Maps Rm520 Juta Lenyap Perak Jawab Itu Duit Rakyat





Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tiga kiri), menyampaikan Anugerah Khas KAMU 2024 kepada pemenang pingat emas dan rekod baru kebangsaan acara angkat berat (tidak melebihi 45kg wanita), Qistina Qharisya Suffia Muzaini (tiga kanan) pada Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di Stadium Indera Mulia Ipoh. - NSTP/L MANIMARAN
1. MAPS bukan lagi di bawah kerajaan negeri - MB Perak
Di Ipoh, kerajaan Perak tidak mempunyai sebarang kaitan lagi dengan projek Movie Animation Park Studio (MAPS) yang dalam proses perobohan. 
Sehubungan itu, beliau membidas dakwaan ketua pembangkang negeri, Razman Zakaria, kononnya kerajaan negeri membisu mengenai kerja perobohan bangunan berkenaan di Bandar Meru Raya, di sini.
"MAPS ini di bawah Perak Corporation Berhad (PCB) yang sudah digulung, jadi MAPS bukan milik kerajaan negeri lagi, MAPS kepunyaan liquidator.
"Saya tak boleh sentuh harta orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di pekarangan Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Semalam, Razman dilaporkan berkata, rakyat perlu diberi penjelasan tujuan bangunan itu diroboh dan sama ada benar tanah terbabit sudah dijual kepada pihak persendirian untuk dibangunkan perumahan elit dan mewah.
Beberapa video memaparkan aktiviti perobohan sebahagian bangunan dalam taman tema terbabit tular di media sosial, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada akan wujud pembangunan baharu di tapak itu. 
Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, ketika ditemui di program sama memaklumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak menerima sebarang permohonan kebenaran merancang (KM) untuk pembangunan di kawasan MAPS, setakat ini.
MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017 dengan pelbagai permainan bertema animasi tempatan seperti Upin & Ipin serta Boboiboy bertujuan merancakkan sektor pelancongan di Ipoh.
Bagaimanapun, ia ditutup dalam tempoh kurang tiga tahun kerana masalah kewangan. 
(Suntingan dari BH 'MAPS bukan lagi di bawah kerajaan negeri - MB Perak' September 7, 2024 @ 1:46pm) -IH


2. Sebelum ini, 'MAPS RM520 juta diroboh, kerajaan Perak membisu'

BAGAN SERAI: Kerajaan Negeri Perak sehingga kini masih membisu seribu bahasa berkenaan tindakan perobohan bangunan Movie Animation Park Studio (MAPS) di Bandar Meru Raya, Ipoh.

Ketua Pembangkang DUN Perak yang juga ADUN Semanggol, Razman Zakaria berkata, walaupun perkara ini dibangkitkan pada Sidang DUN, tetapi jawapan Menteri Besar amat mengecewakan.

“Dalam Sidang DUN Julai lalu, saya mengemukakan persoalan mengenai hal ini tetapi amat malang, jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar, bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai hak ke atas MAPS, sangat menghampakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
(Selanjutnya sila lihat 'MAPS RM520 juta diroboh, Kerajaan Perak membisu' – HARAKAHDAILY 7/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tiba-tiba tersembul berita MAPS RM520 juta lenyap, hilang begitu saja. Sedangkan itu duit rakyat, kerajaan dah tak mampu kendali atau memegang amanah rakyat.
ADUN-ADUN Pakatan Harapan (PH) Perak juga seolah-olah terkunci mulut sedangkan merekalah dahulunya bersungguh-sungguh bagai gegak gempita laungkan MAPS yang didakwa seperti 1MDB versi Perak.  
Entahlah, mungkin dah rasa selesa duduk di kerusi empuk sebagai kerajaan yang majoritinya sebagai Exco, seolah-olah tak bermanfaat nak mempersoalkan perkara ini lagi. 
Sepatutnya rakyat perlu diberi penjelasan apakah tujuan bangunan bernilai RM520 juta itu dirobohkan. Adakah benar tanah tersebut telah dijual kepada pihak persendirian untuk dibangunkan perumahan elit dan mewah. Adakah dakwaan ini benar dan apakah status tanah tapak MAPS itu sekarang? 
Kerajaan negeri perlu jawab dan jelaskan kepada rakyat. Bahkan seluruh rakyat  mengharap apa jua projek yang bakal dibangunkan nanti perlulah mendatangkan manfaat buat rakyat dan bukan hanya menguntungkan pihak tertentu. 
Okey selesai setakat ini dulu.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/09/maps-rm520-juta-lenyap-perak-jawab-itu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Glc Punya Hebat Rugi 90 Pelaburan Awal Duit Rakyat Hangus Kaum Elit Telan

Glc Punya Hebat Rugi 90 Pelaburan Awal Duit Rakyat Hangus Kaum Elit Telan

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 187 hits
wanted the culprit or the group of scammers to go to jail for the horrible loss stemming from mega cheating or negligence using taxpayers money SOVEREIGN wealth fund K Bhd has come under fire from financial savvy Malaysians following an xpo...
Cara Menyimpan Duit Kahwin Dalam Masa Setahun

Cara Menyimpan Duit Kahwin Dalam Masa Setahun

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 218 hits
Menyimpan duit untuk perkahwinan adalah salah satu langkah penting dalam persiapan perkahwinan Bagi pasangan yang merancang untuk berkahwin memiliki simpanan yang mencukupi adalah kunci untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar ta...
5 Sebab Kenapa Tak Perlu Habiskan Duit Kwsp Untuk Ubah Suai Rumah Anda Sekarang

5 Sebab Kenapa Tak Perlu Habiskan Duit Kwsp Untuk Ubah Suai Rumah Anda Sekarang

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 163 hits
Adakah perlu untuk ubah suai rumah yang anda beli Budaya ubah suai rumah ini cukup meriah di kalangan warga kota yang tinggal di kawasan perumahan Baik dari kalangan kaum Cina India maupun Melayu semuanya ada kecenderungan untuk ubah suai r...
Visa Pantas Untuk Rakyat Malaysia Lawat Pakistan

Visa Pantas Untuk Rakyat Malaysia Lawat Pakistan

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 141 hits
Pakistan memansuhkan bayaran visa untuk warganegara Malaysia yang melawat negara itu termasuk sebagai pelancong atau untuk tujuan keagamaan Hanya pasport dan VPA diperlukan untuk tujuan imigresen Tiada bayaran dikenakan termasuk yuran pempr...
Aktiviti Persidangan Meja Bulat Task Force Rakyat Rebah Menanti Hancur Ppim 07 09 2024

Aktiviti Persidangan Meja Bulat Task Force Rakyat Rebah Menanti Hancur Ppim 07 09 2024

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 118 hits
Persidangan ini telah dihadiri lebih 600 orang terdiri daripada lebih 100 NGO bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke arah keharmonian yang berkekalan serta lebih berm...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri