Masak Sayur Sulur Keladi




Ni antara sayur kegemaran keluarga mentua
Mama Yan tak berapa suka makan sayur ni
Tapi boleh la masakkan
Takde masalah
Masalahnya tak tau la sedap ke tidak...hahaha.
Tapi tengok mentua makan je.
Dia kata jadi la ni.
Memang begini la masaknya.
Kira dah lulus la kan

Orang kat kampung suami ni,Suka betul dengan sayur sulur keladi ni
Suami pun selalu la belikan kat Pasar Pontian
Ada sekali tu,Jiran mak mentua datang rumah
Mak mentua pulak baru lepas makan
Siap jiran tu minta sikit kalau ada lagi
Ingin benor nak makan sulur keladi katanya
Lepas tu boleh minta suami Mama Yan belikan untuk dia juga bila-bila.
hahaha..

Adoila.
Anak berderet berbelas orang,Ngirim kat anak orang dah kenapa
Kadang-kadang makcik makcik kat kampung ni,Terlebih manjakan anak sampai tak berani nak suruh anak buat apa-apa,nak minta cari sayur pun takut,Mungkinlah takut kecewa agaknya kalau anak menolak atau tak jumpa
Pernah juga dulu dulu,Minta Mama Yan belikan maajun Mutiara untuk diorang la,orderkan barang Go Shop untuk diorang la..
dalam hati.
Masing masing ada anak menantu yang hebat-hebat kut.
susah payah daki bukit rumah mak mentua nak minta tolong.
Aishh.. Rupanya.
Maajun Mutiara tu, anak menantunya tak bagi makan,Nanti buah pinggang rosak
MY ni, dah orang minta tolong,tolong ajelah
MY pun taklah buat kajian pasal maajun tu
Tolong orderkan aje
Alih-alih dijualnya nama kita.
Menantu Wak Yah yang jual
Rasa macam nak je bagi starlight kat dahi tu,Pakkal lah orang tua.
Lepas tu memang tak tolong dah la

Okay.. kembali kepada kisah sayur sulur keladi ni.
Kalau salah cara menyediakannya,boleh menyebabkan kegatalan
Oleh itu,Sayur ni kakak ipar MY dah siang siap siap dah
MY tinggal nak masak aje
Nak siang sayur ni kena kupas kulitnya tu bersih bersih


Inilah rupa sulur keladi yang telah dibersihkan, dibasuh dan dicelur seketika dengan sedikit garam


Resipi Sayur Sulur Keladi
Bahan-bahan:-
secekak sayur sulur keladi1 biji bawang besar3 ulas bawang putihsejemput ikan bilis2 sudu besar cili kering yang telas dikisar2 sudu asam jawa dibuat air dengan suku cawan airGaram serta bahan perasa secukupnyaMinyak untuk menumis
Cara-cara memasak:
Siang sukur keladi dengan menyiat bahagian kulit luarnya,kemudian, potong ukuran dua inci macam tu. kalau suka comel-comel,boleh pendekkan lagi potongannya,Basuh bersih dan celur sebentar dengan sedikir garam
Ini untuk membuang sisa sisa getah pada sulur keladi tersebut,Selepas itu, toskan sulur keladi

Kisar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis,Kemudian, tumis bahan kisar dengan minyak
Minyak jangan sikit sangat sebab nak masakkan cili kering kena guna minyak,tapi jangan la banyak macam nak goreng ikan pula
Lepas tu,masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar
MY beli cili kering yang jenis tak pedas,Kalau korang jenis suka pedas, boleh la beli cili kering yang jenis pedas

Masak sehingga cili kering masak,Nan ti kalau minyaknya dah nampak timbul kemerahan,dah masak la tu cilinya
Masukkan garam, gula dan ajinomoto
bahan perasa macam gula dan ajinomoto ni tak perlu kalau tak suka
masukkan juga air asam jawa,
Lepas tu boleh la masukan sulur keladi yang telah dicelur terlebih dahulu tadi,Masaklah sehingga sulur keladi tu betul betul empuk dan lembutlepas sulur tu dah empukboleh la dimatikan apinya

Bila tumisannya dah masak,Barulah masukkan garam, gula dan asam jawanya


Sulur keladi yang hijau besar-besar ni katanya diimport dari Bangladesh
Yang ni takde risiko gatal katanya
Dulu kalau yang ambil di paya belakang rumah,Kurus-kurus aje sulurnya, warnanya pun tak hijau macam ni

Dah siap dah.
Alhamdulillah..
Berjaya ambil gambar masak hari ni..
Kalau tak asyik la lupa
Sebab tu la kadang kadang tak update blog, sebab takde bahan nak buat modal cerita
Hahaha..
Tak senonoh betul blogger yang tak tersohor ni





 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2023/10/masak-sayur-sulur-keladi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mudah Sarapan Pagi Bekalan Anak Ke Sekolah Masak Guna Air Fryer Je

Resipi Mudah Sarapan Pagi Bekalan Anak Ke Sekolah Masak Guna Air Fryer Je

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 355 hits
Resipi Mudah Sarapan Pagi Bekalan Anak Ke Sekolah Masak Guna Air Fryer Je Menu sarapan pagi untuk anak anak biasanya yang mudah dan ringkas Bagi memancing selera anak anak untuk makan terutama sarapan pagi mama terpaksalah kreatif ketika me...
Resepi Terung Ungu Masak Sambal

Resepi Terung Ungu Masak Sambal

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 206 hits
Terung Ungu Masak Sambal Dah lama tak masak Terung Ungu Sambal Nak jumpa terung yang elok dalamnya pun nasib je Kadang luar nampak cantik ungu tetapi dalamnya dah kering dan banyak biji Ini dikira terung dah terlalu tua ke macam mana Bila d...
Dua Kali Rebus Tetap Ada Masak Laksa Ada Rambut Bergumpal Gumpal Usahawan Kesal Ada Yang Hasad Dengki

Dua Kali Rebus Tetap Ada Masak Laksa Ada Rambut Bergumpal Gumpal Usahawan Kesal Ada Yang Hasad Dengki

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 223 hits
Seorang usahawan dan isterinya yang dikenali sebagai Syed Fatin Jaeden Haifa tampil meluahkan rasa sedih dan kesal gara gara perniagaan laksa miliknya telah dicemari dengan benda kotor Dakwa usahawan itu laksa yang dimasak mereka sering dic...
Sambal Taukua Pucuk Ubi Masak Lemak Dengan Tempe Tosei

Sambal Taukua Pucuk Ubi Masak Lemak Dengan Tempe Tosei

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM petang bandaraya Johor Bahru dilanda ribut Lebih tepat lagi pusat bandar JB sedangkan tempat tempat lain dalam daerah JB juga cuma hujan turun renyai Sk pulak keluar sekejap ke pasaraya Maslee berdekatan pejabat s...
Masak 2 Menu Guna Daun Thai Basil Ni

Masak 2 Menu Guna Daun Thai Basil Ni

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 233 hits
Daun Thai Basil atau dipanggil juga daun kemangi Kawan pejabat k fiezz kat KKR yang bagi Masa buat jamuan Bahagian bulan lepas k fiezz ke sana Kawan k fiezz ni dah whatsapp sehari sebelum tanya nak tak daun kunyit sebab dia ada tanam Masa k...
Kering Idea Masak Menu Pantang Lempeng Oat Horlick Buat Meriahkan Susu Badan

Kering Idea Masak Menu Pantang Lempeng Oat Horlick Buat Meriahkan Susu Badan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 184 hits
Kering idea nak sarapan apa semasa dalam pantang Menu ringkas seperti lempeng oat antara yang mengenyangkan dan paling penting sihat untuk ibu berpantang Paling menarik resipi pantang yang dikongsikan oleh Suzy Honey ini boleh menambahkan s...
Tak Sempat Masa Tu Kisah Ke Minyak Masak Kah Kah Kah

Tak Sempat Masa Tu Kisah Ke Minyak Masak Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 297 hits
Hamzah kutuk jalan ke Pelangai berpusing pusing buatkan dia pening Tujuan tak lain dia nak kutuk kerajaan yang gagal bawa pembangunan la konon Kerajaan Perpaduan ni usianya baru 10 bulan PN pegang kerajaan sebelum tu Dia sendiri ada dalam k...
Resepi Sayur Fat Choy Sos Tiram

Resepi Sayur Fat Choy Sos Tiram

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 159 hits
Macam macam orang panggil sayur nii kan ada panggil sawi cina sawi pendek pak choy dan sebagainya Kak ana panggil sayur fat choy jer entah lerr betul ke tidak nama sayur tuu pun Tapi kak ana pasti korang kenal lah kan sayur ni Selalu sayur ...
Begal Apes Di Makassar Jadi Ayam Sayur Targetnya Polisi Resmob Polda Sulsel

Begal Apes Di Makassar Jadi Ayam Sayur Targetnya Polisi Resmob Polda Sulsel

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 150 hits
Akhirnya pelaku begal ini pun dibawa ke kantor polisi untuk mempertanggung jawabkan aksinya
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala

Video Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut Netizen Terhibur Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat