Mana Dia Mau Minta Maaf Saman Ja La Apa Payah Sangat
Sanusi perlu minta maaf pada UMNO, BNSinar HarianJun 13, 2022
MOHD ZAIDY: Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi pemimpin negeri hasil ihsan sokongan daripada UMNO dan BN. - Foto Sinar HarianSEREMBAN: Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).Ketua Pemudanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, tuduhan Muhammad Sanusi mengatakan cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal bagi mengelakkan sesetengah individu daripada dipenjara adalah tuduhan berniat jahat dan melampau."Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi pemimpin negeri hasil ihsan sokongan daripada UMNO dan BN."Bagi menghormati persahabatan di antara parti di dalam Muafakat Nasional, eloklah jika beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ahli UMNO dan BN," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Isnin.Menurutnya, sebagai pemimpin kerajaan negeri, beliau seharusnya tahu bahawa institusi kehakiman tiada kaitan dengan badan eksekutif serta legislatif yang mempunyai pengasingan kuasa masing-masing dan ia harus dihormati semua pihak."Janganlah menjadi gunting dalam lipatan yang menjadi punca kepada perpecahan di dalam Muafakat Nasional yang asasnya adalah untuk menyatukan perpaduan politik di kalangan orang Melayu dan Islam."Pesan kami di Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, kita boleh berbeza pandangan dan pendapat secara matang. Tetapi bersifat biadap serta menabur tuduhan tidak berasas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Maka kami desak, mohon maaflah," katanya.Pada Sabtu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia akan hancur sekiranya rakyat memilih ‘satu atau dua pemimpin gila kuasa’ yang hanya mahu menyelamatkan diri mereka untuk mentadbir negara.
PRU15 | Tunggu selepas tamat penggal atau tahun depan - SanusiPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pas tidak berminat untuk mengadakan PRU15 awal kerana bimbang kehilangan 18 kerusi yang dimiliki parti itu ketika ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/06/mana-dia-mau-minta-maaf-saman-ja-la-apa.html