Masaalah Rakyat Malaysia Tak Faham Tentang Intipati Perlembagaan










MOHD MUKHLIS


Masalah sebenar dengan rakyat Malaysia ialah mereka tidak tahu apa intipati perlembagaan dan apa sebenarnya erti menjadi rakyat negara ini. Acap kali saya katakan yang negara ini adalah berpaksi pada demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Jadi paling tinggi sekali adalah Perlembagaan Negara. Ini yang telah memelihara negara kita selama ini dari menjadi negara gagal walaupun telah cuba di rosakkan oleh Mantan PM macam Najib bila dia cuba alih kuasa darurat dari YDPA kepada Perdana Menteri. Bila PH naik, PH telah betulkan kerosakan yang berlaku dengan pulangkan semula kuasa isytihar darurat kepada YPDA.

Pelembagaan kita ini tertakluk pada pemisahan kuasa antara 3 cabang utama iaitu kehakiman, eksekutif dan legistatif. Tujuan pemisahan kuasa ini adalah untuk melindungi kepentingan rakyat jika ada mana-mana pihak yang cuba hendak melanggar Perlembagaan Negara untuk cita-cita peribadi.

Tapi Mahiadin (bukan nama sebenar) telah menguasai 2 pertiga dari cabang ini dan hampir membuatkan dia menjadi supreme leader bila dia lantik speaker dewan rakyat dan peguam negara yang bias dan terbukti tidak mampu mempertahankan perlembagaan negara.

Dari awal lagi dia cuba tunggang tiga-tiga institusi tadi bila dia tidak cukup sokongan di parlimen; sampai jadi buah mulut media luar negara. Sebab itu jangan tanya mana pi semua FDI lari, siapa yang berani labur dalam negara yang PM dia sendiri takut dengan sidang parlimen.

Padahal dalam sistem westminster, Perdana Menteri itu sendiri datang dan pergi. Undi percaya dan undi tidak percaya adalah sebahagian dari demokrasi. Boleh ker masuk acara olimpik tapi event tangguh sebab takut kalah? Dia boleh tangguh sebab pengadil itu geng dia.

Yang tidak sebahagian dari sistem demokrasi adalah bila tunggang semua cabang perlembagaan untuk kekal berkuasa. Dari tipu jumlah sokongan, derhaka pada YPDA, derhaka tak mahu buka parlimen, dalam masa yang sama tak reti memerintah. Kes kematian akibat covid beratus-ratus sehari!

Sedangkan satu nyawa manusia pun bernilai di sisi Islam, inikan beribu-ribu nyawa hilang akibat Perdana Menteri dan kabinet yang tidak competant; jangan kita lupa jasa pada ulamak yang menjadi perisai orang yang zalim tadi.

Hak rakyat untuk berhimpun dan bercakap juga di jamin dalam perlembagaan negara dalam artikel 10, kita boleh argue tentang ancaman covid-19 untuk kata berhimpun di masa ini tidak sesuai kononnya. Tapi persoalan saya bila masa yang sesuai?

Bila masa Januari 2021 kes baru 3K tapi DG yakinkan semua yang Darurat di perlukan untuk perangi Covid-19? Atau bila masa kes sudah 6 kali ganda sampai 17K waktu darurat sudah tamat? Jadi bila masa sesuai untuk berdemo? Atau hendak tunggu kes 20K sehari baru nak kata inilah masa yang sesuai hendak berdemo?

Lagi satu sekarang darurat dah tamat, mana bukti sains dan data yang DG dan KKM kata darurat bantu perangi kes Covid?

Ingat mereka yang berdemo ini sebenarnya kurang terdedah pada jangkitan kerana berada di open space, berbanding dengan kilang yang tertutup. Dan jangan lupa juga jasa pendemo-pendemo yang lepas. Dakwat hitam di jari pengundi masa PRU14 lepas adalah hasil dari desakan rakyat yang turun demo bersih. Kalau rakyat tak turun, rasanya ada tak kerajaan akan suruh SPR implement dakwat kekal?

Lepas itu mereka bising guna saluran yang betul, kita sudah 6 bulan dalam darurat, kes tak turun, nak balik kampung tak boleh, rakyat banyak kena buang kerja, murung bersepah, bunuh diri macam perkara biasa, hospital sesak, frontliner letih. Apa lagi saluran yang tak betulnya? Parlimen kena prorogue sampai 6 bulan padahal derhaka dengan titah YDPA supaya boleh bersidang.

Tapi bab jarah duit KWAN laju aje mereka. Yang duk backup sangat ini, saya nak tanya siapa tahu perincian duit KWAN 5 billion tu pergi mana? Parlimen itulah tempat untuk MP pembangkang jadi check and balance, supaya kerajaan tidak sewenang-wenang belanja duit rakyat.

Pastu yang bising kata bila parlimen di buka pembangkang suka buat kecoh, itu sifat parlimen kalau yang jadi speaker tidak adil. Pernah ke tengok pasar malam senyap? Atau tengok perlawanan bola bisu? MP-MP yang di pilih tadi bising untuk kesejateraan rakyat. Biar mereka bertumbuk tampar sekali pun dalam parlimen, janji hak rakyat terpelihara.

Saya nak tanya, kalau MP pembangkang terpekik terlolong dalam parlimen 30 hari sebulan tapi rakyat dapat bantuan laptop 150K yang di janjikan kerajaan, rakyat yang hilang kerja di bantu dengan segara, yang murung dapat bantuan perubatan; anda mahu atau tidak? Itu saya cakap, sokong apa yang berfaedah untuk kita sebagai rakyat. Ini bila parlimen tutup, satu apa pun perbelanjaan negara kita tak tahu.

Saya nak tanya lagi, kalau awak nak beli barang online, adakah awak akan impulse buying? Maksud dia, tengok TV baru, terus swipe, tengok PS5 baru terus swipe? Atau awak semak dulu belanja dapur dengan Isteri, tengok mampu atau tidak nak beli TV baru? Sama juga dengan parlimen, parliamen ini adalah sistem semak dan imbang perbelanjaan negara, jangan duk buat macam piggy bank abah dia aje.

Dan saya ulang juga penyelesaian ikut sistem westminster, bila mana Perdana Menteri tidak ada keabsahan, ketua pembangkang sepatutnya di berikan peluang untuk di lantik menjadi perdana menteri. Dan tugas perdana menteri yang baharu nanti adalah untuk kembalikan maruah parlimen kita dan secure sokongan yang cukup. Jadi PM baharu tadi gagal dapat sokongan, dia juga perlu meletak jawatan dan beri pada orang lain.

Tapi jika tidak di beri peluang, kita akan kekal di takuk yang sama dan hanya mampu berharap dengan keajaiban. Cuma kita kena ingat, rahmat Allah tidak akan turun pada mereka yang berkhianat dan mereka yang menipu.

Moga Allah perlihara kita dari pemimpin yang zalim.

WAllahualam.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/masaalah-rakyat-malaysia-tak-faham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 6 3 Juta Rakyat Malaysia Lengkapkan Vaksinasi

Lebih 6 3 Juta Rakyat Malaysia Lengkapkan Vaksinasi

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 291 hits
AGENDA DAILY Data 29 Julai 2021 Jumlah rakyat Malaysia yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid 19 kini mencecah lebih 6 3 juta penerima sejak program imunisasi dilancarkan Februari lalu manakala lebih 13 1 juta lagi menerima d...
Hiburan Saya Rakyat Malaysia Saya Ada Hak Bersuara Lana Nodin

Hiburan Saya Rakyat Malaysia Saya Ada Hak Bersuara Lana Nodin

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 279 hits
Baru baru ini isu hangat dibincangkan oleh orang ramai apabila pelakon Lana Nodin memuatnaik beberapa hantaran di Instagram Story menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham segera untuk meletak jawatannya Advertisem...
Malangnya Jadi Rakyat Malaysia

Malangnya Jadi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 177 hits
Semua backdated Kompaun takkurantini backdated batal darurat backdated kali ini tangguh parlimen alasan varian delta pun berdasarkan backdated Covid test kit Apalah nasib jadi rakyat Malaysia mereka berbohong depan mata pun tak boleh buat a...
Muhyiddin Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Muhyiddin Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 233 hits
Muhyiddin ketika berucap sewaktu menyampaikan perutusan khas di stesyen televisyen tempatan sebentar tadi Tiada isu peletakan jawatan Muhyiddin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana terpaksa menj...
Rakyat Malaysia Antara 49 Negara Dibenarkan Tinggal Di Saudi Hingga 90 Hari

Rakyat Malaysia Antara 49 Negara Dibenarkan Tinggal Di Saudi Hingga 90 Hari

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 241 hits
Pelancong dari 49 negara termasuk Malaysia layak memohon visa selama setahun dan kebenaran tinggal sehingga 90 hari untuk menunaikan umrah serta mengikuti pelbagai aktiviti melancong di Arab Saudi KUALA LUMPUR Arab Saudi membuka kembali pin...
Permohonan Bantuan Miskin Tegar Rm1 300 Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Permohonan Bantuan Miskin Tegar Rm1 300 Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 474 hits
Berita baik bagi mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID 19 Bantuan Khas COVID 19 telah diumumkan oleh kerajaan untuk membantu mereka terutamanya rakyat yang tergolong dalam kategori miskin tegar Sekiranya anda tergolong dalam kate...
Rakyat Malaysia Ditipu Hampir Seminggu Ordinan Darurat Dibatalkan

Rakyat Malaysia Ditipu Hampir Seminggu Ordinan Darurat Dibatalkan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 273 hits
MALAYSIA DATELINESelepas diasak bertubi tubi oleh Ahli Parlimen pembangkang di persidangan dewan pagi ini akhirnya Menteri Undang undang Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan Ordinan Darurat telah dimansuhkan pada 21 Julai 2021 Ahli Parlimen ...
Petisyen Rakyat Malaysia Di Singapura Untuk Pulang Tanpa Kuarantin

Petisyen Rakyat Malaysia Di Singapura Untuk Pulang Tanpa Kuarantin

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 309 hits
JOHOR BARU Dengan berjuta juta orang di kedua dua sisi Tambak yang diberi vaksin terhadap Covid 19 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura meminta penghapusan syarat karantina bagi mereka yang diberi vaksin sepenuhnya ketika perniagaan me...
Sedang Rakyat Malaysia Mel4wan C0vld19 Sebaliknya Ini Yang Berlaku Di Brunei Mereka Dah Buat Persiapan

Sedang Rakyat Malaysia Mel4wan C0vld19 Sebaliknya Ini Yang Berlaku Di Brunei Mereka Dah Buat Persiapan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 206 hits
Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Aidiladha Segala persiapan perlu dilakukan bagi memeriahkan sambutan perayaan ini
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket