Masac Sambut Baik Kerajaan Kawal Produk Berkaitan Vape




 Langkah kerajaan mengenakan cukai ke atas produk berkaitan vape disambut baik Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC).

Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi berkata vape sudah lama berada dalam pasaran dan pengenalan cukai berkenaan mampu mendapatkan semula cukai rokok yang menyusut kesan lambakan vape.

Malah langkah kerajaan itu, kata beliau, dapat mengurangkan ketirisan hasil pendapatan kerajaan daripada jualan rokok biasa yang kini berkurangan susulan kehadiran peranti vape.

"Lanjutan dari langkah Kerajaan mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin daripada Akta Racun 1952 dan melaksanakan cukai ke atas hasil penjualan cecair nikotin untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml), MASAC berpandangan ianya merupakan langkah yang baik untuk mengurangkan ketirisan hasil pendapatan Kerajaan dari jualan rokok biasa yang kini telah berkurang kesan dari kehadiran peranti vape.

"Pengenalan cukai ini, mampu mendapatkan semula cukai rokok yang telah berkurang kesan dari lambakan kehadiran vape di pasaran," katanya dalam satu kenyataan.
Raja Azizan Suhaimi
Raja Azizan turut berharap Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang dijangka dibentang di Parlimen pada Mei ini memasukkan seksyen yang hanya membenarkan penggunaan peranti vape dalam kalangan pengguna berusia 18 tahun dan ke atas.

"Ia bagi memastikan belia dan pelajar bawah umur tidak terbabit dengan penggunaan vape," katanya.

Sebagai rekod, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustapha sebelum ini memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia akan membentangkan RUU baharu sebagai langkah memastikan kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin dalam cecair elektronik atau vape.

KKM juga jelasnya akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).

"MASAC turut bersedia menganggotai kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR) yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Selain itu, MASAC bersedia bersama KKM agar maklumat mengenai nikotin vape yang mungkin ada dicemari dadah dapat dikongsi maklumatnya oleh MASAC kepada semua rakyat Malaysia agar bijak memilih jenis nikotin yang berdaftar sahaja dan tidak semberono membeli nikoton di mana-mana yang tidak diketahui kandungannya walau dijual dengan harga yang murah," kata kenyataan itu lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/masac-sambut-baik-kerajaan-kawal-produk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Sambut Baik Langkah Kerajaan Tamatkan Monopoli

Ppim Sambut Baik Langkah Kerajaan Tamatkan Monopoli

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 229 hits
Keputusan kerajaan menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer bermula tahun hadapan disambut baik Persatuan Pengguna Islam Malaysia Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu bukan sahaja dijangka akan memberi ...
Rangkaian Produk Gkb Yang Baik Untuk Penjagaan Usus Kesihatan Dalaman

Rangkaian Produk Gkb Yang Baik Untuk Penjagaan Usus Kesihatan Dalaman

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 334 hits
Bersyukur sangat di pinjamkanNya usia kak ana hingga ke hari ini Satu perjalanan usia yang telah melalui pelbagai peringkat dan pengalaman Tak banyak yang kak ana minta dariNya cukuplah diberikanNya kesihatan yang baik Dalam meniti usia ni ...
Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit Jom Tengok Apa Produk Baik Untuk Usus Korang

Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit Jom Tengok Apa Produk Baik Untuk Usus Korang

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 306 hits
Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit Jom Tengok 5 Produk Baik Untuk Usus Korang Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Untuk pengetahuan korang Sha memang jenis keturunan yang mengalami masalah sembelit dan gastrik Masalah sembelit dan ga...
Janji Rafizi Kerajaan Tidak Akan Berhutang Ekonomi Better Than Zaman Muhyiddin

Janji Rafizi Kerajaan Tidak Akan Berhutang Ekonomi Better Than Zaman Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 328 hits
Zaman muhyiddin jadi PM apakah kita semua dalam situasi ekonomi sukar Rasanya ekonomi ketika itu merudum kerana sektor utama penggerak ekonomi ditutup kerana pandemik covid19 Suntikan dana juga diberikan kepada rakyat yang diberhentikan ker...
Kwsp Kerajaan Rela Tidak Populis Elak Impak Buruk

Kwsp Kerajaan Rela Tidak Populis Elak Impak Buruk

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 169 hits
Keputusan untuk membenarkan pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hanya akan memberi kesan kepada dividen pencarumnya Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika ditemui media di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam semalam menj...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer