Mari Kita Bantu Artis Yang Meminta Bantuan Ini Caranya
Semenjak dua atau 3 hari ini admin melihat artis atau selebriti Malaysia bersama-sama memeriahkan Perintah Kawalan Penggerakan di laman sosial samada di FB atau Twitter.
Meriahnya apabila Black dan rakan-rakan memohon bantuan kepada kerajaan untuk artis-artis Malaysia. Dan inilah permulaan gelombang pertama artis Malaysia di kecam oleh netizen. Kemudian muncul seniman meminta beberapa bantuan khas untuk artis dan beberapa artis nama yang saya tak mahu sebut pun mula meluahkan perasaan kerajaan harus membantu mereka.
Kekalutan ini mula dipanjangkan oleh maki hamun netizen terhadap artis dan kemudian khususnya ada artis tersebut mengatakan bahawa 6 buah rumah miliknya beliau telah arahkan penyewa-penyewanya tak perlu membayar sewa bulanan. Baguslah dia kaya rupanya...hehehehe.
Namun saya tidak memperlekehkan artis Malaysia ini, sebenarnya mereka tak ketahui apa yang di maksudkan oleh PM kita tentang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dimana mereka juga mendapat habuannya. Mungkin mereka tak faham term-term yang dipakai, maka admin akan permudahkan. Jangan risau, Bak kata PM kita, tiada sesiapa dipinggirkan..
Sebagai contoh artis Malaysia yang hilang job kerana COVID-19 ini boleh mengambil insentif tidak perlu membayar hutang bulanan kereta Alphard mereka selama 6 bulan. Rumah banglo mereka juga terlibat dalam pengecualian automatik selama 6 bulan. Itu lah bantuan untuk artis dan juga rakyat marhaen seperti kami.
Jika mereka mengatakan tiada KWSP ini adalah kesilapan mereka kerana semasa ekonomi rancak kenapa tidak membuat sendiri akaun KWSP mereka atau menabung. Admin andaikan artis ini sebagai peniaga pasar malam. Mereka juga tiada KWSP tetapi bagaimana mereka harungi selama 28 hari ini. Belajar dengan mereka. Mereka pun sesak nafas nak melalui period PKP ini.
Kalau nak kesihatan percuma pergi sahaja ke hospital kerajaan, takkan RM1 untuk check up tak der kot. Dulu masa jadi artis tak ambil insuran kesihatan ker. Insuran kesihatan sekarang adalah perkara asas untuk pekerja swasta /artis macam kita ini. Artis/Selebriti anda juga boleh daftar diri di MySalam yang memberi kemudahan dan wang ringgit kalau anda masuk ke hospital.
BPN juga memberi imbuhan kepada artis/selebriti dengan bayaran tunai one-off. Katakan gaji anda RM4000-RM8000 takkan pula RM2000 ke bawahkan, anda layak mendapat bayaran tunai RM1000. dimana bayaran bulan April RM500, Mei RM 500. Tapi jika gaji anda RM8000 atas susah ler, tapi kalau gaji bulanan RM8000 ke atas takkan nak minta bantuan kan.
Anda tak perlu memohon jika anda adalah pembayar cukai ( bayar ke cukai), secara automatik akan dimasukkan ke akaun anda. Jika anda lupa bayar cukai, anda juga layak tapi kena pergi laman web LHDN untuk semakan.
Anda juga layak dapat diskaun bil elektrik 2%( saya tak pasti) , oleh itu anda masih boleh membuka aircond di rumah banglo anda. Malah anda dapat Internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain, dari April hingga PKP tamat. Maka anda masih boleh berkomunikasi dengan peminat anda.
Malah title anda sebagai artis/selebriti juga merupakan kelebihan berbanding kami sebagai rakyat marhaen. Sudah tentu follower FB Pages dan Twitter anda melebihi beratus ribukan. Admin Instagram hanya 440 follower sahaja. Sedihhh...
Gunakan insta/YouTube/FB Pages jual ler face mask atau produk yang sesuai untuk tampung kehidupan anda. Ini juga merupakan income kan. Kalau pandai buat video boleh siarkan di You Tube, kalau ramai tontonan boleh dapat duit tu.
Admin rasa tak perlu kita panjangkan isu, mungkin anda iaitu artis tak faham tentang BPN yang dilancarkan oleh kerajaan. U are not alone struggle dalam PKP ini. Tapi demi memastikan kelangsungan survival Malaysia, kita mesti ikuti PKP ini. Betul tak?
Dan untuk artis janganlah meroyan dalam laman sosial lagi. Maaf jika admin kata meroyan, sebab kerjaya kamu bergantung pada sokongan peminat. Kalau peminat dah tak suka anda macam mana nak bayar hutang 6 buah rumah tu nanti. Mungkin selama ini ada artis belum pernah kena kecam dengan netizen, inilah masanya untuk kenali kekentalan diri anda. Tak perlu nak saman malu bagai, anggap ini sebagai lumrah kehidupan.
Lagi pun rakyat Malaysia mudah lupa, jika anda senyap 2 minggu maka isu ini akan hilang punya. Saya berani bertaruh.
Netizen cukuplah kecam mereka. Kita membuat dosa sahaja dengan maki sesama manusia. Stop it.
Untuk artis sebelum kamu membuat sesuatu statement, isi diri dengan ilmu dan fakta. Sebab kamu adalah selebriti dan semua orang memasang telinga setiap tutur kata anda.
Admin tak salahkan artis/selebriti tapi admin salahkan pembuat filem khasnya yang membuat filem melayu yang tak habis-habis bercerita kisah cinta anak orang kaya dan gaya orang kaya. Saya belum pernah lihat lagi drama Melayu tentang makcik Kiah jual nasi lemak. So persepsi masyarakat anggap artis/selebriti ni kaya disebabkan drama sebegini. Pendek kata, masyarakat ingat anda kaya!!
Admin minta maaf pada artis/selebriti yang terkesan dengan artikel ini. Tapi pada masa yang sama admin juga minta netizen slow kan kecam mereka. Biar kita fokus PKP ini dan berdoa agar wabak di negara kita ini cepat pilih.
Admin pun dah terangkan dengan jelas bagaimana mereka boleh minta bantuan menggunakan sumber yang telah diumumkan oleh kerajaan. Maka masalah ini selesaikan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2020/03/mari-kita-bantu-artis-yang-meminta.html