Marcel Jude Joseph Mohon Maaf Samakan Unduk Ngadau Dengan Persembahan Lembu Eksotik


Peguam kepada Philip Among, Marcel Jude memohon maaf atas bahagian dalam penghujahan mahkamahnya yang menyamakan acara ratu cantik Unduk Ngadau dengan "persembahan lembu eksotik" (exotic cattle show) dan "acara lelong" (auction show).
Marcel Jude Joseph mohon maaf samakan Unduk Ngadau dengan 'persembahan lembu eksotik'
Marcel adalah peguam yang mewakili Philip - ahli politik daripada Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah - yang berdepan pertuduhan cabul. S aya, Marcel Jude Joseph, dengan ikhlas dan sepenuh hati memohon maaf atas bahagian dalam penghujahan mahkamah yang telah menyinggung dan menyakitkan (pihak yang berkaitan).

"Maka di sini saya membuat permohonan maaf ikhlas ini kepada semua Unduk Ngadau (pemenang acara tersebut) di seluruh Malaysia, dari permulaan acara ratu cantik Kaamatan Unduk Ngadau sehingga untuk tahun 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Marcel berkata, permohonan maaf itu ditujukan kepada ahli jawatankuasa penganjur tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya; ahli jawatankuasa perayaan Kaamatan tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, semua pihak terlibat dalam penganjuran acara itu sejak ia mula diperkenalkan pada 1960, serta semua orang Kadazandusun Sabah.

Dia juga memetik kenyataan yang dibuat Pengerusi Majlis Wanita Kadazandusun Joanna Kitingan semalam, yang menyifatkan kenyataan Marcel sebagai "merendahkan maruah, menghina, memfitnah dan tidak sensitif" terhadap budaya masyarakat itu.

Menurut Marcel, pihak pendakwaan telah meminta ikat jamin sebanyak RM100,000 dan maka dia melakukan yang terbaik agar majistret Jessica Ombou Kayakun menetapkan jumlah yang lebih rendah.

"Perenggan yang menyinggung, seperti didakwa Joanna Kitingan, dibuat atas tujuan dalam perbicaraan mahkamah. Ia tidak dibuat dengan sebarang niat jahat, niat provokasi atau untuk menyakitkan. Ia dibuat untuk membela anak guam saya.

Sebagai peguam, saya perlu bertindak sebaik mungkin untuk anak guam, seperti yang dirasakan bersesuaian," katanya lagi. 'Penghujahan tak boleh ditarik balik' Marcel berkata dia tidak boleh menarik balik penghujahan bertulisnya kerana ia adalah res judicata, iaitu sebahagian daripada prosiding mahkamah yang telah ditetapkan dan hanya hakim yang boleh menentukan sama ada untuk menerimanya atau tidak.

Katanya, walaupun perenggan yang dibangkitkan itu ada dalam penghujahan bertulis, dia tidak membacanya ketika di mahkamah, seperti didakwa Joanna.

Susulan penghujahan Marcel, mahkamah menetapkan 14, 21 dan 22 Julai untuk pengurusan kes praperbicaraan. Phillip dikenakan ikat jamin RM8,000 untuk setiap pertuduhan, dengan dua penjamin tempatan.

Phillip, 52, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencabul peserta ratu cantik tempatan dan satu pertuduhan sama terhadap seorang lagi perempuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/06/marcel-jude-joseph-mohon-maaf-samakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unduk Ngadau Molest Claim Sabah Star Member Remanded Four Days As Probe Continues

Unduk Ngadau Molest Claim Sabah Star Member Remanded Four Days As Probe Continues

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 504 hits
KOTA KINABALU The Sabah STAR politician who allegedly molested an Unduk Ngadau contestant has been remanded for four days Magistrate Lovely Natasha Charles issued the order on Friday after investigators made the request to further remand su...
Reform Unduk Ngadau For Sabah Indigenous Culture Survival

Reform Unduk Ngadau For Sabah Indigenous Culture Survival

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 367 hits
Sabah has made it to national news headlines and this time it was not about any elections but about a sexual harassment case connected to the most celebrated symbolic event in Sabah The Unduk Ngadau Kaamatan beauty pageant shot to national ...
Peguam Hina Unduk Ngadau Perlu Dikenakan Sogit Kata Pairin

Peguam Hina Unduk Ngadau Perlu Dikenakan Sogit Kata Pairin

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 297 hits
Bekas penyelaras STAR kawasan Parlimen Putatan Phillip Among didakwa di mahkamah Khamis lalu KOTA KINABALU Peguam Marcel Jude Joseph perlu dihadapkan ke Mahkamah Anak Negeri dan dikenakan sogit kerana didakwa telah mengabaikan serta melangg...
Sabah Star Leader Arrested In Connection With Unduk Ngadau Harassment Claim

Sabah Star Leader Arrested In Connection With Unduk Ngadau Harassment Claim

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 340 hits
KOTA KINABALU A Sabah STAR leader has been arrested in connection with the alleged molestation of an Unduk Ngadau contestant here recently CID officers from Kota Kinabalu turned up at his office mid way through a press conference at 1 10pm ...
Sabah Activist Pans Lawyer S Likening Of Unduk Ngadau To Exotic Cattle Show

Sabah Activist Pans Lawyer S Likening Of Unduk Ngadau To Exotic Cattle Show

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 297 hits
A Sabah cultural activist has slammed portions of a court submission where the defence counsel compared the annual harvest festival Unduk Ngadau pageant to an exotic cattle show and auction show Activist Shireen Sikayun hit out at parts of ...
Hiburan Dakwa Jiran Anti Vaksin Farahanim Razak Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini Lufya Omar

Hiburan Dakwa Jiran Anti Vaksin Farahanim Razak Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini Lufya Omar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 358 hits
Sebelum ini tular isu mengenai seorang pengacara Fara Hanim Razak mendakwa jirannya yang merupakan artis menyebarkan dakyah antivaksin Tidak mendedahkan secara terbuka pengacara itu hanya memberi gambaran nama artis terbabit bermula dengan ...
Hiburan Dikecam Komen Uga Uga Zynakal Mohon Maaf Tiada Niat Sindir Adat Orang Sarawak

Hiburan Dikecam Komen Uga Uga Zynakal Mohon Maaf Tiada Niat Sindir Adat Orang Sarawak

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 282 hits
Penyanyi Zynakal tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka atas sebab didakwa telah memerli budaya dan adat orang Sarawak dengan membuat sebuah hantaran di laman akaun Instagramnya pada hari semalam Menurut penyanyi tersebut dia sama sek...
Lepas Je Pengurus Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf Netizen Mula Stalk Ig Zuishafiqah Dan Tak Sangka Ini Apa Mereka Jumpa

Lepas Je Pengurus Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf Netizen Mula Stalk Ig Zuishafiqah Dan Tak Sangka Ini Apa Mereka Jumpa

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 277 hits
PETALING JAYA lndividu yang bertanggungjawab menguruskan akaun media sosi4l ibu Neelofa Datin Noor Kartini Noor Mohamed tmpil melakukan perm0honan ma af secara terbuka berhubung lsu tngkap layar yang tuIar semalam Individu tersebut Zulshafi...
Tuduh Rita Amp Lufya Anti Vaksin Fara Hanim Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Tuduh Rita Amp Lufya Anti Vaksin Fara Hanim Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 315 hits
Sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila seorang pengacara Fara Hanim Razak mendakwa dua orang jirannya dalam kalangan artis merupakan anti vaksin kerana sering menyebarkan dakyah rebus bunga cengkih untuk elak virus Covid 19 ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi