Mancis Kotak Cap Lada Punya Penangan


MANCIS KOTAK CAP LADA PUNYA PENANGAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SAPU LANTAI. Sambil dengar radio Siaran Klasik Nasional. Asyik dengar lagu lama-lama. Kadang boleh ketawa sendiri juga. Pemilihan liriknya tu kadang.. "ehhh biar betul...". Lawak pun ada. Kali ni sapu lantai tak diganggu makhluk Tuhan berbulu. Aneh juga. Selalunya sampai perit tekak jerit-jerit.  "Ada aku kesah.." kata makhluk Tuhan berbulu yang ada dalam rumah ni. Hancur penyapu jerami dikerjakan lapan beradik. Ya Allah. 
Bila ummi nyapu tiada gangguan maka lancar dan cepat semuanya. Tapi ke mana perginya anak bulu sekalian yang ada. Aduhh. Ada. Berkumbul golek-golek macam main sesuatu. Sesuatu?. Ya, sesuatu sangat-sangat. Bahaya. Pernah gitu juga rupa-rupanya mereka berkumpul main lipan sebesar ibu jari orang dewasa. Macam nak pitam PC dibuatnya. Ya Allah. 1 per 8 ada yang bengkak kakinya. Baki alhamdulillah. Siap menyapu. Sambung mop lantai. Okey, pun sama.. lancar sampai sudah tiada gangguan. Alhamdulillah. Tapi hati rasa tidak selesa. Tidak tenang juga.
Perlahan-lahan PC dekat. Intip.. rupa-rupanya.. dia orang khusyuk main sekotak mancis lidi cap lada. Terkejut PC. Macam mana pula mereka dapat. Lama sungguh tak guna dan tak nampak mancis lidi cap cili ni. Seingat PC la, zaman PC kecik-kecik rajin PC simpan mancis kotak ni dalam poket sebab rajin ikut nyaie pergi kebun. PC la tukang simpan mancisnya pun. Bila nampak lagi ni terimbas banyak kenangan. Sungguh. Sedih ada. Gembira ada. Macam-macam. 

"Bila babah beli mancis kotak macam dulu-dulu ni?..". PC tanya babah. Babah pun dah lupa. Babah ada cari juga sebab rasa ada beli tapi lupa letak dekat mana. Rasa-rasa letak dalam tong alat tukang sebab cucu bulunya asyik main kat situ. Satu.. satu dikeluarkan.. dikorek. Ada je kotak dan barang-barang yang sebelum ni dicari tak jumpa sehari dua ni muncul. Halahhh. Macam-macam hal. Babah cakap bagus ada kucing ni. Hahaha. Kadang buat urat tengkuk tegang. Kadang buat atok ketawa. Kadang mudahkan kerja. Kali ni sekotak mancik cap lada muncul. Ingatkan dah lama sangat dah masuk angin. Sekali bila babah cuba alhamdulillah elok lagi. Terus simpan.
Terus simpan. Bukan cuma barang, kenangan juga. Mesti simpan elok-elok. Ada masa indah dan manis untuk dikenang. Cara mendekatkan dengan yang hidup dengan yang telah tiada. Hari ini, hari terakhir dibulan Oktober. InsyaAllah esok kita berganjak ke bulan November. Bulan kesebelas. Semoga yang terbaik kita lakukan dan sentiasa diberkati dunia akhirat. Aamiin.
NOTA PC : Sepi. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2024/10/mancis-kotak-cap-lada-punya-penangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gebrakan Baru Negara Dan Presiden Repulik Indonesia Kini Punya Akun Instagram Resmi

Gebrakan Baru Negara Dan Presiden Repulik Indonesia Kini Punya Akun Instagram Resmi

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 380 hits
Dirilis oleh Kantor Komunikasi Kepresidenan ternyata ada alasan penting mengapa akun tersebut dibuat
Jangan Merendahkan Usaha Orang Lain Setiap Orang Punya Cabaran Sendiri

Jangan Merendahkan Usaha Orang Lain Setiap Orang Punya Cabaran Sendiri

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 211 hits
Jangan Rendahkan Usaha Orang Lain Setiap Orang Ada Struggle Sendiri Kadang kadang kita mudah berkata Ala mak bapa dia kaya sebab itu dia berjaya Ya memiliki keluarga yang kaya memang suatu bonus tetapi itu tidak bermakna dia tidak berusaha ...
Elok Wakil Rakyat Guna Tip Surat Layang Apa Punya Benggong

Elok Wakil Rakyat Guna Tip Surat Layang Apa Punya Benggong

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 265 hits
Syabas SepeakerKetegasan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang telah memerintahkan wakil Machang digantung dan tidak boleh berada dalam dewan selama 6 bulan disokong seratus peratus dan ketegasan itu melambangkan ketegasan seorang ...
Sekoq Percaya Surat Layang Sekoq Lagi Peecaya Wassap Apa Punya Lekeh Ada Di Soaljawab Di Bawah

Sekoq Percaya Surat Layang Sekoq Lagi Peecaya Wassap Apa Punya Lekeh Ada Di Soaljawab Di Bawah

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 221 hits
MSO Gara gara berbahas ikut sedap mulut dan tidak berapa reti peraturan mesyuarat dewan dan juga mendedahkan sesuatu yag naif faktanya serta boleh menjatuhkan maruah anggota yang lain wakil Pasir Puteh terdedahkan kepada usul Hak dan Kebeba...
Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Trump Arrives In Malaysia For Asean Summit Shares Light Moment With Anwar On Red Carpet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Raya Deepavali 2025

Resipi Viral Egg Tart Mixue Pencuci Mulut Premium Dengan 4 Bahan Mudah

Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia

Speed Read Pre Eicma News From Ducati Honda Ktm Kawasaki And Stark

3 Contoh Sambutan Ketua Rt Dalam Pertemuan Rutin Bahasa Jawa

Makan Di Restoran The Morso Kangkar Pulai