Manfaat Rumput Israel Atau Ara Songsang
Manfaat Rumput Israel Atau Ara Songsang | Pernah dengar nama rumput Israel tak? Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama Ara songsang, Akar ruas-ruas, atau Pengorak. Ramai yang pernah nampak tapi tak tahu nama tumbuhan ni yang tumbuh secara sukarela kat keliling rumah. Apa yang pasti tumbuhan ini akan dicabut kerana sifatnya suka mendominasi kawasan kalau dibiarkan. Tumbuhan ini agak tahan dengan keadaan lembab dan kering yang agak panjang.
Sebab tu dinamakan rumput Israel. Dapat sesesuatu tak?
Manfaat Rumput Israel Atau Ara Songsang
Nama lain rumput Israel ialah ara songsang (Asystasia gigantica L) merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai dari keluarga Acanthaceae dan kingdom Plantae yang banyak tumbuh di negara kita. Rumput Israel mendapat nama 'Israel' di Malaysia berdasarkan kepada kemampuannya membiak dengan cepat di kawasan kebun dan tepi jalan.
Rumpai ini merupakan musuh utama kepada petani-petani di Malaysia kerana ianya cepat membiak dan di dapati menggunakan ruang dan menggunakan banyak baja dalam tanah. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini ialah Chinese Violet, Coromandel, Creeping Foxglove dan Asystasia (English).
Rumput Israel tumbuh diseluruh dunia yang mendapat sinaran matahari yang mencukupi dan tidak dapat di pastikan asal-usul rumput Israel ini tetapi di percayai jenis Asystasia gigantica adalah dari Benua Asia (mungkin Asia Tenggara) dan jenis Asystasia micranta dari benua Afrika.
Terdapat 14 lagi nama-nama rumput Israel diseluroh dunia iaitu A. parvula, A. querimbensis, A. pubesens, A. subhastata, A. quartena , A. scabrida, A. floribunda, A. coromandeliana, Justicia gagentica, A. acuminata, A. micrantha, A. multiflora, A. anselliondes dan A. podostarchy. Rumput ini mudah didapati di Amerika dan Hawai serta kawasan Australia Utara dan Barat.
Manfaat Rumput Israel Atau Ara Songsang
Bunga rumput Israel berbentuk corong atau macam-macam bentuk berwarna putih, putih-ungu atau ungu. Bunga rumput Israel yang berwarna garang seperti putih, ungu atau kebiruan sebenarnya mengandungi nektar manis atau gula yang sangat disukai oleh lebah, semut, kumbang dan berbagai serangga yang memakan nektar. Apabila bunga telah menjalani proses pendebungaan maka akan terjadi buah. Buah rumput Israel berwarna hijau ketika muda dan kecoklatan apabila matang. Buah ini akan 'MELETUP' dan mencampakkan bijinya sejauh 1 meter atau lebih. Biasanya benih tersebut akan mudah hidup untuk proses pembiakan. Proses pertumbuhan anakbenih kepada tumbuhan dewasa sangat cepat iaitu dalam masa beberapa minggu sahaja untuk terus berbunga dan berbuah dan meletupkan bijinya.
Rumput Israel dikatakan sesuai untuk dijadikan sebagai penahan hakisan terutama di kawasan tepi parit, sungai atau lebuhraya yang sesuai.
Mungkin kajian lebih lanjut diperlukan supaya ada penternak lemak madu dan penternak arnab mendapat manfaat dari rumpuat yang mudah hidup dan banyak khasiatnya juga sebagai makanan kesihatan dalam bentuk kapsul atau teh.
Manfaat Rumput Israel Atau Ara Songsang
Dalam mencari info tu, saya jumpa info pasal rumput israel pada http://warisanpetani.blogspot.com yang memanggil rumput ni bayam nyonya yang boleh dimakan dengan memasaknya seperti masak bayam.
Antara kegunaan dan khasiat rumput Israel antaranya:
Menyuburkan lelaki dan wanita jika diamalkan bersama setiap hari sehingga menggandung dan membuat ovulusi makin aktif hingga boleh mendapat kembar (wikipedia)Terdapat beberapa negara yang menggunakan rumput Israel sebagai sayuran seperti di Afrika (Jenis agak berlainan dengan yang ada di Malaysia iaitu Asystasia micrantha). Dapat mengubati penyakit Lelah atau Asthma. Rumput ini juga sesuai dijadikan bahan makanan untuk ternakan lembu, kambing dan arnab. Kandungan selulos dan protin yang tinggi membuatkan ianya sesuai untuk maknan ternakan. Di Malaysia ianya ditanam dikebun buah sebagai pokok penutup bumi dan bunganya sebagai penarik lebah dan serangga pendebunga. Di Afrika, air rebusan Bayam Nyonya digunakan untuk kurangkan sakit ketika melahirkan anak.Ada yang proses buat minyak urat, untuk sapu pada kaki yang terseliuh atau tersalah uratAkarnya dijadikan serbuk, untuk ubat sakit perut dan juga disapu jika dipatuk ularDi Indonesia dan Filipina, daunnya direbus dan dicampur jus limau nipis, diminum untuk legakan batuk.
sumber : https://www.facebook.com - shorturl.at/owCOT
Sangat tinggi antioxidant dan amat bagus utk pesakit kanser (sebelum masak perlu rendam dulu dgn air garam selama 20 minit dgn nisbah berikut: 2 sudu makan garam, 1 litre air. Ini kerana immune system pesakit kanser sangat lah rendah). Rumput ini juga tinggi kandungan proteinnya.Daun rumput israel yang dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak serta gigitan serangga.Boleh melawaskan kencing dgn merebus keseluruhan pokok dan minum airnya.Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot.Pokok ini diberi makan pada haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab kerana tinggi kandungan proteinnya.
Cara penyediaan hidangan rumput Israel ini sama seperti ketumpang air. Boleh di goreng atau tumis air
*~ Kelebihan Rumput Israel untuk semua.
~ " Kisah ini pernah belaku kepada sahabat saya Abang Din yang mengalami barah usus. Barah usus yang di alaminya agak kritikal, tetapi setelah mengamalkan petua ini Alhamdulillah beliau telah sembuh dari penyakit barah dan kini saya sedang berusaha merawat penyakitnya yang lain pula.
Caranya adalah amat mudah sahaja iaitu amalkan air rebusan dari Rumput Israel yang banyak meliar di persekitaran anda. Minum rebusan dari pokok israil sebabnya dua cawan setiap hari In Sha Allah penyakit barah akan. sembuh."
sumber
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ara_Songsang
http://animhosnan.blogspot.com/2014/07/rumpai-rumput-israel.html
http://warisanpetani.blogspot.com/2016/04/rumput-israel.html
http://www.tanamsendiri.com/2018/09/pokok-asysta-gengetica.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2021/11/manfaat-rumput-israel-atau-ara-songsang.html