Mana Nak Letak Kargo Kami Lepas Keluar Pelabuhan




Dari tarikh 27 hingga 29 Mac ini, berpuluh ribu barangan kargo tidak penting dibenarkan untuk dihantar keluar dari Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Johor di Pasir Gudang.
Kebenaran itu diberikan setelah banyak kontena tersadai di pelabuhan ekoran penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan operasi pengendalian barangan di pelabuhan tergendala.
Bagaimanapun, pemain industri belum boleh menarik nafas lega.
Bagi syarikat pengangkutan dan pengimport barangan berkenaan, mereka mahu tahu di mana mereka boleh menyimpan barangan yang dihantar, sedangkan perkhidmatan tidak penting kini tidak dibenarkan beroperasi.
“Ada kesesakan di Pelabuhan Klang, lori beratur sehingga 4km untuk bawa keluar kargo,” kata Alvin Chua, presiden Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF).
“Tapi ia (kebenaran) sedikit tidak jelas, Kementerian Pengangkutan kata logistik boleh bergerak (melakukan penghantaran), tetapi pengimport atau pengilang bertanya, bolehkah mereka buka kilang untuk menerima barangan?
“Saya beritahu mereka saya tiada jawapan untuk itu,” katanya.
Dakwanya, kes ini menunjukkan kurangnya koordinasi dalam kerajaan sedangkan keputusan untuk membenarkan pengilang menerima barangan mereka sepatutnya dibangkitkan oleh jemaah menteri yang selalu bermesyuarat.
Dia menggesa supaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengambil tindakan akan hal itu dan membenarkan pengilang beroperasi untuk menerima barangan mereka sehingga 29 Mac.
“Dianggarkan 70 peratus kargo di pelabuhan adalah barangan tidak penting, termasuk bahan binaan, bahan kimia dan bar keluli,” katanya.
Sedangkan, tambahnya, pihak polis akan mengambil tindakan ke atas pengilang perkhidmatan tidak penting yang melanggar PKP.
Pada 26 Mac, kerajaan membenarkan perkhidmatan logistik untuk menghantar barangan keluar dari Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Johor di Pasir Gudang.
Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, ketiga-tiga pelabuhan itu sudah menghampiri kapasiti 100 peratus ekoran pemberhentian operasi pemindahan barang dari gudang penyimpanan ke destinasi akhir.
Selain itu, Chua turut menambah bahawa barangan udara yang tersadai di lapangan terbang turut perlu dibenarkan untuk dihantar keluar.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan banyak kontena tersadai di Pelabuhan Klang ekoran pelaksanaan PKP yang mengehadkan penghantaran barangan tidak penting.
FMFF memberi amaran situasi itu berpotensi menjadi bom jangka hanya boleh menjejaskan kecekapan dan kapasisti di pelabuhan.
FMFF turut menggesa kerajan untuk menjelaskan sama ada perkhidmatan logistik tergolong dalam perkhidmatan penting atau tidak.
Ini selepas wujudnya percanggahan arahan daripada kementerian-kementerian yang berbeza selepas pengumuman PKP dibuat.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/28/mana-nak-letak-kargo-kami-lepas-keluar-pelabuhan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mana-nak-letak-kargo-kami-lepas-keluar-pelabuhan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Dialog Kelakar Apabila Polis Soal Ketua Keluarga Nak Pergi Mana Hanya Sorang Dibenarkan Keluar Beli Keperluan

10 Dialog Kelakar Apabila Polis Soal Ketua Keluarga Nak Pergi Mana Hanya Sorang Dibenarkan Keluar Beli Keperluan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 1730 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hanya seorang sahaja iaitu ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat ubatan Kredit PamiizmailJusteru itu timbul pula dialog perbualan antara pegawai polis yang me...
Lepas Beratus Bilion Harta Petronas Ph Jarah Sekarang Nak Mainkan Watak Hero Rakyat

Lepas Beratus Bilion Harta Petronas Ph Jarah Sekarang Nak Mainkan Watak Hero Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 392 hits
Rakyat perlu didahulukan dalam malapetaka Covid 19 dengan mendapatkan segala sumber kewangan yang boleh Memang betul kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan tujuan ahli politik berpolitik ialah untuk membantu rakyat d...
Cuti Sekolah Nak Keluar Pun Tak Boleh Ajar Anak Tentang Covid 19 Cuci Tangan Selalu

Cuti Sekolah Nak Keluar Pun Tak Boleh Ajar Anak Tentang Covid 19 Cuci Tangan Selalu

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 366 hits
Pada musim cuti sekolah negara kita bergelut dengan penularan COVID 19 Situasi ini sememangnya memberi kesan kepada emosi anak anak kerana mereka menjangkakan untuk bergembira dan keluar bercuti bersama keluarga Sebagai ibu ayah yang bertan...
Mahathir Letak Jawatan Muhyiddin Tawar Diri Pm Mana Ada Pengkhianatan Rupanya Memang Ada

Mahathir Letak Jawatan Muhyiddin Tawar Diri Pm Mana Ada Pengkhianatan Rupanya Memang Ada

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 438 hits
catatan ini sangat PENTING bagaimana langkah Sheraton bermula dari SEBUAH gerakan penderhakaan terancang mungkin tepat Dan sesuai pada Masa itu tetapi hilang sopan Dan susilanya akhlak liar ini tidak akan berhenti di sini sahaja
Suka Sangat Dapat Keluar Dia Ingat Nak Pergi Jalan Jalan Tapi Sebenarnya Ke Wad Anak Tunjuk Simptom Covid 19

Suka Sangat Dapat Keluar Dia Ingat Nak Pergi Jalan Jalan Tapi Sebenarnya Ke Wad Anak Tunjuk Simptom Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 422 hits
Tular sebuah video di media sosial dimana kanak kanak berusia 3 tahun bersalam dengan ibunya sebelum menaiki sebuah ambulan Dia kelihatan sangat gembira menurut ibunya dia mungkin ingat dia keluar berjalan jalan tapi sebenarnya dia dibawa k...
Lantaklah Nak Makan Mana Kami Bayar Duit

Lantaklah Nak Makan Mana Kami Bayar Duit

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 277 hits
Lantaklah Nak Makan Mana Kami Bayar Duit BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG Gambar seorang lelaki dan wanita yang dipercayai suami isteri beragama Islam makan di sebuah restoran secara terbuka viral di media sosial Dalam kejadian jam 1 30 tengah h...
Penstrukturan Bayaran Balik Ptptn Macam Mana Nak Buat

Penstrukturan Bayaran Balik Ptptn Macam Mana Nak Buat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 732 hits
Assalamualaikum Hi gais Sejak kerja ni memang tak ada masa nak update blog ni Tapi memandangkan sekarang aku dapat cuti 14 hari sempena Kawalan Pergerakan COVID 19 jadi sekarang aku memang tengah FREE Bukan senang nak dapat cuti panjang mac...
Senarai Coupon Code Amp Promo Code Food Delivery Untuk Korang Yang Takut Nak Keluar Beli Makanan

Senarai Coupon Code Amp Promo Code Food Delivery Untuk Korang Yang Takut Nak Keluar Beli Makanan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 237 hits
Sedang cari promo kod untuk food delivery GRAB FOOD TEALIVE FOOD PANDA PIZZA HUT SECRET RECIPE amp SHOPPE Sempena tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan COVID 19 penyedia food delivery di Malaysia telah menjalankan pelbagai promosi berkaita
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web