Masak Lemak Cili Padi Telur Ikan




Saya pasti ramai orang yang macam saya, setiap kali mendengar ustaz mengajar tafsir Al Quran, kita akan terasa sangat takut dan terkesan. Maklum sebelumnya kita tak faham apa yang diperkatakan dalam Al Quran tersebut. Jadi itu sebab pentingnya untuk kita berguru, belajar tafsir dsb. 
Dalam kuliah zoom ustaz Firdaus minggu lepas berkenaan tafsir surah Al Ghasiah. Al Ghasiah merupakan salah satu nama nama hari kiamat. Ada 24 nama hari kiamat disebut dalam Al Quran. Dibicarakan tentang perkara asas akidah di mana sebagai orang beriman kita wajib percaya pada hari akhirat.  
Surah ini adalah antara beberapa surah yang dimulakan Allah dengan persoalan. Kenapa Allah mulakan dengan persoalan? Yang dikehendaki dari persoalan ini ialah untuk beri keinginan pada orang mendengar untuk mendapat jawapan bagi soalan tersebut. Jadi akan membaca untuk tahu seterusnya.  
Allah ceritakan tentang ahli neraka dulu sebelum ahli syurga. Suasana gambaran ahli neraka. Bagaimana wajah mereka. Kenapa mula dengan neraka dulu? Supaya menimbul rasa takut pada manusia. Supaya persiapkan diri dengan amal soleh. Beriman. Bersiap sedia dan dapat perbaiki kekurangan tersebut sebelum bertemu Allah. 


Allah sebut wajah wajah mereka yang tidak beriman pada hari itu, akan merasa dalam keadaan hina tunduk. Kenapa pada wajah? Tanda orang bersalah ialah dapat dilihat pada wajah. Betapa dasyat ketika berhadapan dengan Allah. Wajah akan rasa hina. Di muka bumi tak bersiap sedia. 


Mereka akan diberi minum dengan panas api neraka. Api dunia hanya 1 juzuk dari 70x  ganda api neraka. Bayangkan api dunia, panas. Dapat air sejuk kita akan rasa syukur. Begitu lah yang berlaku pada ahli neraka. Bila panas, kita harapkan air yang dapat hilangkan kepanasan tersebut, tapi dicurah air dari mata air yang menggelegak panas. Hancur seluruh isi badan. Minta lagi air minuman. Banyak jenis air dalam neraka. Air dari nanah dari mereka yang dibakar. Itu lah minuman mereka. Air peluh jadi minuman mereka. Kenapa minuman dulu tidak makanan. Minuman suatu yang paling diharap bila berada dalam keadaan panas. 



Mereka juga dalam keadaan lapar. Tiada makanan melainkan dari makanan buah berduri yang dimakan unta. Dalam keadaan lembab, unta makan. Kering akan jadi beracun, jadi unta akan mati. Mereka minta makan, Allah beri makan tapi Allah hina mereka dengan buah berduri. 


Nikmat diperolehi ahli syurga. Anggota dan jasad supaya dapat lihat dan bersiap sedia dengan buat amal soleh. Allah sebut wajah wajah ahli syurga pada hari tersebut berseri seri gembira melihat nikmat yang Allah sediakan.  Buah tak terputus. Makin petik makin banyak tumbuh. Duduk di singgahsana tepi sungai katil dari permata lantai dari mutiara. Suasana tenang. Allah beritahu wajah bercahaya berseri. 


Bagi usaha di dunia, Allah berikan balasan ganjaran setimpal. Mereka redha dan puashati. Wanita di syurga akan dijadi ketua seluruh bidadari yang jadi pasangan suaminya. Antara kata kata wanita kekal tak akan mati. Mereka redha setiap yang diberi. Allah bagi syurga yang tinggi. Syurga berada dalam tingkatan menaik ke atas. Jadi berdoa banyak banyak agar kita diberikan syurga firdaus yang paling tinggi tingkatannya. 


Ahli syurga tidak akan mendengar dalam syurga perkara laghaa dan sia sia. Saham apa dibuat di dunia dapat di akhirat. Dalam syurga ada air mata air yang dalam keadaan mengalir. Tidak sama dengan air mata air di dunia. Setakat ini dahulu, sekarang kita masuk bab masakan. 


Saya memang peminat telur ikan. Bukan sahaja telur ikan besar tapi juga telur ikan kecil seperti telur ikan kembung, selar kuning, selar dsb. Kalau masa siang nampak ada telur, memang hati berbunga riang. Pasti akan dikorek korek telurnya tu. 
Saya beli telur ikan ini agak mahal, bayangkan 3 ketul saiz sederhana jer dengan harga RM14.00.  Aduhai sabar jer lah. Lagi pun Allah yang memberi rezeki. Serahkan segalanya pada Allah. 
Telur ikan sedap dimasak lemak seperti ini. Lagi lagi kalau dimasukkan daun kunyit. Rasanya kalau ada belimbing buloh, juga lagi sedap. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 

Masak Lemak Cili Padi Telur IkanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:200 gram telur ikanSantan segar1 keping serai - ketuk1 keping asam keping1 sudu kecil garam kasar 1 helai daun kunyit
Bahan kisar:Segenggam cili padi - ikut pedas disukai2-3 inci kunyit hidup
Cara cara:Masak air sehingga mendidih. Masukkan telur ikan sekejap sahaja sekadar untuk membuang rasa hanyir. Angkat dan tos. 


Masak bahan kisar sehingga hampir kering. Masukkan santan, asam keping, serai dan garam. Masak sehingga mendidih. 
Masukkan telur ikan dan daun kunyit. Kacau rata. Tutup api.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/12/masak-lemak-cili-padi-telur-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 253 hits
Assalamualaikum WBTMAMBANG mana tataw mai rumah pagi pagi Mengenangkan ikan siakap berbaki separuh badan lagi yang telah digaram kunyit maka terjadilah Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api di subuh hari Sk kisar halus seketul kunyit hidup dan s...
Pepahat Masak Sos Cili

Pepahat Masak Sos Cili

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 163 hits
Pepahat Masak Sos Cili Selalu kalau rasa nak makan akan ajak husband pergi bagan lalang sebab dekat area sana je ada pepahat ni Hari tu balik kerja je husband cakap pekerja dia ada bagi pepahat 1 plastik Tapi nieyl tak tengok pun nieyl mint...
Pucuk Cemperai Masak Lemak

Pucuk Cemperai Masak Lemak

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 150 hits
Masa balik kampung hari tu kakak ipar bagi mak mentua MY pucuk cemperai Tapi suami MY minta pulak kat mak dia pucuk cemperai tu Jadi MY pun masaklah masa dah sampai rumah Dah la peti kat rumah ni tengah rosak Tak boleh nak simpan simpan Sem...
Nelayan Keluhkan Harga Ikan Anjlok Kaesang Janji Sampaikan Ke Prabowo Gibran

Nelayan Keluhkan Harga Ikan Anjlok Kaesang Janji Sampaikan Ke Prabowo Gibran

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 291 hits
Janji itu disampaikan Kaesang ketika bertemu dan mendengarkan keluhan nelayan di Kompleks Pelabuhan Perikanan Tasikagung Rembang Jawa Tengah
Serunding Halia Ikan Bilis Goreng Rangup Menu Pantang Super Sedap

Serunding Halia Ikan Bilis Goreng Rangup Menu Pantang Super Sedap

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 238 hits
Jemunya makan lauk rebus dan panggang setiap hari Apa kata di hujung hujung waktu pantang kita cuba menu bergoreng pula Serunding yang dihasilkan daripada halia dan ikan bilis ini memang lain daripada yang lain Malah nak memasaknya pun tera...
Resepi Ikan Tongkol Gulai Nasi Dagang

Resepi Ikan Tongkol Gulai Nasi Dagang

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 157 hits
nbsp Kak ana mula kenal makan nasi dagang ni selepas berkahwin dengan suami yang berasal dari negeri Kelantan ni laa ceritanya Sebelum ni di lahirkan dan di besarkan sebagai orang Perak Darul Ridzuan idak ler kenal nasi dagang Nasi ulam tah...
Ingatkan Jala Berat Dipenuhi Ikan Rupanya Buaya Pula Yang Tersangkut

Ingatkan Jala Berat Dipenuhi Ikan Rupanya Buaya Pula Yang Tersangkut

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 182 hits
8220 Nelayan Murah Busra mengungkap 8216 Saya sangka jaring dipenuhi ikan tapi terkejut selepas melihat buaya tersangkut 8221 Nelayan tersebut menceritakan peristiwa yang berlaku pada pukul 3 petang Di mana dia dan adiknya sedang menangkap ...
Asam Pedas Ikan Merah Kuah Cair Memang Terbaik

Asam Pedas Ikan Merah Kuah Cair Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 206 hits
Asam Pedas Ikan Merah Kuah Cair Memang Terbaik Korang suka tak asam pedas kuah cair Banyak tempat kat Johor ni hampir semua kedai saya pergi asam pedasnya memang kuah cair dan boleh hirup Kemudian ada rasa manis sikit kat hujung lidah tu Me...
Bertemu Nelayan Marunda Mahfud Bakar Ikan Hingga Makan Bersama

Bertemu Nelayan Marunda Mahfud Bakar Ikan Hingga Makan Bersama

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 101 hits
Mahfud MD bertemu dengan para nelayan di Perkampungan Marunda Kepu Cilincing Jakarta Utara
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life