Mangkuk Tingkat Pastel Pemberian Seseorang
Pagi semalam saya dapat text dari GD Express mengatakan ada barang yang akan dihantar. Bukan barang saya beli. Tapi hadiah dari seseorang.
Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 3 lebih barulah sampai. Kalau menunggu parcel sampai ni memang tak senang duduk. Penantian parcel ni satu penyeksaan.
Masa kita tengah elok menunggu tak pulak dia datang. Tengah buat kerja, masa tu lah dia hon. Tak sempat nak siap keluar, dia call. Saya suruh letak atas tembok je. Sekali dengar bunyi klekang! Bungkusan jatuh agaknya. Ahhh sudahhhhh...
Belum sempat saya keluar, dia dah berlalu pergi. Tinggallah parcel kesepian atas lantai. Saya keluar, nampak bungkusan berupa kotak. Bila saya angkat je bunyi besi seperti berlaga dalam tu.
Saya macam dah dapat agak apa isi dalam kotak tu. Buka buka je memang dah berterabur semuanya. Betul jangkaan saya, mangkuk tingkat!
Mangkuk tingkat dah tak serupa mangkuk tingkat. Tsunami dalam kotak tu. Mangkuk entah kemana, semuanya tertanggal dari pemegangnya. Mujurlah tak rosak kemek ke apa.
Saya terus susun dan wow! Cantiknya mangkuk tingkat warna pastel ni. Saiznya kecil je sesuai lah untuk letak kuih muih atau bekal nasi dengan satu lauk kering atau berkuah sikit. Padanan warna biru lembut dan merah jambu lembut memang cantik.
Pemegangnya pulak di ikat dengan twilly satin scarf berona terang. Ada gaya moden di situ. Macam trend twilly satin scarf pada handbag pulak. Cantik bukan?
Mangkut tingkat ni jenis mangkuk tingkat ayan. Tapi dulu dulu hanya warna kekuningan je tapi sekarang dah pelbagai. So sekarang saya dah ada dua koleksi mangkuk tingkat ayan. Sebelum ni dapat hadiah mangkuk tingkat warna putih ayan juga.
Ada calar sikit kelihatan. Tercalar hati kita tengok wak! Mesti tercalar masa berlaga laga tu agaknya. Ada dilekatkan juga sticker dari pemberi iaitu blogger babYpose dengan url blognya dan juga perkataan food unites.
Rezeki saya terpilih diantara 3 top komentator blog yang berjaya terima hadiah. Inilah hadiahnya yang saya dapat
Rasa sayang nak guna. Saya nampak benda comel macam ni, terus terfikir nak buat props gambar je. Apa lagi, kan? Sesuai sangat untuk props gambar.
Mangkuk tingkat ni diletakkan dalam paper beg ni tanpa bubble wrap. Bubble wrap hanya selapis diletakkan begitu je jadi alasa dalam kotak. Tapi tak dibungkus. Patutlah dia bergelimpangan dalam paper beg ni. Mujur semuanya tak kemek kemek
Cantik tiffin gift box ni, sesuai untuk diberikan sebagai hadiah bila letak dalam paper beg yang exclusive
Terima kasih banyak-banyak untuk blogger babYpose berkongsi rezeki kirimkan hadiah yang super duper cute ni. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminnn...
Seronok membaca blog beliau yang suka kongsikan gambar berserta video. Bukan itu sahaja, blog beliau dwibahasa. Ada Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Suka berkongsi tentang masakan dan lifestyle.
Ayuh singgah ramai ramai blog babYpose : baby-pose.blogspot.com. Alang-alang singgah, jangan lupa follow sekali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/09/mangkuk-tingkat-pastel-pemberian.html