Manifesto Adalah Janji Yang Wajib Ditunai



Janji ialah penyataan untuk melakukan sesuatu pada masa akan datang. Menetapi atau menunaikan janji ialah melakukan apa yang dijanjikan.

Manifesto pula ialah pengumuman mengenai dasar, tujuan atau polisi parti politik. Ia bermaksud satu penyataan apa yang akan dilakukan jika memenangi sesuatu pilihanraya.

Persoalannya adakah manifesto itu boleh disamakan dengan janji? Ada yang mengatakan manifesto bukan janji. Jadi, manifesto tidak perlu ditunaikan dan tidak terikat dengan apa yang dikatakan menunaikan janji bagi maksud sebagai seorang Islam yang amat menuntut agar setiap janji ditunaikan.

Kalau manifesto bukan janji, apa tujuan dibuat manifesto? Rakyat yang memilih sesuatu parti berdasarkan manifesto yang diberikan yang dianggap sebagai satu perkara yang akan dilakukan jika menang pilihanraya.

Jika sesuatu akan dilakukan pada masa akan depan, yakni jika menang pilihanraya, maka itu telah termasuk dalam erti janji. Begitu juga dengan kontrak yang membawa maksud pihak-pihak yang terlibat untuk mematuhi perkara yang dipersetujui.

Seperti seorang suami yang melakukan akad nikah menikahi seorang wanita, sebenarnya telah terkandung 'janji' untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Tidak perlu dia menyatakan apa-apa yang ingin dilakukan kerana 'apa-apa' itu sudah termasuk dalam maksud tanggungjawab yang secara umumnya difahami ramai.

Jadi, begitu juga manifesto, biarpun tidak disebut sebagai janji, ia sudah membawa maksud bahawa sesuatu perkara yang akan dilakukan jika menang pilihanraya yang sekaligus bermaksud satu janji.

Berjanji adalah harus, menetapi janji adalah wajib. Oleh sebab itu, tidak mengotakan janji yang telah dipersetujui bererti haram dan mungkar di sisi Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad janji itu.” (Surah Al-Maidah, ayat pertama)

Dalam surah yang lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu sesudah meneguhkannya, sedang kamu sudah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu).” (Surah An-Nahl, ayat 91)

Janji tetap janji dan wajib ditepati bila tiba tempoh yang dijanjikan, melainkan janji untuk membuat sesuatu yang dilarang syariat, atau terdapat hal yang lebih baik dibandingkan dengan janji yang dibuatnya, atau tidak dapat ditunaikan kerana sakit, pengsan, hilang akal, atau keuzuran lain yang diharuskan syarak.

Melanggar atau meremehkan janji sama halnya dengan meremehkan hukum syarak, dan merupakan sebahagian tanda-tanda orang munafik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga keadaan. Jika ia berkata ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari, dan apabila diberi amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perbuatan memungkiri janji akan memberikan implikasi yang buruk kepada pihak-pihak yang terlibat. Misalnya, boleh merenggangkan hubungan persahabatan yang terjalin, hilang rasa hormat dan menghargai antara satu sama lain, berlaku perselisihan faham, hilang keyakinan serta kepercayaan antara satu sama lain.

Menunaikan janji adalah ciri-ciri orang beriman. Mengingkari janji merupakan sifat dan perbuatan syaitan, kerana syaitan itu ialah makhluk yang memberikan janji-janji dan membangkitkan angan-angan kosong pada manusia, padahal yang dijanjikan itu hanyalah tipu daya belaka.

Oleh sebab itu, adab semasa berjanji ialah dengan melafazkan ucapan ‘insya-Allah’ bagi setiap janji yang dibuat. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan dengan berkata ‘insya-Allah’.” (Surah al-Kahfi ayat 23).

Walaupun disertakan ‘insya-Allah, bukan bermakna ia suatu pilihan kepada pembuat janji, sama ada mahu ditepati dan dipenuhi atau tidak. Ucapan ‘insya-Allah adalah bertujuan untuk mengelak daripada berdosa jika tidak dapat memenuhi perkara yang dijanjikan, dan merupakan suatu azam yang bersungguh-sungguh untuk berusaha memenuhi segala janji, supaya tidak termasuk dalam golongan orang munafik yang dibenci oleh Allah SWT.

Demikianlah betapa agama Islam sangat mengambil berat dalam soal janji, walaupun dibuat secara lisan. Berjanjilah dalam perkara-perkara yang mampu ditepati dan ditunaikan. Jangan menganggap janji suatu hal yang remeh dan dijadikan barang mainan. Nasib rakyat tidak wajar dijadikan bahan lelucon.

Membuat pilihan yang tepat semasa pilihanraya umum adalah hak dan kebijaksanaan rakyat. Rakyat bijak perlu mengimbau lima tahun ke belakang, dengan menilai pihak manakah yang pernah berjanji dan menepati, dan pihak manakah yang pernah, berjanji tetapi masih berhutang janji-janjinya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/12/noc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Mahu Majoriti Dua Pertiga Bagi Tunaikan Janji Manifesto Mahathir

Pakatan Harapan Mahu Majoriti Dua Pertiga Bagi Tunaikan Janji Manifesto Mahathir

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 351 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sedia menerima mana mana ahli Parlimen kerana kekurangan majoriti dua pertiga menyukarkan Pakatan Harapan untuk memenuhi beberapa janji dalam manifesto kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau yang jug...
Terengganu Kerajaan Tunai 12 Janji Manifesto Pru14

Terengganu Kerajaan Tunai 12 Janji Manifesto Pru14

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 924 hits
Oleh Suhaimi TaibKUALA TERENGGANU 25 November Kerajaan negeri telah menunaikan sebanyak 12 janji manifesto pilihan raya umum ke 14 dan dijangka seluruh baki janji itu akan dilunaskan dalam masa lima tahun secara berperingkat Menteri Besar D...
Rakyat Sabah Dan Sarawak Wajib Percaya Pada Janji Tun Mahathir Tpm

Rakyat Sabah Dan Sarawak Wajib Percaya Pada Janji Tun Mahathir Tpm

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 277 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak tuduhan sesetengah pihak kononnya jaminan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak sebagai janji kosong sem...
Wan Saiful Serang Zahid Untuk Menutup Kegagalan Beliau Menunaikan Janji Pakaytan Kepada Peminjam Ptptn

Wan Saiful Serang Zahid Untuk Menutup Kegagalan Beliau Menunaikan Janji Pakaytan Kepada Peminjam Ptptn

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 354 hits
Wan Saiful Wan Jan Ahli MT Pribumi yang memohon maaf kerana kemunafikan pemimpin Pakatan Harapan memungkiri janji pilihanraya kepada peminjam PTPTN telah menyerang Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tuduhan Dato Seri Zahid...
Kerajaan Ph Terpaksa Panaskan Isu 1mdb Untuk Tutup Janji Janji Bohong Dr Puad

Kerajaan Ph Terpaksa Panaskan Isu 1mdb Untuk Tutup Janji Janji Bohong Dr Puad

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 219 hits
BATU PAHAT 26 Nov 8211 Kerajaan Pakatan Harapan amat bergantung harap kepada isu syarikat 1Malaysia Development Berhad untuk dimanipulasi bagi kekalkan kepercayaan rakyat kepada mereka setelah gagal menunaikan janji janji manifesto pilihan
Aiman Tino Terlerai Sebuah Janji Chord

Aiman Tino Terlerai Sebuah Janji Chord

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 748 hits
G C D BmEm Am D GG AmWaktu kita bertemu duluD GKau kata kau memang suka padakuG CKita sering berjanjiD GAkan membina mahligai cinta abadi D G AmKini semua telah berubahD GKau pergi tiada khabar beritaG CTinggalkan aku sendirianD GBersama ke...
Ditjen Pas Janji Perlakukan Baik Napi Lapas Lambaro Aceh Kabur Jika Menyerahkan Diri

Ditjen Pas Janji Perlakukan Baik Napi Lapas Lambaro Aceh Kabur Jika Menyerahkan Diri

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 290 hits
Satuan Tugas yang terdiri dari TNI Polri dan Dirjen PAS hingga kini terus melakukan pengejaran
Pemaju Janji Tak Kacau Kuil Dalam Tempoh Injuksi Mic

Pemaju Janji Tak Kacau Kuil Dalam Tempoh Injuksi Mic

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 321 hits
Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Perintah injuksi sementara yang dikeluarkan oleh mahkamah hari ...
Eni Janji Bakal Kooperatif Usai Didakwa Terima Suap Dan Gratifikasi

Eni Janji Bakal Kooperatif Usai Didakwa Terima Suap Dan Gratifikasi

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 267 hits
Usai surat dakwaan dibacakan Eni mengaku akan kooperatif atas kasus yang membelitnya saat ini
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba