Manfaat Teknologi Baharu Taksir Pencapaian Murid Pensyarah


Imej hiasan

Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini mahu memperkenalkan tujuh domain atau teras dalam kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 bermatlamat melahirkan insan sejahtera dan mengamalkan kehidupan seimbang dalam segala aspek kehidupan. Antara domain dalam teras itu ialah fasih digital, literasi pelbagai dan pembelajaran sepanjang hayat

Ini satu perancangan positif dalam menyediakan pendidikan ke arah Revolusi 5.0 yang mana revolusi dalam perkembangan teknologi sering dikaitkan dengan kepintaran buatan (AI), internet kebendaan (IoT) dan keupayaan teknologi untuk dijadikan platform kepada cara hidup, bekerja dan berinteraksi

Secara umum, sistem pentaksiran mengalami beberapa perubahan selaras dengan pembangunan kurikulum bagi tujuan pembelajaran sepanjang hayat yang secara dominan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran, pengetahuan berterusan, persediaan cabaran masa hadapan, memperkasakan diri, bersosial, pemahaman nilai dan etika serta kesihatan mental dan emosi

Dalam usaha mengukur pencapaian pelajar melalui Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah pada abad ke-21, pendekatan ketara diterapkan, termasuk penilaian kemahiran khas seperti kemahiran kritis, kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi, kolaborasi dan literasi digital

Lebih lanjut, pendekatan pentaksiran tidak hanya menilai aspek akademik tetapi juga aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sehubungan itu, memanfaat teknologi sebagai alat pembelajaran, membolehkan akses kepada sumber maklumat kaya serta peluang pembelajaran dalam talian adalah pendekatan penting dalam memenuhi tujuh teras kerangka kurikulum ini

Ini berkait rapat dengan mengukuhkan sistem pendidikan berorientasikan pembelajaran dengan pemindahan fokus daripada penilaian bersifat menghafal kepada penilaian lebih menyokong pemahaman dan aplikasi ilmu pengetahuan secara digital

Penggunaan teknologi dalam pentaksiran perlu dimanfaatkan untuk memperbaiki proses penilaian, termasuk menggunakan platform digital, algoritma dan perisian. Ini membolehkan pentaksiran dijalankan lebih berkesan dan cekap. Di sisi lain, sistem pentaksiran ini perlu dipantau dan diperbaiki bagi memastikan kesesuaian dan perkembangan dalam pendidikan serta keperluan pelajar

Guru perlu kompeten dengan sistem digital dan fokus kepada penilaian berterusan untuk memberi maklum balas kepada pelajar. Pada masa sama, guru juga perlu memperbaiki prestasi serta proses pembelajaran apabila pentaksiran dilaksanakan

Dalam mendepani pendekatan pentaksiran kelas, kemahiran mengadaptasi memupuk kemahiran melalui perubahan dan teknologi serta mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran relevan dengan perkembangan semasa amat diperlukan

Kita tidak mahu pelajar ketinggalan dalam teknologi menyebabkan kesenjangan kemahiran dan pengetahuan. Ini akan menghambat inovasi, daya saing dalam peluang pekerjaan dan mempengaruhi prestasi ekonomi keseluruhan pada masa hadapan

Berbanding pentaksiran berterusan sedia ada dalam pendidikan yang membolehkan pemantauan terhadap perkembangan pelajar dari aspek akademik, personaliti dan kemahiran dikenal pasti, masyarakat perlu faham pembelajaran bukan terhad kepada peringkat pendidikan formal, tetapi berlaku sepanjang hayat

Ia seiring dengan terus belajar daripada pengalaman, latihan dan interaksi sepanjang kehidupan pelajar. Sehubungan itu, sokongan jitu daripada masyarakat sebagai ibu bapa atau penjaga amat diharapkan supaya domain dalam tujuh teras ini dapat dicapai dengan cemerlang

Penulis adalah Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Bidang Pengukuran Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/12/manfaat-teknologi-baharu-taksir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepelbagaian Kaedah Pentaksiran Murid Mampu Pacu Pendidikan Negara Pensyarah

Kepelbagaian Kaedah Pentaksiran Murid Mampu Pacu Pendidikan Negara Pensyarah

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 229 hits
Imej hiasan KUALA LUMPUR Cadangan kerajaan Sarawak untuk memperkenalkan taksiran baharu bagi murid sekolah rendah dilihat dapat memacu sistem pendidikan negara menjadi lebih terbuka dan bersedia menghadapi persekitaran pendidikan yang pesat...
Keluar Yg Selepas 17 Tahun G Dragon Dilapor Bakal Tanda Tangan Kontrak Bersama Agensi Baharu

Keluar Yg Selepas 17 Tahun G Dragon Dilapor Bakal Tanda Tangan Kontrak Bersama Agensi Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 145 hits
G Dragon dilaporkan bakal menandatangani kontrak dengan agensi baharu iaitu Galaxy Corporation ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini ahli kumpulan BIGBANG ini telah bersama dengan YG Entertainment selama lebih 17 tahun sebelum ada khabar angin meng...
Kxp Perjanjian Tahira Air Untuk Tubuh Spv Baharu Kata Mb Kedah

Kxp Perjanjian Tahira Air Untuk Tubuh Spv Baharu Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 162 hits
Pembangkang Kedah memohon penjelasan kerjasama Kedah Tahira Air dalam projek Kedah Aerotropolis yang menimbulkan persoalan kerana syarikat itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta ALOR SETAR Perjanjian usaha sama antara KXP AirportCity H...
Pencapaian Pembangkang Pn Merapu Dalam Setahun Lokman

Pencapaian Pembangkang Pn Merapu Dalam Setahun Lokman

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 184 hits
Pasca Kerajaan Perpaduan merayakan pencapaian setahun memerintah pada minggu lalu rakyat tertanya tanya apakah pula pencapaian pembangkang PN sepanjang tempoh yang sama Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam sepanjang...
Kolaborasi Good Virtue Co X Rico Rinaldi Dimensi Baharu Bagi Dunia Fesyen Muslim

Kolaborasi Good Virtue Co X Rico Rinaldi Dimensi Baharu Bagi Dunia Fesyen Muslim

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 246 hits
Jenama kecantikan dan penjagaan diri berkualiti tinggi Good Virtues Co mengumumkan kolaborasi buat julung kalinya bersama pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi di JioSpace Petaling Jaya pada Selasa Kolaborasi yang juga merupakan usaha sama Wa...
Pencapaian Baru Wall Street Pada 2023 Inflasi Dan Fed Sebagai Pemangkin

Pencapaian Baru Wall Street Pada 2023 Inflasi Dan Fed Sebagai Pemangkin

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 192 hits
Pada hari Isnin saham saham A S menunjukkan pertumbuhan sederhana mencapai paras tertinggi tahunan menjelang pemangkin pasaran utama minggu ini termasuk data inflasi dan pengumuman dasar Persekutuan Rizab Peristiwa ini dijangka akan memberi...
Koleksi Template Bank Baharu

Koleksi Template Bank Baharu

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 301 hits
Template bank adalah contoh atau rujukan yang boleh digunakan untuk membuat akaun bank draf bank pengurusan kewangan atau transaksi perbankan Template bank boleh membantu anda untuk Koleksi Template Bank Baharu Menyediakan dokumen yang dipe...
Pmx Umum Senarai Kabinet Baharu

Pmx Umum Senarai Kabinet Baharu

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 288 hits
Putrajaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini ini Berikut adalah senarai yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar IbrahimTimbalan PM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
Kurikulum Persekolahan 2027 Kpm Umum Ubah Kurikulum Baharu Lagi Ranking Pisa Jatuh Merudum

Kurikulum Persekolahan 2027 Kpm Umum Ubah Kurikulum Baharu Lagi Ranking Pisa Jatuh Merudum

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 299 hits
Kurikulum Persekolahan 2027 diperkenalkan melalui 7 domain atau teras dalam kerangka Kurikulum baharu yang mana ia mampu bagi melahirkan insan yang sejahtera dan mempunyai kehidupan seimbang dalam pelbagai aspek dalam kehidupan Menurut Fadh...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Startups Vs Established Industries

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan