Manusia Diseru Pada Hari Kiamat Dengan Nama Ayah Atau Ibunya



SOALAN:
Adakah pada hari Kiamat nanti Allah SWT akan mepanggil nama kita dengan nama ibu seperti dalam bacaan talqin yang dilakukan di perkuburan atau di seru dengan nama ayah kita. Mohon pencerahan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Hari Kiamat merupakan hari yang dihimpunkan segala makhluk untuk dihitung segala amalan yang dikerjakan di dunia. Pada hari itu juga akan diberi segala balasan dan ganjaran oleh Allah SWT Tuhan semesta alam. Firman Allah SWT:

يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الْجَمْعِ ۖ ذَٰلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), -itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.” (Surah Al-Taghabun: 9)

Di Hari Kiamat Nanti Akan Diseru Dengan Nama Ibu atau Ayahnya

Timbul persoalan disini, apakah pada hari yang dihimpunkan nanti akan dipanggil namanya berserta dengan nama ibu atau ayah? Oleh itu, bagi menjelaskan lebih lanjut di dalam hal ini kami datangkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.A, sabda Nabi SAW:

إِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَيُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ
Sesungguhnya pengkhianat itu akan dipancang baginya bendera (sebagai balasan di hadapan orang ramai) pada hari Kiamat. Lalu, diseru ke atasnya: “Ini adalah pengkhianatan Fulan bin Fulan.” [Riwayat al-Bukhari (6178)]

Imam Bukhari meletak hadith di atas di bawah tajuk “Adakah manusia diseru pada hari Kiamat dengan nama ayahnya”. Di dalam mensyarahkan hadith ini, Ibnu Battal menyebut di dalam syarahnya, ayat (هَذِهِ غَدْرَةُ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ) menyangkal dakwaan bagi mereka yang menyatakan pada hari Kiamat itu diseru manusia dengan nama ibunya. Begitu juga Imam al-Qurtubi menyatakan di dalam kitabnya, bahawa hadith di atas merupakan dalil manusia dipanggil pada hari akhirat dengan namanya serta nama bapanya. (Lihat: Syarah Sahih al-Bukhari li Ibnu Battal, 9/335; al-Tazkirah bi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah, hlm 699)

Imam Badruddin al-A’ini menyebut (هَذِه غدرة فلَان) iaitu dikhususkan dengan namanya dan nama ayahnya. Dinukilkan pandangan Ibnu Battal sesungguhnya apabila diseru dengan nama ayahnya maka ia lebih jelas dan lebih sempurna seruannya. (Lihat: Umdah al-Qari, 22/201)

Selain itu, di dalam hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Abu al-Darda’ R.A, Sabda Nabi SAW:

إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari Kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.” [Riwayat Abu Daud (4948)]

Maka dengan ini, ia menggambarkan dalil umum daripada hadith yang dinyatakan di atas bahawa pada hari Kiamat nanti akan diseru nama seseorang itu dengan nama ayahnya.

Selain itu terdapat pandangan yang menyatakan diseru dengan panggilan nama ibunya ketika hari Kiamat, hal ini disandarkan dengan hadith talqin yang disunatkan menyebut nama si mati berserta nama ibunya. Dan sekiranya tidak mengetahui nama ibunya maka ia boleh dinisbahkan kepada Sayyidatina Hawa A.S. (Lihat: Kasyaf al-Qina’, 2/135)

Ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah menyatakan: “Sekiranya aku mati, maka lakukan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW:

إذا مات أحدٌ من إخوانِكم فسوَّيتم التُّرابَ على قبرِه، فليقُمْ أحدُكم على رأسِ قبرِه، ثمَّ ليقُلْ: يا فلانُ بنُ فلانةَ،
Apabila telah mati salah seorang daripada saudara kamu, maka ratakanlah tanah di atas kuburnya. Maka hendaklah salah seorang daripada kamu berdiri di sisi kepala kuburnya, kemudian ucaplah “Wahai Fulan bin Fulanah.” [Riwayat al-Thabrani (7979)]

Imam Ibnu hajar al-Asqalani menyatakan bahawa sanad hadith ini baik dan terdapat syawahid. (Lihat: al- Talkhis al-Habir, 2/311)

Syeikh abu Bakr Usman al-Dimyati menyebut di dalam kitabnya disunatkan melakukan talqin selepas mengkafankan mayat dan perkara ini masyhur, dan panggillah dengan nama ibunya jika mengetahuinya dan apabila tidak mengetahui ibunya, maka panggil dengan nama Sayyidatina Hawa AS. Selain itu, panggilan dengan nama ibu tidak bermakna menafikan panggilan dengan nama bapanya pada hari Kiamat, ini kerana perkara tersebut adalah perkara tauqifi (diwahyukan). (Lihat: I’anah al-Talibin, 2/161)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada soalan dan dalil yang diberikan, dapat kami simpulkan bahawa dengan keumuman hadith dan athar yang sahih menyebut bahawa seruan nama seseorang itu pada hari Kiamat adalah dengan nama bapanya bukan nama ibunya. Selain itu, seseorang itu disebut namanya serta ibunya apabila ketika membaca talqin selepas dikebumikannya.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/manusia-diseru-pada-hari-kiamat-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 1727 hits
Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu meninggal dunia dalam tidur Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith di Instagram Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru m...
Patut Sambut Hari Jadi Dengan Lagu Baru Ayah Taeyeon Girls Generation Meninggal Pada Hari Yang Sama

Patut Sambut Hari Jadi Dengan Lagu Baru Ayah Taeyeon Girls Generation Meninggal Pada Hari Yang Sama

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 332 hits
Siapa yang tak sedih apabila ayah kesayangan pergi dengan tiba tiba tanpa petanda Sama juga dengan apa yang berlaku kepada ahli Girls Generation iaitu Taeyeon apabila dia dikhabarkan kehilangan ayahnya kelmarin Menurut sumber ayah penyanyi ...
Persediaan Hari Kiamat Pasaraya Laku Keras Gara Gara Covid 19

Persediaan Hari Kiamat Pasaraya Laku Keras Gara Gara Covid 19

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 391 hits
Penularan virus pembawa maut Covid 19 telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia Ramai juga yang bimbang dengan stok barangan keperluan yang dijual di pasaraya akan habis Foto Carian googleSekiranya anda mengikuti ...
Hari Terakhir Seorang Manusia Yang Banyak Berkorban Kepada Keluarga Partinya Rakyat Dan Negara

Hari Terakhir Seorang Manusia Yang Banyak Berkorban Kepada Keluarga Partinya Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 353 hits
Dato Seri Dr Wan Azizah tidak pernah terfikir untuk menjadi ahli politik jauh sekali untuk menjadi Wakil Rakyat dan TPM Beliau hanya masuk gelanggang perjuangan reformasi di tahun 1998 kerana membela nasib suaminya yang dianiaya dan difitna...
Apa Sebenarnya Maksud Yakjuj Makjuj Bagi Panduan Kita Di Akhir Zaman Menuju Ke Hari Kiamat

Apa Sebenarnya Maksud Yakjuj Makjuj Bagi Panduan Kita Di Akhir Zaman Menuju Ke Hari Kiamat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 439 hits
Yakjuj dan makjuj adalah satu misteri Ini adalah kerana ianya hanya akan jelas bila tiba hampirnya kiamat seperti terasa esoknya akan sampai Namun episod hampir sama seperti yakjuj dan makjuj ini sudah kita rasai sekarang Malah yakjuj dan m...
Bn Dah Hantar Nama Untuk Kabinet Beberapa Hari Lalu

Bn Dah Hantar Nama Untuk Kabinet Beberapa Hari Lalu

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 335 hits
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan parti itu menyasarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata pihaknya telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen BN kep...
Baru Jadi Ayah 37 Hari Adik Pergi Ketika Tidur Ini Luahan Sayu Yana Samsudin

Baru Jadi Ayah 37 Hari Adik Pergi Ketika Tidur Ini Luahan Sayu Yana Samsudin

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 328 hits
Pelakon popular Yana Samsudin malam tadi telah memaklumkan khabar duka di mana adik lelakinya telah meninggal dunia Yana telah membuat kenyataan tersebut menerusi akaun media sosialnya disertakan dengan gambar gambar bersama Allahyarham Adi...
Mesyuarat Majlis Raja Raja Bubar Atau Teruskan Kerajaan Baharu Mungkin Dipertimbangkan Hari Ini

Mesyuarat Majlis Raja Raja Bubar Atau Teruskan Kerajaan Baharu Mungkin Dipertimbangkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 594 hits
KUALA LUMPUR 28 Feb Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah Episod demi episod yang berlaku saban hari sejak Ahad lepas dilihat seperti akan berpanjangan Hari ini Majlis Raja Raja dijadual mengadakan mesyuarat kha...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025