Gi-tae yang fed-up dengan ibunya yang selalu setup blind date akhirnya berpakat dengan Jang-mi untuk berlakon jadi couple yang nak kahwin. Jang-mi setuju kerana hubungan ibu dan bapanya bertambah baik setelah tahu Jang-mi ada boyfriend dan ada plan nak kahwin.
Drama ini habis ditonton kerana seronok lihat komentari kehidupan dari sisi hubungan yang bermasalah, bagaimana karakternya muhasabah terhadap diri sendiri dan berubah jadi lebih baik. Lagipun watak sampingan tak terlalu obses terhadap hero heroin sampai rasa nak menyumpah. Konflik yang ada pun laju sahaja mereka selesaikan; satu dua episod dah selesai. Sesuailah tonton petang2 sambil lipat baju.
Han Groo mula-mula perasan masa siri Girl-K. Filem aksi 3 episod ala-ala The Witch. Dalam filem tersebut hampir semua aksi beliau lakonkan sendiri. Drama ini merupakan drama terakhir beliau sebelum kahwin dan beranak kembar sampai sekarang masih bizi jaga anak.
Penghujungnya, mereka kahwin style Gi-tae X Jang-mi; majlis kahwin dilanda disaster siap sempat lagi konon2 ada misundertanding kecurangan – kemudian ditutup dengan quote dari Surah al-Insyirah “bersama setiap kesusahan ada kesenangan.”|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |