Mara Belum Ambil Tindakan Terhadap Individu Individu Ini


https://rafiziramli.com/2016/02/mara-tidak-mengambil-tindakan-terhadap-individu-individu-yang-mendapat-laba-dari-pembelian-hartanah-di-australia/

Saya dan Saudara Akmal Nasir (melalui National Oversight and Whistleblowers) telah mendedahkan skandal pembelian hartanah di Australia oleh MARA yang melibatkan penyelewengan berjumlah RM129 juta pada akhir Jun dan awal Julai 2015 lalu. Sehingga kini, 8 bulan kemudiannya, tidak ada seorang pun yang dihadapkan ke muka pengadilan dan MARA masih belum mendapatkan kembali jumlah “terlebih bayar” walaupun ada bukti-bukti kukuh untuk tindakan diambil.

Dengan permasalahan pembiayaan yang dihadapi oleh ribuan pelajar Melayu/Bumiputra yang terkandas kerana kedudukan kewangan MARA yang tidak mengizinkan, saya tertanya-tanya kenapa tidak ada tindakan diambil untuk mendapatkan kembali dana awam. Jumlah RM129 juta adalah jumlah yang besar dan boleh membiayai pendidikan ribuan pelajar Melayu/Bumiputra.

Oleh kerana kegagalan Tan Sri Annuar Musa bertindak mendapatkan kembali dana ini, saya dengan ini mengemukakan bukti dan dokumen yang menunjukkan perkara-perkara berikut

1. Individu-individu yang menjadi dalang dan dinamakan di dalam dokumen yang difailkan di mahkamah Australia

2. Cara individu-individu ini menyalurkan dana rakyat dari MARA kepada syarikat-syarikat yang mereka mempunyai kepentingan

3. Hubungkait individu-individu ini dengan EXCO Pemuda Umno

INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN DI DALAM DOKUMEN MAHKAMAH AUSTRALIA

Rujuk dokumen “Statement of Claim” yang difailkan oleh Trubuilt Projects Pty Ltd terhadap Wanissa Properties Pty Ltd yang disertakan bersama
Dokumen ini memperincikan bagaimana Wanissa Properties Pty Ltd yang mengusahakan Dudley House (iaitu hartanah yang akhirnya dibeli oleh MARA pada harga yang lebih tinggi) di alamat 7-13 Dudley Street, Melbourne telah gagal membayar hutangnya kepada Trubuilt Projects Pty Ltd iaitu kontraktor yang dilantik bagi menyiapkan Dudley House.
Mukasurat 9 pada perenggan 19(x) memperincikan bagaimana MARA melalui anak syarikatnya Thrushcross Land Holdings Limited telah membeli Dudley House pada harga AUD22.6 juta (iaitu AUD4.75 juta lebih mahal dari harga pasaran yang dilaporkan).
Mukasurat 9 dan 10 pada perenggan 19(x) memperincikan bagaimana AUD4.75 juta (bersamaan RM14 juta pada kadar tukaran semasa) telah dibayar oleh Wanissa Properties Pty Ltd kepada 3 syarikat iaitu Leuven Capital Sdn Bhd, Optimus Capital Group of Companies Sdn Bhd dan TRR Heritage Sdn Bhd; iaitu syarikat-syarikat yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan Ahmad Nazim Abdul Rahman (CEO Pelaburan MARA Berhad), Mazrul Haizad Marof (dinamakan sebagai kakitangan MARA) dan Izadden Daud (Pengarah Urusan MARA Inc dari tahun 2008 hingga 2010).
Mukasurat 10 pada perenggan 19(xi) memperincikan hubungan Ahmad Nazim Abdul Rahman dengan syarikat-syarikat itu melalui satu email yang dihantar bertarikh 4 Julai 2013 mengandungi invois dari syarikat-syarikat tersebut.
CARA DANA DISALURKAN DARI MARA KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERKEPENTINGAN

Saya sertakan salinan-salinan invois (yang turut difailkan di Mahkamah Australia) seperti berikut

Walaupun pelbagai invois yang berlainan dikeluarkan dan bertindih, semakan dengan pihak berkuasa percukaian Australia (seperti yang ditunjukkan di dalam dokumen mahkamah) menunjukkan bahawa jumlah akhir yang dibayar kepada syarikat-syarikat adalah

AUD - 4.75 juta (iaitu jumlah komisyen yang disebut di dalam “Statement of Claim”) seperti berikut

Leuven Capital- AUD3,350,000 seperti surat bertarikh 24 Julai 2013

Optimus Capital Group - AUD675,000 invois bertarikh 5 Februari 2013

TRR Heritage- AUD725,000 invois bertarikh 17 Januari 2013

Maka, jumlah yang MARA “terlebih bayar” sebanyak AUD4.75 juta itu kemudiannya dibayar kepada syarikat-syarikat yang berkait/dikuasai oleh seorang individu bernama Mazrul Haizad Marof

HUBUNGKAIT DENGAN EXCO PEMUDA UMNO

Mazrul Haizad Marof adalah abang ipar kepada Dazma Daud, iaitu EXCO Pemuda Umno di bawah YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno.
Dazma Daud juga pernah terlibat dengan syarikat-syarikat yang dinamakan di dalam dokumen mahkamah ini iaitu Optimus Capital dan Leuven.
Ahmad Nazim Abdul Rahman sebagai seorang pegawai tinggi MARA bukan sahaja dinamakan di dalam dokumen mahkamah bertanggungjawab menghantar invois-invois ini, beliau juga pernah terlibat di dalam satu syarikat lagi yang berkait dengan urusniaga pembelian Dudley House oleh MARA.
Dokumen-dokumen ini adalah satu maklumat umum yang boleh diperolehi dengan mudah dari mahkamah Australia, seperti mana diperolehi oleh MARA. 

Bukti keterlibatan individu-individu terbabit juga adalah sangat jelas dan sepatutnya tindakan telah diambil oleh Tan Sri Annuar Musa sejak dari tahun lepas.

Dalam kemelut masalah kewangan MARA sehingga menyebabkan ramai lagi pelajar Melayu/Bumiputra menghadapi kesempitan, jumlah RM14 juta ini sepatutnya dituntut dengan segera dari individu-individu terbabit.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/mara-belum-ambil-tindakan-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulama Uighur Titip Pesan Pada Semua Pemimpin Islam Gesa Tindakan Tegas Terhadap China

Ulama Uighur Titip Pesan Pada Semua Pemimpin Islam Gesa Tindakan Tegas Terhadap China

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 744 hits
Konflik dan penindasan yang dihadapi umat Islam Uighur telah mendapat perhatian media satu persatu pendedahan mengenai kekejaman pihak China terbongkar Rintihan masyarakat Uighur didengari seluruh dunia merayu bantuan dunia agar mereka dapa...
Gambia Ambil Tindakan Undang2 Terhadap Myanmar Sokong Republik Islam Gambia

Gambia Ambil Tindakan Undang2 Terhadap Myanmar Sokong Republik Islam Gambia

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 296 hits
PAS seru Malaysia menyokong tindakan GambiaPAS mengambil maklum berkenaan kes yang dibawa oleh Gambia terhadap Myanmar ke International Court of Justice yang dibicarakan pada 10 Disember 2019 di The Hague PAS menyatakan solidariti dan sokon...
Kedutaan China Enggan Terima Memorandum Bantah Tindakan Terhadap Uighur Ngo Adakan Himpunan

Kedutaan China Enggan Terima Memorandum Bantah Tindakan Terhadap Uighur Ngo Adakan Himpunan

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 449 hits
Sekumpulan 58 badan bukan kerajaan hampa kerana memorandum membantah tindakan kerajaan China terhadap etnik Uyghur enggan diterima pihak kedutaan besar negara itu Loading Menurut Ketua Sekretariat Solidariti Bersama Uyghur Mohd Ashraf Musta...
Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pihak Sebar Fitnah Apikan Sentimen Kaum Kit S

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pihak Sebar Fitnah Apikan Sentimen Kaum Kit S

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 231 hits
Pada 29 Disember 2019oleh PentadbirVeteran DAP Lim Kit Siang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengapi apikan sentimen perkauman dan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Harapan Katanya ini bagi me...
Denda Rm250 Terhadap Perokok Di Restoran Mulai 1 Jan

Denda Rm250 Terhadap Perokok Di Restoran Mulai 1 Jan

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 393 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk semua tempat makan menjelang 1 Jan ini akan dikenakan kompaun sebanyak RM250 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hish...
Jangan Cemburu Terhadap Rezeki Orang Lain

Jangan Cemburu Terhadap Rezeki Orang Lain

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 733 hits
Seekor Gajah dan seekor Anjing hamil pada saat yang sama Tiga bulan kemudian anjing melahirkan enam anak anjing Lalu enam bulan kemudian anjing itu hamil lagi dan sembilan bulan berikutnya anjing itu melahirkan anak anjing yang lain Demikia...
Hukuman Terhadap Lelaki Tikam Di Pertunjukan Riyadh

Hukuman Terhadap Lelaki Tikam Di Pertunjukan Riyadh

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 471 hits
Tiga pelakon teater ditikam semasa membuat persembahan di ibu negara Arab Saudi pada 6 November lalu Gambar failArab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap lelaki tikam anggota pertunjukan di RiyadhDUBAI Mahkamah Arab Saudi hari ini menjatuhk...
Catatan Survei Indonesia Indicator Terkait Sentimen Negatif Terhadap Polri

Catatan Survei Indonesia Indicator Terkait Sentimen Negatif Terhadap Polri

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 232 hits
Indonesia Indicator menyatakan skor Polri pada 2019 adalah 68 persen Angka ini memang turun dari 2018 yang sebesar 72 persen
4 500 Students In Sabah Receive Mara Aid

4 500 Students In Sabah Receive Mara Aid

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 310 hits
A total of 4 500 primary and secondary school students from the low income group and poor families throughout Sabah benefited from the 2020 Back to School programme organised by Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat Rural Development Minis...
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Lelaki Orang Kurang Ipaya Mental Yang Dilapor Hilang Sejak 2 Jun Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj

Malaysia Tamat Badi 11 Tahun Tewaskan Vietnam

Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak