Mari Seluruh Rakyat Malaysia Jauhi Politik Kebencian


Di Malaysia, amat pelik apabila sebarang tragedi dimuslihatkan untuk menyemarakkan perpecahan kaum. Tidak hairan ada politikus bukan Melayu-Islam yang dek kerana ketakutan dan kebencian mendalam mereka kepada kesatuan orang Melayu-Islam.


Mereka terpekik lolong mengatakan kaum majoriti di Malaysia adalah bakal pengganas yang akan merosakkan negara ini.

Mereka ini adalah golongan yang sebab bencikan tikus seekor, habis sibuk rengkiang dibakar.

Kerana takutkan kuasa kemuafakatan orang Melayu-Islam, sanggup digelar kita yang majlis ini sebagai ganas.

Tetapi, sifat kebencian kaum luar kepada orang Melayu-Islam boleh difahami dengan mudah dan diketepi dengan alasan: mereka tidak tahu, mereka tidak faham dan mereka itu jumud.

Namun, apabila yang meracau bagai orang mabuk yang sudah hilang akal adalah saudara sebangsa dan seagama, hairan yang timbul amatlah besar.

Pedih dikhianati bangsa sendiri jauh lebih menyakitkan kerana mereka ini orang yang berdiri sama saf dalam masjid yang sama dan melafazkan kalimah yang sama dengan saudara sebangsa dan seagama.

Mereka adalah darah daging yang sepatutnya menyokong kesatuan yang mengeratkan sesama Melayu-Islam.

Amat dikesali apabila mereka pula yang meracun kesatuan ini dengan panggilan yang paling hina untuk orang Islam di alaf ini: pengganas.

Sejak bila orang Melayu-Islam erat bersalaman itu dilihat sebagai dosa yang hina? Siapa yang sebenarnya menyemarakkan keganasan?

Orang Melayu-Islam yang terus diam dalam amarah setiap kali agama dan kaum ini dihina dan diperbudakkan atau mereka yang memomokkan orang Melayu-Islam sebagai makhluk kebencian?

Bentuk ketololan apa dalam politik hari ini sehingga benda paling mudah perlu diingatkan?

Kebencian, keganasan dan terutama sekali korban nyawa bukan bahan mainan politikus berakal dangkal!

Meletakkan politik dalam wadah kebencian semata-mata untuk mempraktikkan strategi pecah dan takluk adalah perbuatan jahat yang sepatutnya disiasat sebagai hasutan memporak-peranda pemikiran rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia patut diingatkan bahawa kesatuan Melayu-Islam adalah rahmah yang akan menguatkan lagi negara kerana wujud kasih sayang yang akan memelihara kaum majoriti.

Daripada rasa kasih sayang ini juga akan mencambah rasa memulihara agar negara dapat sama bangkit. Jangan nanti, dek terlalu kerap dimomokkan sebagai pengganas, akhirnya kebencian berjaya disemarakkan.

Kerana semua sedia maklum, apabila fitnah tanpa segan silu ditabur bagi menghidupkan kebencian, yang timbul hanyalah makhluk rekaan yang jelek dengan politikus.

Jangan jadikan rakyat sebagai lurus-lurus sumpitan orang politik yang sanggup menghina kaum sendiri untuk menang kuasa politik.

HURU-HARA CIPTAAN AHLI POLITIK

Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.

Kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan digulingkan melalui cara sama.

Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku.

"Kebencian membunuh, (sedangkan) cinta tidak pernah mati, itulah yang membezakan antara keduanya. Apa yang diperoleh cinta, akan selalu abadi. Apa yang diperoleh benci, akan menjadi beban hidup kerana kebencian akan melahirkan lebih banyak kebencian baru." – Mahatma Gandhi.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2012/12/mari-seluruh-rakyat-malaysia-jauhi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Mesti Bertanggungjawab D Atas Segala Kemusnahan Dan Kerosakan Yang Berlaku Kepada Bumi Malaysia

Rakyat Malaysia Mesti Bertanggungjawab D Atas Segala Kemusnahan Dan Kerosakan Yang Berlaku Kepada Bumi Malaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 140 hits
MANA ADA DAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERMINAT NAK DENGAR NASIHAT DS NAJIB DEPA LEBIH SYOK NAK DENGAR LAWAK SARKIS DARI ORANG MACAM PEJA MAT JARGON DAN MAT SABU 3 SUKU DS Najib Razak pun pergi tegur Menteri tentang isu padang Entah bila la DSN ...
Bantuan I Fitri Perantau Rm400 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan I Fitri Perantau Rm400 Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 154 hits
Bantuan i Fitri Perantau RM400 untuk rakyat Malaysia Salah satu contoh dari bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri adalah Bantuan i Fitri Perantau Bantuan i Fitri Perantau RM400 untuk rakyat Malaysia Bantua...
Video Megawati Sebut Dansa Politik Minta Rakyat Pilih Orang Baik Seperti Jokowi

Video Megawati Sebut Dansa Politik Minta Rakyat Pilih Orang Baik Seperti Jokowi

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 203 hits
Megawati Soekarnoputri menilai suasana politik sekarang seperti orang berdansa Kemudian meminta agar masyarakat memilih orang baik seperti Jokowi
Jutaan Rakyat Tanya Kenapa Diktator Mahazalim Mahafiraun Tidak Saman Musuh Politik Nya

Jutaan Rakyat Tanya Kenapa Diktator Mahazalim Mahafiraun Tidak Saman Musuh Politik Nya

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 235 hits
Hanya yang bersalah akan disumbat ke dalam penjara No wonder bekas banduan dan yang ada dalam penjara kepanasan Jenayah mereka tidak dapat dipadam sekadar kuasa politik tercatat sejarah Yang hanya dilabel DIKTATOR MAHAZALIM mahafiraun tidak...
Berhenti Sebar Kebencian Terhadap Pelarian Rohingya Presiden Hak Asasi Etnik Rohingya Di Malaysia

Berhenti Sebar Kebencian Terhadap Pelarian Rohingya Presiden Hak Asasi Etnik Rohingya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 184 hits
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani menggesa rakyat di negara ini berhenti menyebarkan kempen kebencian terhadap perlarian Rohingya di Malaysia nbsp Ini kerana pihaknya tel
Bantuan Aidilfitri Rm700 Untuk Rakyat Malaysia Ini Senarai Penerima Tarikh Rasmi Pembayaran

Bantuan Aidilfitri Rm700 Untuk Rakyat Malaysia Ini Senarai Penerima Tarikh Rasmi Pembayaran

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 310 hits
Bantuan Aidilfitri RM700 untuk rakyat Malaysia Ini senarai penerima tarikh rasmi pembayaran Setiap tahun Kerajaan akan mengumumkan belanjawan untuk digunakan dalam pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat Untuk Belanjawan 2023 sebanyak R...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada