Manfaat Potensi 5g Tingkat Kualiti Perkhidmatan Kesihatan Fahmi


 

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media pada majlis perasmian Program Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pantai Dalam pada Sabtu. Foto MARA
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu akan mengaplikasikan teknologi terkini dan ketersambungan 5G bagi memastikan keterangkuman dan kesaksamaan akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Sebagai permulaan, katanya program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pada majlis perasmian Program Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pantai Dalam pada Sabtu. Foto SKMM“Kita bermula di Kuala Lumpur dan akan menjelajah ke lima negeri yang lain dan berakhir di Johor, tetapi saya lihat kita juga boleh meningkatkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan lain termasuk hospital pengajar dan hospital swasta.
“Jadi, saya percaya dengan beberapa kemudahan yang kita sediakan lebih ramai yang akan dapat manfaat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di sini hari ini.
Fahmi berkata, liputan rangkaian 5G di seluruh negara mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember 2024, menjadikan Malaysia antara negara terpantas di dunia yang memperluas akses komunikasi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 2 di Lucky Garden menyampaikan buah oren kepada para penduduk sempena Tahun Baharu Cina. Foto Facebook Fahmi FadzilSelain itu, kadar penembusan akses 5G dalam kalangan rakyat bagi tempoh sama telah mencapai 53.35 peratus, melonjak hampir lima kali ganda berbanding 10.8 peratus pada Oktober 2023.
“Dengan adanya ketersambungan yang meluas, penembusan akses 5G dapat melengkapkan keupayaan untuk penjagaan kesihatan kendiri dalam kalangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata FH4A dijalankan melalui kerjasama strategik MCMC dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), ProtectHealth, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan KPJ Healthcare Bhd.
Orang ramai tidak melepaskan peluang melakukan pemeriksaan kesihatan sempena program Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pantai Dalam pada Sabtu.Ia mengambil pendekatan progresif dengan mempromosikan teknologi kesihatan masa hadapan susulan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) yang memberi impak signifikan kepada ekonomi negara.
Fahmi berkata, Malaysia sedang berhadapan dengan kadar NCD yang tinggi, dengan RM9.65 bilion atau 16.8 peratus daripada perbelanjaan kesihatan negara telah digunakan untuk merawat NCD.
Beliau berkata, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati kadar literasi kesihatan di Malaysia, iaitu keupayaan untuk memahami dan mengakses maklumat bagi mengekalkan tahap kesihatan, tidak menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari 2019 hingga 2023, dengan kadar purata sebanyak satu peratus.

“Saya harap kewujudan program ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap literasi kesihatan rakyat, malah juga dapat memastikan rakyat lebih peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran berkaitan kesihatan,” katanya.
Bagi kawasan pedalaman pula, Fahmi berkata hampir 1,100 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara akan turut berusaha meningkatkan tahap literasi kesihatan melalui program e-Kesihatan.
“Ia dimulakan di beberapa NADI, sebagai contoh di Pulau Bum Bum di Semporna, Sabah.
“Ada juga kemudahan seperti itu di Ranau, Sabah dan beberapa kawasan pedalaman yang boleh menggunakan Internet untuk mendapat, sama ada kaunseling atau berinteraksi dengan doktor supaya mereka tidak perlu ke Kota Kinabalu atau mana-mana bandar besar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/manfaat-potensi-5g-tingkat-kualiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Riadah Tanjung Ketapang Serba Lengkap Manfaat Kesihatan Walking

Pusat Riadah Tanjung Ketapang Serba Lengkap Manfaat Kesihatan Walking

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 108 hits
Taman rekreasi Tanjung Ketapang terletak di tepi laut di muara sungai Muar Ia adalah lokasi menarik untuk penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah pada waktu pagi dan petang Di sini letaknya Pusat Rekreasi Tanjung Ketapang dimana terdapa...
Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 136 hits
Rasulullah saw bersabda Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit Rasulullah saw meny...
7 Langkah Cadangan Pengurangan Beban Peningkatan Keberkesanan Sektor Kesihatan Awam Untuk Kkm

7 Langkah Cadangan Pengurangan Beban Peningkatan Keberkesanan Sektor Kesihatan Awam Untuk Kkm

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 129 hits
HarapandailyJanuary 19 2025Ikhmal IskandarMasalah kekurangan tenaga kerja di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah isu sistemik yang memerlukan kesungguhan politik yang tinggi daripada mana mana Menteri Kesihatan untuk menyelesaikannya Isu ...
Jaga Kesihatan Tu Tak Hiraukan Kecaman G Dragon Dilihat Selamba Merokok Di Paris

Jaga Kesihatan Tu Tak Hiraukan Kecaman G Dragon Dilihat Selamba Merokok Di Paris

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 99 hits
Popular seluruh dunia apa sahaja yang dilakukan G Dragon pastinya akan mendapat perhatian Artikel Berkaitan Baru baru ini G Dragon telah terbang ke Paris bagi mengadakan persembahan di konsert amal Gala des Pi ces Jaunes 2025 Selepas selesa...
Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 196 hits
PERKHIDMATAN BAS KE BUKIT FRASER PAHANG TAHUN 70 DAN 80 AN Bas legend dalam kenangan ini lebih dikenali dengan bas kepala kasut oleh orang Pahang Bas Mercedes ini banyak digunakan untuk perkhidmatan bas di seluruh negeri Pahang Bas ini sang...
Gred Sspa Baru Kod Klarifikasi Gred Skim Perkhidmatan

Gred Sspa Baru Kod Klarifikasi Gred Skim Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 450 hits
Gred SSPA Baru Kod Klarifikasi Gred Skim Perkhidmatan Selaras dengan pengumuman pelaksanaan Sistem Saraan Penjawat Awam kerajaan turut mengumumkan beberapa perubahan gred SSPA sebagai langkah penambahbaikan kepada sistem saraan yang sedia a...
Platinum Charters Perkhidmatan Sewa Kapal Layar Mewah Di Port Dickson

Platinum Charters Perkhidmatan Sewa Kapal Layar Mewah Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 73 hits
PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSONAssalamualaikum semua Jumpa lagi dalam catatan blog Dunia Zumal ini Kali ini Zumal review tentang Perkhidmatan Sewa Kapal Layar Mewah di Port Dickson oleh PLATINUM CHARTER...
Kiosk Sentuhan Madani Dilancarkan Lebih 90 Perkhidmatan Tersedia

Kiosk Sentuhan Madani Dilancarkan Lebih 90 Perkhidmatan Tersedia

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 80 hits
Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Kiosk Sentuhan MADANI pertama yang terletak di pusat beli belah Alamanda Putrajaya Diilhamkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar Kiosk Sentuhan MADAN...
Kerap Makan Daging Tinggi Proses Hati Hati Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan

Kerap Makan Daging Tinggi Proses Hati Hati Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 110 hits
Makanan berproses mungkin cepat dan menjimatkan masa tetapi buat jangka masa panjang ia memudaratkan anak kecil kita Sebab apa Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan makanan tinggi proses seperti sosej meatball nuget dan sebagainya mempunya...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu