Masak Spaghetti Bolognese


 Assalamualaikum WBT 


DEKAT rumah Sk ni memang selalu simpan stok untuk masak Spaghetti Bolognese atau Carbonara. Tapi, biasanya simpan stok untuk sekali masak aje la, tak boleh simpan banyak-banyak sebab nanti tahu-tahu jer dah luput tarikh. Banyak kali dah konon-konon simpan stok lebih tapi akhirnya bila periksa barang dapur ada yang dah dua tahun rupanya luput tarikh, hahaha. Tu selalunya pes masakan la, macam pes ikan stim la, ketam black pepper la, konon nak masak bila-bila senang dah beli awal, rupanya, nan hado!





Dah seminggu gambar Spaghetti Bolognese ni dalam galeri gambar. Macam selalu, la.. kalau siang tu Pak Inche dah makan nasi, malam dia nak makan selain dari nasi. Rasanya, Sk yang cadang untuk masak spaghetti dan dia terus setuju. Kalau sapghetti, PI memang nak makan dengan sos bolognese, dia kurang gemar la masak aglio olio ke, tomyam spicy ke atau carbonara.. kalau yang menu fushion lagilah dia tak gemar, contohnya kita buat spaghetti dengan kuah masak lemak cili api atau telur masin. 





Cara nak masak sos bolognese ni pun Sk belajar dari PI masa awal-awal kahwin dulu. Memang semualah masakan western, PI yang masak di awal-awal dulu sampai cara nak siang pedal ayam pun dah kahwin baru tahu, hahaha. Untuk sos bolognese, Sk memang akan guna sos ready made, yang ni guna sos jenama Prego dalam botol saiz besar tu. Sk tak letak tomato puri sebab tak ada, hehehe. Daging kisar guna jenama Ramly, baru sedap, tekstur daging tu masih terasa. Untuk menumis, Sk guna minyak masak dan mentega jer sebab minyak zaitun habis dan rasa mahal nau nau sekarang harga minyak zaitun, tak jadi beli, hahaha.


Spaghetti Bolognese


1 pek daging kisar jenama Ramly (400 gm)
5 ulas bawang putih, cincang
1 labu bawang besar potong dadu
Sedikit minyak masak 
2 sudu mentega / margerin
1 botol besar sos tradisi bolognese jenama Prego
1/3 botol air (masukkan dalam botol sos prego, goncang rata)
Garam


Cara memasak :


1. Panaskan minyak masak dan margerin, kemudian tumis bawang putih.


2. Masukkan daging kisar, kacau dan pastikan daging tidak berketul. Masak hingga daging bertukar warna. Masukkan garam (jangan banyak).


3. Bila daging dah bertukar warna kekelabuan ke kecoklatan ke.. masukkan bawang besar, kacau dan masak sehingga bawang layu.


4. Kemudian masukkan sos tradisi bolognese, kacau sebati, masukkan air 1/3 botol air (masukkan dalam botol sos prego, goncang rata). 


5. Biar merenih, tutup api.





Sk guna spaghetti jenama Prego. Bagi Sk ia yang ekonomi dan sedap sebab ada jer spaghetti yang lebih ekonomi tapi kurang kenyal. Rebus spaghetti dalam air yang telah mendidih bersama garam dan minyak masak selama 13 minit kemudian toskan, masukkan mentega secukupnya, gaul hingga rata. Taburkan daun parsley cincang semasa menghidang.





Pembuka selera, Sup Cendawan dalam tin jer ni. Renihkan sup cendawan dalam tin bersama satu tin air, tidak perlu tambah garam.





Bakar roti. Sapu butter dan taburkan daun parsley cincang kemudian masukkan dalam toaster.
Cicah roti dalam mushroom soup.




Burppp.. Alhamdulillah. 

Kadang keliru dah mana terpaling penat, masak sendiri dekat rumah atau bersiap, sarung baju, sarung tudung, pergi makan kat luar, hehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/masak-spaghetti-bolognese.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Spaghetti Bolognese Prego Simple Yang Guna Sos Prego Original

Resepi Spaghetti Bolognese Prego Simple Yang Guna Sos Prego Original

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 496 hits
Resepi Spaghetti Bolognese Prego Jom cuba Resepi Spaghetti Bolognese Prego Spaghetti Bolognese merupakan salah satu hidangan pasta yang popular di seluruh dunia termasuk di Malaysia Dengan gabungan rasa daging yang lembut sos tomato yang pe...
Masak Ketam Lemak Cili Padi

Masak Ketam Lemak Cili Padi

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum WBT PLAN nak masak Ketam Lemak Cili Padi semalam menjadik jugak Ialah kan semalam panas risau balik tu dah tak larat nak masak hahaha Tapi masa perjalanan balik tu tak panas dan tak jammed sangat pun siap hujan turun rintik ...
Kerang Masak Tiga Rasa

Kerang Masak Tiga Rasa

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 413 hits
Suami belikan sekilo kerang Biasa kerang ni kami buat sup aje Masa belum kahwin dulu Kat rumah Pahang Kerang memang rebus aje Lepas tu makan cicah cili kicap Gitu aje Tapi sesemenjak dah ada media sosial ni ada akses untuk menonton lebih ba...
Cara Masak Tomyam Paling Mudah Dan Senang Di Rumah

Cara Masak Tomyam Paling Mudah Dan Senang Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 1038 hits
CARA MASAK TOMYAM PALING MUDAH DAN SENANG DI RUMAH Assalamualaikum Masakan di rumah adalah masakan paling sedap bagi Cik Rose Rindu air tangan arwah Mak Baru baru ni Cik Rose ada balik kampung Masa tu Cik Rose tak berapa sihat Demam batuk d...
Pnbest Tengkorak Apa Dulu Ayam Pu Rega Sampai 12 14 Sekilo Minyam Masak 48 5 Kilo Tu Pun Jangan Nak Jadi Pm Lagi

Pnbest Tengkorak Apa Dulu Ayam Pu Rega Sampai 12 14 Sekilo Minyam Masak 48 5 Kilo Tu Pun Jangan Nak Jadi Pm Lagi

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 413 hits
Mak TiriHapus subsidi ayam satu kejayaan KPKM yg diterajui oleh YB Mohamad Sabu Sblm ni bila ada ura2 subsidi ayam nak dihapuskan gegak gempita satu Malaya harga ayam akan melonjak naik Sampai ada yg mengunjurkan harganya akan smpai RM 12 0...
Dinner Dengan Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api

Dinner Dengan Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 351 hits
Dinner Dengan Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api Ayam kampung agak lambat nak dimasak dan kena ada cara masakan atau menu yang bersesuaian dengan tekstur dagingnya yang agak liat Jadi saya guna dua cara masakan di mana awal proses saya akan ...
Cuba Spaghetti Kat Crispy Chippy

Cuba Spaghetti Kat Crispy Chippy

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 537 hits
Menu lunch Jumaat lepas masa k fiezz ke SOGO Nak cari hadiah kahwin untuk officemate Dah ke situ beli lah lunch juga Tukar selera lah sikit Asyik makan kat area pejabat je Bosan juga yea tak K fiezz cari hadiah kahwin untuk officemate kat t...
Jom Masak Cerita Menang Bersama Baba S Menangi Hadiah Keseluruhan Berupa Wang Tunai Sehingga Rm15 000

Jom Masak Cerita Menang Bersama Baba S Menangi Hadiah Keseluruhan Berupa Wang Tunai Sehingga Rm15 000

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 155 hits
Kari dan masyarakat Malaysia memang cukup sinonim Hidangan yang pastinya menjadi pilihan ramai ini sememangnya mampu menyatukan semua Lihat sajalah kalau di kedai mamak Pelbagai kaum boleh duduk semeja sambil menikmati hidangan kari yang en...
Bukan Senang Nak Masak Sambal Sotong Yang Sedap

Bukan Senang Nak Masak Sambal Sotong Yang Sedap

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 846 hits
BUKAN SENANG NAK MASAK SAMBAL SOTONG YANG SEDAP Assalamualaikum Cerita makanan lagi Sambal Nampak simple senang Tapi tak semua orang boleh masak Walau resepinya sama tapi kejadian sambalnya lain kan Warna dan rasa pasti berbeza Cik Rose sen...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao