Masalah Bukanlah Penghalang Untuk Diy Mini Kebun
Masalah Bukanlah Penghalang Untuk DIY Mini Kebun | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummul kitab Surah Al-Fatihah.
Dan jangan dilupakan juga dengan bersalawat keatas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Memandangkan negara kini melalui pandemik Covid-19, kesannya pada ekonomi Malaysia khususnya. Ada banyak syarikat yang gulung tikar di sebabkan tiada bisnes dan PKP yang berpanjangan. Mangsanya adalah kita sendiri sebagai pekerja yang terbabit terpaksa di berhentikan dengan nilai pampasan yang tidak seberapa.
Jadi itu bukanlah penghalang atau alasan untuk anda terus lemah dan patah semangat. Pastinya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah selalu menguji umatnya yang beriman jadi gunalah akal sebaiknya.
Sebelum ini, ambe pernah juga kongsikan artikel berkenaan dengan DIY Mini Kebun dan anda boleh baca juga di artikel seperti berikut:Pokok Herba, Banyak KegunaannyaBunga Telang Pewarna Nasi KerabuDIY Mini Kebun Di Halaman RumahMasalah Bukanlah Penghalang Untuk DIY Mini KebunNak dijadikan artikel hari ini, jika anda adalah seorang yang kreatif dan mempunyai skil dalam bidang tanaman, sudah pasti akan boleh menghasilkan pendapatan sampingan. Anda boleh juga rujuk pada info-info blog dan juga youtube yang dikongsikan untuk tatapan semua. Dapatkan idea-idea dan kreativiti daripada mereka ini.
Untuk membina DIY mini kebun tidak semestinya tinggal di atas tanah, malah yang tinggal di pangsapuri pun boleh dijadikan DIY Mini Kebun. Ianya bergantung kepada kreativiti anda sendiri untuk mengunakan ruang yang ada dijadikan DIY Mini Kebun.
Masalah utama bagi anda yang tinggal di permukaan tanahSerangan dari tikus tanah & siput babi yang merosakkan hasil tanamanJika jiran yang membela dan membiarkan kucingnya terlepas dari pantaun akan menyebabkan tanah dijadikan tandasnyaLalang dan juga rumput liar yang tumbuh dengan cepat jika dibiarkanTanah yang sedia ada tidak sesuai untuk semua jenis tanamanTidak tahu apakah jenis tanaman yang cepat dan mudahMasalah utama bagi anda yang tinggal di pangsapuriMemerlukan ruang yang sesuai untuk DIY Mini kebun & cukup dengan sinaran matahariJika tanaman terdedah dengan pancaran cahaya matahari, tanah mudah menjadi keringKomitmen untuk menjaga tanaman dan pada musim perayaan, tanaman ditinggalkan tanpa siraman dan akan menyebabkan kematian pada hasil tanamanAda sesetengah pihak pengurusan tidak membenarkan penyewa atau pemilik untuk bertanam pokok kecuali mendapat kelulusan.Perlu memilih jenis tanaman yang sesuai dan mudah untuk disemaiMasalah Bukanlah Penghalang Untuk DIY Mini KebunPernahkah anda berfikir, antara tanaman herba yang perlu di tanam untuk jangka masa yang lama dan sangat diperlukan ketika waktu memasak adalah seperti berikut:Pokok Limau PurutDaun PandanSeraiKunyitHaliaLengkuasCili KampungLimau NipisLimau KasturiPokok Kesom
Ada mereka yang sudah menjana pendapatan dengan menghasilkan tanaman herba yang dinyatakan di atas kerana boleh di tanam di dalam polibag atau pasu. Tanah juga memain peranan penting untuk kesuburan tanaman. Jika anda membeli tanah yang dijual di pasaraya atau nurseri tanaman, anda perlu campurkan tanah dari jenis gambut, bakar & baja kompos supaya tanah sentiasa dalam keadaan lembap dan tidak kering
Masalah Bukanlah Penghalang Untuk DIY Mini Kebun
Pernahkah anda terfikir bahan terpakai seperti botol air, bekas polistrin, tin dan sebagainya boleh dikatakan media untuk dijadikan DIY Mini kebun. Jika anda tiada idea, cara dan bagaimana untuk memulakan DIY Mini Kebun, anda bolehlah membuat carian di platform untuk mencari info, idea dan kreativiti hanya menggunakan bahan terbuang.
Jadi anda boleh menjimatkan wang ringit dan hanya fokus pada pembelian tanah, baja dan aksesori yang sepatutnya
Anda boleh lihat sendiri info grafik yang disebelah ini, dimana salah seorang blogger berminat dengan tanaman dengan menggunakan botol minuman. Bahan asasnya sangat mudah dan boleh didapati di persekitaran kawasan taman rumah anda. Jika anda ingin jadikan ianya hobi menanam, bolehlah ambil idea dan kreativiti sebegini.
Jika sebaliknya, anda boleh gunakan polibag atau boleh juga menggunakan bekas minuman ini sebagai bahan media asas dalam tanaman. Disini anda sudah jimat dari membeli plastik polibag
Senarai Platform jualbeli hasil tanaman Herbablog atau websiteShopeeLazadaMudahFacebook adsAdword Googlesdan banyak lagiKesimpulannya, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Maksudnya: Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya. Jika anda mempunyai pandangan atau pendapat boleh tinggalkan diruangan artikel ini. Selamat mencuba :)Masalah Bukanlah Penghalang Untuk DIY Mini Kebun
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2021/08/masalah-bukanlah-penghalang-untuk-diy-mini-kebun.html