Manogaran Terima Kekalahan Ramli Terharu Dan Wong Masih Bersemangat


Bernama Manogaran (gambar) berkata beliau berharap Ramli Mohd Noor yang telah diberi mandat oleh pengundi parlimen itu akan menjalankan tugasnya dengan baik. - Gambar fail   TANAH RATA: Calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran menerima kekalahan bagi kali ketiga dengan hati terbuka apabila tewas kepada pesaing utamanya Ramli Mohd Noor daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands malam tadi

Manogaran, 61 berkata beliau berharap Ramli Mohd Noor yang telah diberi mandat oleh pengundi parlimen itu akan menjalankan tugasnya dengan baik dan membawa segala permasalahan berbangkit disuarakan ke parlimen kelak.

"Kami menerima keputusan pengundi dan saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Ramli atas pencapaiannya. Saya berharap beliau akan menjalankan tanggungjawab sebagai anggota parlimen Cameron Highlands dan mewakili semua penduduk Cameron Highlands.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas pada pukul 8 malam di Bilik Operasi Pakatan Harapan PRK Cameron Highlands di Brinchang di sini.

Manogaran yang dilihat sugul berkata pihaknya mengadakan sidang media sebelum pengumuman rasmi keputusan dibuat kerana telah menjangkakan kekalahan itu. "Kami telah memperoleh semua keputusan tidak rasmi. Walaupun kalah, saya berpendapat bahawa ada perkara-perkara positif untuk diambil perhatian di sini, katanya.

"Kami telah menembusi kawasan Orang Asli terutama di Jelai, Ia menunjukkan bahawa pada masa akan datang, kami akan memperolehi sokongan lebih baik di sana," katanya ketika menarik perhatian kepada lima kawasan Orang Asli - Pos Senderut, Pos Titom, Pos Betau, Pos Lanai dan Pos Lenjang.

Manogaran turut berjanji akan terus berkhidmat sebagai penyelaras PH Parlimen Cameron Highlands di kedua-dua DUN - Tanah Rata dan Jelai.

Sementara itu, Ramli Mohd Nor yang memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands menzahirkan ucapan terima kasih kepada kesemua pengundi yang memberi mandat dan kepercayaan kepada beliau.

Dalam sidang media ringkas sejurus selepas keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah di sini, Ramli turut berterima kasih kepada jentera BN yang berusaha keras dalam memastikan kemenangan beliau.

"Saya bersyukur kerana dengan izin Allah saya memenangi kerusi ini. Terima kasih kepada jentera BN, iaitu MIC,MCA, tidak lupa juga kepada PAS. Insya Allah saya berjanji kepada masyarakat di Parlimen Cameron Highlands," kata beliau secara ringkas.

Ramli meraih 12,038 undi untuk menewaskan calon PH M.Manogaran (8,800 undi), dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee yang memperoleh 276 undi.

Dengan kemenangan ini, BN mengekalkan penguasaannya di kerusi Parlimen Cameron Highlands buat penggal kelima berturut-turut sejak 2004 menerusi calon MIC.

Sementara itu, calon Bebas Wong Seng Yee berkata beliau telah bersedia menerima kekalahannya termasuk hilang deposit dan juga tidak akan mematahkan semangatnya untuk berbakti kepada petani di Cameron Highlands.

"Saya ada pelan untuk membantu mereka (petani) dalam skala kecil, dan diharap Ramli akan membantu membangunkan ekonomi masyarakat di sini," katanya yang menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 sekiranya keadaan mengizinkan.

Seorang lagi calon Bebas Sallehudin tidak dapat ditemui Bernama untuk mendapatkan reaksinya. -- BERNAMA   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/manogaran-terima-kekalahan-ramli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kekalahan Kali Ketiga Dengan Hati Terbuka Manogaran

Terima Kekalahan Kali Ketiga Dengan Hati Terbuka Manogaran

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 332 hits
TANAH RATA Calon PH M Manogaran menerima kekalahan bagi kali ketiga dengan hati terbuka apabila tewas kepada pesaing utamanya Ramli Mohd Noor daripada BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands malam ini Manogaran 61 berkata beliau berharap Ram...
Harap Masyarakat Masih Terima Bakat Kami

Harap Masyarakat Masih Terima Bakat Kami

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 191 hits
Terbaru dua finalis lagi Faizni Fazreen dan Erni Nurshahira tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden video mabuk di kelab malam Selain itu The post appeared first on
Terharu Terima Kehadiran Calon Bn

Terharu Terima Kehadiran Calon Bn

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 207 hits
Tanah Rata 22 Januari 8212 Veteran UMNO Zainab Sam 83 begitu terharu menerima kehadiran calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor yang bertandang ke rumah beliau ketika tinjauan mesra rumah ke rumah dalam kempen Pilihanraya Kecil P 078 Cameron ...
Masih Ingat Gambar Ni Wartawan Dedah Kisah Sebenar Buat Ramai Terharu

Masih Ingat Gambar Ni Wartawan Dedah Kisah Sebenar Buat Ramai Terharu

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 387 hits
Masih Ingat Gambar Ni Wartawan Dedah Kisah SEBENAR Buat Ramai TERHARUMasih Ingat Gambar Ni Wartawan Dedah Kisah SEBENAR Buat Ramai TERHARU
Saya Kecewa Masalah Begini Masih Berlaku Di Zaman Malaysia Baharu Manogaran

Saya Kecewa Masalah Begini Masih Berlaku Di Zaman Malaysia Baharu Manogaran

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 314 hits
TANAH RATA Calon PH PRK Cameron Highlands M Manogaran kecewa majlis makan malam amal yang sepatutnya diadakan di Dewan Serbaguna Tringkap esok dibatalkan tempahannya pada saat akhir dipercayai hasil campur tangan pihak tertentu Saya kecewa ...
Kenapa Masih Ramai Rakyat Turki Menyanjung Mustafa Kamal Ataturk

Kenapa Masih Ramai Rakyat Turki Menyanjung Mustafa Kamal Ataturk

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 364 hits
Majoriti umat Islam kini terutamanya yang bukan rakyat Turki pasti akan membenci tokoh kontroversi bernama Mustafa Kamal Ataturk Dia dikatakan sebagai punca terhapusnya Khilafah Turki Uthmaniyyah namun hakikatnya hampir seluruh rakyat Turki...
Rasuah Babitkan Ahli Politik Masih Gagal Dibanteras

Rasuah Babitkan Ahli Politik Masih Gagal Dibanteras

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 370 hits
MCW gesa kerajaan atasi pencabulan integriti dalam pilihan rayaBANGI Pemerhati Rasuah Malaysia menggesa supaya pemantauan dan pendidikan dilakukan secara berterusan bagi membanteras pencabulan integriti termasuk rasuah dalam pilihan raya Pr...
Masih Ingat Lagi Dgn Adik Haziq Tom Tom Bak Inilah Wajah Terkininya Yg Kacak Bergaya

Masih Ingat Lagi Dgn Adik Haziq Tom Tom Bak Inilah Wajah Terkininya Yg Kacak Bergaya

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1991 hits
Tom Tom Bak adalah sebuah rancangan aneka bakat dan ragam kanak kanak yang mula disiarkan selama jam di saluran Astro Ceria pada pukul 12 tengah hari bermula 24 Jun 2007 Kini telah masuk Musim ke 5 Pengacara untuk rancangan ini dikendalikan...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan