Masak Sup Tulang Nasi Goreng Ayam


 Assalamualaikum WBT


TAK sangka pulak, baru semalam Sk tulis dalam post Masak Ayam Kicap, "Tak sabar nak tunggu berita baik yang akan diumumkan dalam masa terdekat", tup tup ianya diumumkan tengahari semalam. Sk kurang pasti bagi orang lain tapi bagi Sk, apabila Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengumumkan cuti hujung minggu bagi negeri Johor dikembalikan pada hari Sabtu dan Ahad, ianya adalah berita baik. Ini bermakna Sk tak perlulah lagi asyik ambil cuti hari ahad dengan alasan 'Urusan Keluarga' hahaha. Cuma tulah, itu maknanya dah tak ada lagi 'me time' di hari Jumaat, hihihi. 





Pak Inche minta masakkan Sup Tulang hari ahad lepas. Sk tanya, nak sup tulang versi apa? Siam ke, melayu ke, mamak ke? PI kata, tak kisahlah mana-mana. Jadi, Sk buat yang biasa, versi melayu kot, hehehe. Beberapa hari sebelumnya pulak, salur air di bahagian yard (belakang) rumah Sk tersumbat dan salur mesin basuh pulak putus. Jadi, ganti dulu salur mesin basuh dengan salur baharu dan masukkan asid floor trap dalam lubang lantai. PI jangan disuruh, nanti dia tak fikir panjang ya, terus panggil plumber, melayang RM400. Walaupun duit dia, Sk tak sampai hati. PI ni bukan orang teknikal, setakat ganti mentol rosak tu dia bolehlah buat. Yang lain memang dia upah orang aje. Takpe, la, kita buat jer sendiri. Nanti tahun depan minta duit raya lebih sikit, huwa huwa huwaaaaa.




Ada seketul jer tulang pipih sebesar tapak tangan bersalut daging. Yang lain tu tulangnya macam serpihan aje, tapi isinya banyak, ada tiga empat ketul, cukuplah makan berdua. Sk rebus dalam periuk noxxa bersama halia dengan tetapkan HP 50 sebab tak nak lembut sangat. Biar feel sikit mengunyah, hahaha. Dah siap lepaskan wap periuk, Sk terus masukkan sebiji bawang besar yang tak berapa besar, bahagian bawah daun sup, bahagian bawah daun bawang (tak reti nak sebut apa) dan sebungkus sup bunjut khas tulang. 



Ada kawan,orang Baling jual Hilal ni iaitu perencah untuk masakan. Sk beli dua bungkus, ni pertama kali letak hilal ni, Sk agak-agak jer la, letak setengah sudu kecik. Tak berani letak banyak-banyak sebab tak tahu sebenarnya banyak mana nak letak, hihi. 



Sup yang ni tak ada tulang dan dagingnya, PI perah limau nipis. Ada rasa masam-masam sikit la, macam sup siam




Malam tadi, masak nasi goreng. Ada sikit nasi lebih dan nasi sepinggan yang tapau dari Stesen Kopitiam, sabtu lepas. Sk buka-buka jer bekas nasi tapau tu, terkejut tengok telur dadarnya hilang. Nasi tu dia tapau dalam bekas yang ada partition tu, dia letak sekali telur dan sayur dalam satu bekas.  Rupa-rupanya PI makan telurnya, lepas tu PI kata, orang tu tak masukkan ayam sekali, hahaha. Nasib baiklah PI tak jumpa ayam tu, ayam tu diorang asingkan dalam bekas lain. Sk masak nasi goreng ni guna cili giling Terengganu yang beli pasal nak masak Sambal Udang Petai, hari tu. Tumis bawang putih cincang dengan cili giling tu, kemudian masukkan sos tiram, pecahkan telur, kacau, masukkan ayam goreng Stesen Kopitiam yang dah dipotong kecil dan nasi dengan sayur lebih tu. Kacau-kacau-kacau, akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kali ni Sk tak letak belacan. Huishhh, sedap bebeno pulak nasi gorengnya, hahaha




Panaskan sup tulang lagi seketul. Tulangnya semua lerai ya, tak ada tulang dah. Dari lepas rebus tu tulangnya tanggal terus dari daging, hehe




Telur dua biji ni asalnya telur separuh masak PI untuk sarapan hari ahad tapi PI keluar sarapan dekat Soto Perdana Madu 4




Dinner kami malam tadi. Sebenarnya PI ajak makan Mee Wantan, fuhhh, Sk cakap, selamat duit babah RM40. 



Nasi Goreng Ayam dan Telur Rebus yang betul-betul sedap. Burppp... Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/10/masak-sup-tulang-nasi-goreng-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Cili Tumbuk Di Hari Sabtu

Nasi Goreng Cili Tumbuk Di Hari Sabtu

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum WBT BERAKHIR sudah cuti hujung minggu Begitulah kita bukan kaya mahu berlibur hari hari Esok nampaknya kena kembali masuk pejabat Kerja kerja kerja selagi belum tutup mata Sarapan standard hari Sabtu nasi goreng tapi hari ni...
Reka Bentuk Kotak Ayam Goreng Saiz Kecil Yang Praktikal Dan Menarik Kunci Untuk Menarik Pelanggan

Reka Bentuk Kotak Ayam Goreng Saiz Kecil Yang Praktikal Dan Menarik Kunci Untuk Menarik Pelanggan

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 241 hits
Dalam industri makanan segera yang semakin kompetitif pembungkusan memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelanggan dan memastikan produk anda menonjol di pasaran Kotak ayam goreng saiz kecil bukan sahaja berfungsi sebagai alat u...
Bucket Ayam Goreng Menawan Selera Dengan Pembungkusan Ikonik

Bucket Ayam Goreng Menawan Selera Dengan Pembungkusan Ikonik

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 209 hits
Bucket ayam goreng atau lebih dikenali sebagai fried chicken bucket telah menjadi simbol ikonik dalam industri makanan segera Pembungkusan ini bukan sahaja berfungsi untuk menempatkan ayam goreng dengan sempurna tetapi juga menjadi alat pem...
Petua Goreng Hati Pedal Ayam Supaya Tidak Meletup

Petua Goreng Hati Pedal Ayam Supaya Tidak Meletup

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 216 hits
Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam Ini kerana dua benda ini memang akan meletup bila digoreng Silap percaturan habis merecik minyak panas di tangan Oleh yang demikian ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam...
Masak Lemak Ayam Dan Kewajipan Menunaikan Haji

Masak Lemak Ayam Dan Kewajipan Menunaikan Haji

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 187 hits
Saya ingin kongsikan resipi lauk kegemaran anak anak saya iaitu ayam masak lemak Sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di atas blog saya ya Juga jangan lupa untuk klik follow blog Terima kasih atas kerjasama anda semua Saya i...
Ww Resepi Ayam Goreng Seringgit

Ww Resepi Ayam Goreng Seringgit

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum Hi korang Pernah tak beli ayam seringgit SA kadang terfikir orang yang jual ayam seringgit ni dia dapat untung tak erk sebab harga ayam mahal kan sekilo sekarang letak la RM8 lebih tapi SA x tau la kos sebenar orang meniaga ...
10 Jenama Ayam Goreng Tempatan Yang Popular Di Malaysia

10 Jenama Ayam Goreng Tempatan Yang Popular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 419 hits
Industri ayam goreng di Malaysia semakin berkembang dengan banyak jenama tempatan yang menawarkan rasa unik dan kepuasan kepada pelanggan Ayam goreng bukan sahaja menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia malah ia juga mencerminkan kreativi...
Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 217 hits
ayam goreng mamakBahan bahan 1 ekor ayam6 sudu makan tepung jagung6 sudu makan tepung beras3 tangkai daun kariBahan untuk dikisar 6 ulas bawang putih2 inci halia5 tangkai cili kering2 sudu makan rempah kari1 biji telurGaram secukup rasa1 su...
Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 222 hits
Jumaat lepas time lunch k fiezz ke SOGO nak cari barang kat dalam ni So dah kebetulan tu k fiezz tapau lunch sekali kat sini Masa ni k fiezz pergi solo je ke sini So beli makan tapau je Makan kat pejabat sambil layan drama hehe K fiezz beli...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi