi boleh menyebabkan kulit kepala menjadi kering.
Oleh itu, penggunaannya perlu dipantau dan diikuti mengikut arahan doktor atau ahli farmasi untuk mengurangkan kesan sampingan.
5. Minyak Tea Tree: Melegakan Kulit Kepala Berkuping
Minyak tea tree mempunyai sifat antimikrob dan anti-radang yang membantu mengurangkan kulit kepala yang berkuping dan iritasi.
Ia boleh digunakan sebagai ramuan tambahan dalam syampu atau dicampurkan dengan minyak pembawa (carrier oil) untuk sapuan langsung.
Cukup sesuai untuk digunakan secara berkala bagi mengekalkan kesihatan kulit kepala.
Kesimpulannya, masalah kelemumur atau kulit kepala berkuping biasanya boleh diatasi dengan penggunaan produk antikelemumur yang terdapat di pasaran.
Pesakit juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat ahli farmasi berkaitan cara penggunaan produk dengan betul serta bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Selain rawatan, langkah pencegahan seperti penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala secara konsisten turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini.
Namun, jika kelemumur berterusan atau semakin teruk, pemeriksaan lanjut oleh doktor amat penting untuk mengenal pasti punca sebenar dan memastikan rawatan yang diberikan bersesuaian.
Sumber : Malaysian Medical Gazette, Kementerian Kesihatan Malaysia, Cleveland Clinic, Derm Net


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/masalah-kulit-kepala/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=masalah-kulit-kepala

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Pembelajaran Contoh Kategori Punca Cara Atasi

Masalah Pembelajaran Contoh Kategori Punca Cara Atasi

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 101 hits
Masalah Pembelajaran Contoh Kategori Punca Cara Atasi Bagi ibubapa yang mempunyai anak anak yang kurang menonjol dalam akademik atau menghadapi kesukaran dalam aspek pembelajaran tertentu jangan putus asa terlebih dahulu Anak anda mungkin m...
Parut Jerawat Cuba Rawatan Kulit Di Klinik Dr Bazilah

Parut Jerawat Cuba Rawatan Kulit Di Klinik Dr Bazilah

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 129 hits
Mula mula jerawat lepas tu tinggalkan parut jerawat pulak kat muka ni Mengganggu tau Sis yang dah berusia ni pun jerawat suka naik terutama time nak period Ganggu betul Setakat muncul lepas tu pecah okey lah Ni dia bagi pulak setepek parut ...
Cara Merawat Kulit Berminyak Di Iklim Panas Seperti Indonesia

Cara Merawat Kulit Berminyak Di Iklim Panas Seperti Indonesia

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 116 hits
Punya memang sering bikin risih apalagi kalau tinggal di negara tropis seperti Indonesia Cuaca panas kelembapan tinggi dan paparan sinar matahari setiap hari bisa bikin produksi minyak di wajah makin aktif Tapi tenang ada kok cara merawat k...
Cirit Birit Air Punca Simptom Rawatan Yang Perlu Anda Tahu

Cirit Birit Air Punca Simptom Rawatan Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 139 hits
Cirit birit air berlaku apabila najis menjadi sangat cair dan kerap Ia boleh disebabkan oleh jangkitan intoleransi makanan ubat ubatan atau masalah usus Walaupun sering dianggap ringan ia boleh membawa risiko dehidrasi jika tidak dirawat Ar...
Ubat Cacing Dewasa Jenis Cara Makan Tanda Anda Perlu Rawatan

Ubat Cacing Dewasa Jenis Cara Makan Tanda Anda Perlu Rawatan

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 107 hits
Ubat cacing dewasa merupakan rawatan yang berkesan untuk membasmi pelbagai jenis cacing parasit dalam tubuh Namun pengambilannya tidak boleh dilakukan sewenang wenangnya tanpa nasihat doktor terutamanya bagi wanita hamil kerana sebahagian u...
Adakah Kandungan Dalam Krim Penjagaan Kulit Selamat Untuk Pesakit Masalah Hati

Adakah Kandungan Dalam Krim Penjagaan Kulit Selamat Untuk Pesakit Masalah Hati

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 158 hits
ADAKAH KANDUNGAN DALAM KRIM PENJAGAAN KULIT SELAMAT UNTUK PESAKIT MASALAH HATI Secara umum produk skincare topikal tidak menyerap masuk ke dalam sistem darah dalam kadar signifikan untuk merosakkan hati kecuali bahan toksik digunakan secara...
Cara Hilangkan Panau Dan Elak Ia Datang Kembali Tip Pakar Kulit

Cara Hilangkan Panau Dan Elak Ia Datang Kembali Tip Pakar Kulit

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 132 hits
Cara hilangkan panau dengan berkesan memerlukan gabungan rawatan yang sesuai dan penjagaan kulit yang betul Panau ialah jangkitan kulat yang menyebabkan tompokan kulit berubah warna dan boleh mengganggu penampilan Dalam artikel ini kami kon...
Masalah Tayar Kereta Second Hand Tanda Tanda Cara Atasi

Masalah Tayar Kereta Second Hand Tanda Tanda Cara Atasi

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 177 hits
Bila beli kereta second hand salah satu benda yang paling cepat kantoi ialah tayar Tayar yang tak jaga elok bukan je buat poket kita bocor tapi boleh jadi risiko keselamatan Dalam artikel ni kita sembang pasal macam mana nak kenal tanda tay...
Vsp Pdrm Fungsi Cara Penggunaannya

Vsp Pdrm Fungsi Cara Penggunaannya

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 97 hits
Raya Haji bakal tiba tak lama lagi buat anda yang akan pulang ke kampung halaman sempena perayaan ini pastikan anda telah mengisi borang balik kampung dalam aplikasi VSP PDRM sebagai langkah berjaga jaga Jika anda tidak tahu apa itu VSP dan...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun