Mampukah Anam2020 Jadikan Nasyid Kembali Bangkit



PENGANJURAN ANUGERAH NASYID MALAYSIA 2020 - #ANAM2020
Apabila saya mendapat teks siaran media ANAM2020 baru-baru ini, hajat mahu dimuatnaik ke blog ini, namun setelah melihat beberapa media telahpun mendahului, saya berpendapat lebih elok saya membuat artikel dari sudut yang berbeza. 
Mungkin disebabkan inilah julung kalinya, Anugerah Nasyid Malaysia atau ringkasnya ANAM 2020 bakal dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia atau MUNSYID Malaysia dengan sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi yang bakal menyiarkan acara ini secara langsung di TV1 RTM, menyebabkan perlunya artikel ini perlu ditulis.

Jalan BerlikuTerlebih dahulu saya bagi pihak IslamicTunes ingin mengucapkan syabas kepada semua penggerak dan Ahli Jawatankuasa MUNSYID yang menurut kata Sdr. Razin selaku Presiden Munsyid kepada kami baru-baru, ini walaupun lega, namun usaha ini amatlah mencabar dan berliku-liku. 
YB Dato' Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan  Multimedia Malaysia)


Tahniah juga perlu diucapkan kepada YB Dato' Saifuddin Abdullah selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam Malaysia) YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad al-Bakri yang mempunyai iltizam tinggi bagi merealisasikan penganjuran ini termasuk menyediakan venue, peralatan dan bajet yang bernilai RM1 juta ini. Tanpa keinginan dan visi serta ketegasan mereka, pasti agak sukar mengusung matlamat memartabatkan nasyid walaupun kita dianggap sebagai pelopor nasyid kontemporari yang diakui di peringkat global

Saya amat menghormati keputusan YB Dato' Saifuddin yang menzahirkan apa yang dibincangkan bersama antara beliau dan kami sebagai penggiat dan pelabur industri muzik Malaysia (RIM dan IRAMA) sewaktu baru sahaja memegang jawatan, khususnya bila saya membawa usul tentang perkembangan industri nasyid (jika boleh dikatakan industri), seni budaya dan teknologi digital konten Islamik. Saya amat hairan bilamana suatu ketika dahulu tiada kementerian atau agensi yang dapat melihat potensi menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan Islam Sedunia ketika beberapa kumpulan nasyid kita telah dapat menjajah industri muzik Malaysia sehingga membawa nasyid ke peringkat global. Data-data jualan tahun-tahun 1996 - 2005 membuktikan jualan nasyid Raihan sehingga kini masih tidak dapat diatasi oleh mana-mana artis popular tanahair, apalagi membawa produk karya mereka ke peringkat global dalam konteks artis atau penasyid itu berada di dalam negara

Citra Kepimpinan Bervisi Terhadap NasyidJusteru saya amat bersetuju dengan citra kepimpinan kerajaan baru di samping mempunyai Menteri-menteri yang mempunyai visi serta  begitu mengambil berat tentang nasib penggiat-penggiat nasyid tempatan yang sebahagian besarnya amat saya kenali. Saya juga amat terharu kerana kerajaan kini telah mengambil keputusan untuk memberi bantuan kepada pembangunan seni budaya Islam secara keterlibatan yang lebih serius.

Namun persoalannya berbaloikah peruntukan yang disediakan jutaan ringgit oleh Kerajaan kepada sebuah penganjuran hanya untuk memberi penganugerahan kepada penggiat nasyid yang semakin lesu tidak bermaya? Apakah tindakan memulakan dengan pengacaraan anugerah nasyid ini yang pastinya dihiasi dengan sambutan gilang-gemilang (sebab ada bajet besar dari kerajaan, yang tentunya dari duit rakyat) itu satu keputusan yang wajar atau tepat? Adakah ianya merupakan jawapan kepada masalah kelesuan nasyid ketika ini lalu dengan acara ini dapat mengangkat kembali industri nasyid (sekali lagi, jika layak dikatakan sebagai industri!)
Adakah kajian secara menyeluruh telah dibuat seperti mendapatkan statistik data seperti bilangan penggiat sebenar dan saiz pasaran masakini telah diperolehi bagi menjustifikasikan pemberian bajet jutaan ringgit ini (tidak termasuk yang telah diberikan kepada sebuah label record milik kumpulan nasyid dan seminar 'This is Nasyid' juga dari salah seorang penggiat dari kumpulan nasyid yg terkenal), yang secara langsung menjadikan seolah bulan Desember ini adalah Bulan Nasyid Malaysia? (saya quote dari kata-kata Dr. Fitri Haris semasa sidang media 'This is Nasyid' baru-baru ini!)
Adakah Nasyid itu Industri?Adakah saiz 300 kalangan penggiat kalangan MUNSYID layak dikelasifikan sebagai industri? Atau apakah hanya dengan bertemu dengan beberapa kelompok 'elit' yang bertaraf seleberiti sudah memadai menjustifikasikan kelayakan pengajuran sebuah acara anugerah bertaraf nasional?

Bila kedua Menteri menyebut tentang impak industri nasyid Malaysia kepada ekonomi, saya dari awal lagi mengatakan memang sudah sewajarnya nasyid diberikan keutamaan kepada sebagai produk eksport seni Malaysia ke dunia kerana hakikatnya tiada lagi genre muzik atau lagu buatan anak Malaysia yang berjaya melangkau serata dunia melainkan genre nasyid.

Namun itu semua telah berlalu. Penasyid-penasyid dulu walaupun pernah berada di ranking yang teratas dari segi jualan dan pendapatan baik dari rakaman atau persembahan kini hakikatnya tidak lagi teguh berada di dalam industri muzik secara amnya.

Fakta nasyid suatu ketika dulu telah menjajah pasaran global telah saya jelaskan dalam pertemuan itu namun ianya adalah sesuatu perkara yang negara telah terlepas untuk mengambil peluang tersebut oleh Kerajaan yang lalu. Kini ianya sudah tidak seperti dulu dan perniagaan muzik dan konten kreatif sudah berubah 360°, malah cara konsumer mendengar dan membeli juga telah berubah disebabkan teknologi digital dan streaming yang menjadi semakin trending. 
Penasyid Jangan 'Tamak'Jadi sebenarnya kita harus bermula semula, membina semula dari asas. Samada kerajaan sedar atau tidak, sebenarnya nasyid sudah tidak lagi menjadi hanya satu-satunya media bagi hiburan dalam Islam bagi berhibur. Penasyid tidak perlu menjadi terlalu 'tamak' untuk menguasai dan menjuarai medium hiburan Islam!

Data-data emosi tidak meyakinkan pihak pelabur membuat tajaan bilamana MUNSYID gagal berevolusi atau hilang jati diri dalam mengekalkan seni nasyid itu sendiri. Malah ada penasyid sendiri yang keliru seperti mana kata Dr. Fitri Haris sendiri! (saya akan membuat review yang berasingan berkenaan perkara ini, insyaaAllah diberikan kesihatan yang baik untuk menulis!)

Sebaliknya banyak acara-acara yang bersifat 'anti-estabilshment' dan konservatif seperti acara sambutan hol Akbar, Hol perdana, Majlis zikir, Mawlid dan lain-lain mula mendapat perhatian. Acara yang menggabungkan elemen pembelajaran tauhid, tasawwuf, sufi dan kumpulan tarekat dengan hiburan seni budaya mula bertambah meriah. Malah ramai pelawat dan pelancong datang ke negara ini untuk bersama-sama meraikannya. Saya pernah beritahu pegawai Islamic Tourism Centre (ITC) beberapa tahun dulu berkenaan cadangan IslamicTunes Festival namun tiada apa-apa yang berlaku.

Ini tidak termasuk munculnya ramai keturunan Pak Habib dari salasilah ahlul bait mula ramai yang telah keluar bercampur dengan komuniti terbuka. Acara-acara ini dibanjiri oleh peminat-peminat ilmu dan seni hiburan Islam yang terdiri bukan saja dari dalam negara, malah dari luarnegara.

Seperti yang pernah saya jelaskan, konten Islamik bukanlah semata-mata nasyid, malah akar-umbinya datang dari pelbagai kumpulan dan jemaah yang telah lama ada sebelum wujudnya nasyid atau nasyid kontemporari. Kebanyakkan konten naysid adalah untuk pendidikan termasuklah doa, munajat, dan selawat serta Mawlid. Ianya menjadi amalan di kebanyakkan pondok, sekolah agama, kumpulan tarekat dan Sufi. Sumber-sumber konten dari zaman berzaman ini diangkat atau disadur oleh penasyid menjadi bahan mereka untuk dilagukan sehinggakan pada satu ketika JAKIM cepat bertindak untuk mengurangkan keinginan penasyid memuzikkan ayat-ayat Al Quran secara berleluasa bagi menghormati qalam Allah itu. 
Saya belum cerita lagi tentang bagaimana penasyid membiarkan hak konten-konten ini dijarah dengan rakus oleh pihak-pihak pelabur non-muslim yang membiayai dan membantu? penasyid-penasyid ini. Tiada usaha langsung untuk membuat dokumentasi repositiri konten dalam perniagaan hakcipta, trademark dan pattern yang mempunyai nilai keuntungan yang tinggi pada masa ini.

Sekadar Meraih Kembali Populariti?Jadi di manakah penasyid Malaysia di kalangan kumpulan dan institusi ini? Mana visi yang lebih sistematik ke arah pembangunan semula nasyid atau konten-konten hiburan yang sesuai untuk ummah? Atau sekadar untuk meraih kembali populariti dan masing-masing berusaha untuk meningkatkan darjat diri?

Hakikatnya perlu kita fahami bahawa nasyid ini menjadi popular dan bertukar menjadi industri suatu ketika dulu apabila ianya mendapat suntikan modal dan sokongan dari pelabur bukan Islam dan syarikat rakaman antarabangsa. Perjuangan untuk agama semakin terhakis apabila sebahagian besar kumpulan-kumpulan nasyid ini yang asalnya dari bekas kumpulan AlArqam dan institusi pusat pengajian tinggi telah ditransform dijadikan seumpama sebagai artis dan seleberiti, dan konsep Islamik ini hanyalah hiasan kosmetik. 
Apa yang berlaku, pelabur-pelabur bukan Islamlah yang banyak mengambil peluang seperti Warner Music, Universal, Sony, EMI (ketika dulu) membuat promosi dan pemasaran sehinggakan setiap bulan terdapat banyak album-album baru dikeluarkan dan bercambahlah kumpulan atau artis/munsyid baru dalam industri nasyid (kalaulah boleh dikatakan industri nasyid!). Kemunculan selepas itu beberapa buah syarikat produksi Muslim seperti Hijaz Record, InTeam Records, UNIC, Saujana dan beberapa lagi seumpama cendawan namun akhirnya kini tinggal beberapa sahaja yang masih bertahan. Malah ada yang telah menjual semua aset konten mereka kepada syarikat antarabangsa bagi kelangsungan hidup

Justeru itu, agak mengejutkan bilamana Menteri Agama menyifatkan bahawa ANAM ini akan memberi impak yang besar. Pastinya ramai yang akan marah namun hakikatnya selama manakah semua ini akan berterusan yang tidak membawa kesan besar ke atas syiar seni demi dakwah. Datuk Dr. Zulkifli menerusi JAKIM dan Baitulmal serta agensi-agensi di bawahnya seharus boleh digerakkan dengan lebih berkesan secara lebih sistematik dan bersifat pembangunan jangkapanjang

Setakat ini, tiada platform, tidak ada bantuan yang jelas bagi membuat prasana asas khususnya bagi memercikkan ekonomi penasyid, pelabur dan penggiat serta pemain industri, malah slot rancangan nasyid di RTM juga bolehlah dikatakan 'sekejap ada, sekejap tak ada'! Dan memang kini telah sah hilang lenyap! Saya tahu JAKIM ada slot yang banyak dari RTM namun kebanyakkan diisi untuk konten-konten ceramah perdana, solat Jumaat dan lain-lain

YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama Islam Malaysia)
Datuk Dr. Zulkifli juga boleh mengusahakan agar pemegang logo #Halal JAKIM dapat menyumbang semula hasil keuntungan syarikat terutama yang bukan Muslim kepada pembangunan seni dan budaya Islam. CSR ini harus kembali kepada Muslim bagi menyederhanakan pemikiran ektrimis Muslim yang merasakan ekonomi negara telah dieksploitasi oleh satu-satu kaum terutamanya dalam bidang pemasaran makanan umat Islam.amnya dan ekonomi Islam khasnya. Usaha ini akan lebih memberi impak kepada pembangunan seni dan budaya Islam termasuklah nasyid dan lain-lain bagi terus mendapat tajaan untuk kelangsungan sesebuah projek 'social enterprise' ataupun mana-mana usahawan seni budaya pemula (startup).

Dr Zul.Bakri juga boleh mengusahakan agar setiap tahun dana zakat dan Baitulmal diagihkan kepada penggiat seni konten dan persembahan Islamik bagi tujuan syiar Islam menggunakan media baru dalam konteks fisabillah. Ini bagi mengurangkan tekanan komersialisasi atas sesebuah karya oleh penggiat seni agar tetap dapat mengeluarkan konten-konten Islamik secara konsisten. Membiarkan usaha kesenian ini ditunjangi dari sudut komersial semata-mata akan melahirkan penggiat yang tidak memperdulikan asas dakwah dan tarbiah Islamiyah.

Bantuan Dana dan sokongan juga dicadangkan disalurkan kepada pemain-pemain teknologi seperti mewujudkan platform pemasaran digital dan membolehkan kita dapat bersaing dan relevan kepada arus modenisasi terutama kepada anak-anak muda remaja. Saya dan ramai lagi umat Islam negara ini pernah berhadapan dengan pengaruh menggila anak-anak kita terhadap artis-artis Korea contohnya namun sebenarnya kesilapannya menunjuk semula kepada saya dan kita yang berada dalam industri muzik kerana gagal berbuat apa-apa.  
Razin - Presiden MUNSYID MALAYSIA
Bagi Penasyid atau MUNSyid, angka 300 penggiat yang dicatatkan dalam siaran media #ANAM2020 perlulah ditambah lagi kerana ini bukanlah angka yang sebenar bagi mendefinasikan nasyid adalah sebuah industri. Pintu seharusnya dibuka kepada lebih ramai penggiat yang masih berada di luar sekiranya mereka berminat untuk bersama dalam pertubuhan ini atau secara komuniti. Libatkan mereka bersama dalam semua projek-projek pembangunan baik dari segi kualiti rakaman dan persembahan serta juga keusahawanan atau peluang-peluang lain. Usaha projek kolaborasi bersama persatuan seni budaya Islam yang lain harus digerakkan terus dan bukannya hanya berlegar sesama ahli 'elit' Munsyid saja ataupun yang telah popular serta kaya-raya (dulu) sejak berzaman dulu. Usahakan untuk menjadi platform pengembangan nasyid dan genre-genre lain. 
Namun untuk mengangkat martabat seni budaya Islam ini, tak perlulah kita meniru cara K-pop atau mana-mana model yang tidak berlandaskan syariah. Tidak perlulah ANAM meniru anugerah Grammy Award, kerana martabat dan darjat ini tidak perlu diraih dari manusia tapi dari Allah SWT. 


Terima kasih kepada Dato' Saifuddin dan Datuk Senator Dr. Hj. Zulkifli atas menzahirkan keperihatinan dan kepercayaan atas wadah seni budaya Islam bagi kegunaan dakwah dan hiburan ummah. Saya dan team Tvsufi.com tidak berkesempatan lagi bertemu dengan Dato' Senator yang khabarnya terlalu sibuk bagi membincangkan penganjuran 'World Mawlid Celebration 2020' #WMC2020 bulan Oktober lalu. Acara ini telah berlangsung dengan meriah walaupun tanpa nama-nama besar dalam selebriti penasyid atau saf kepimpinan utama negara kecuali Mestica dan penggiat-penggiat kurang ternama dan tersohor. Namun alhamdulillah, dengan sokongan komuniti pondok, komuniti sufi dan tokoh-tokoh agamawan serta pendidik yang kuat dan bersifat fisabillah, 16 negara telah mengambil bahagian dan insyaaAllah ianya akan dijadikan acara tahunan


Apapun, adalah diharapkan penganjuran ANAM 2020 dan tahun-tahun seterusnya akan mendapat sambutan dan sokongan padu daripada semua pihak sama ada di sektor kerajaan yang lain, korporat, badan bukan kerajaan mahupun orang perseorangan agar ianya mencapai objektif yang diharapkan. Gunalah teguran saya jika sesuai, jika tak sesuai maka abaikanlah. Anggap saja saya sudah 'buang tebiat'! sekurang-kurang untuk memberi ingatan kepada saya sendiri yang juga terlibat dalam industri rakaman dan penerbitan muzik sejak 80an hingga kini. 
- Haji Rozman Abas (Founder IslamicTunes)16 December 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://islamiktunes.blogspot.com/2020/12/mampukah-anam2020-jadikan-nasyid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Norzira Jatuh Bangkit Dan Bersinar Kembali

Norzira Jatuh Bangkit Dan Bersinar Kembali

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 283 hits
Dalam banyak banyak cerita Misz ella paling suka dengar kisah benar tambahan lagi kisah penuh inspirasi yang turut menyuntik semangat di hati pendengarnya Norzira SyariniBaru baru ini Misz ella berpeluang bertemu dengan Norzira Syarini CEO ...
Seniman Lukis Kembali Bangkit Di Tengah Pandemi

Seniman Lukis Kembali Bangkit Di Tengah Pandemi

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 278 hits
Seniman Lukis Kembali Bangkit di Tengah Pandemi Pada awal pandemi Covid 19 para pelukis tersebut mengalami sepi pesanan selama hampir lima bulan Kini secara perlahan mereka kembali menerima banyak pemesanan lukisan tokoh nasional hingga par...
Tumpuan Awani 7 45 I Kembali Beri Peluang Kedua Keadaan Trafik Kembali Sesak

Tumpuan Awani 7 45 I Kembali Beri Peluang Kedua Keadaan Trafik Kembali Sesak

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 317 hits
Ingin berubah dan hidup seperti insan biasa namun bekas banduan tetap dipandang serong Kawasan pelancongan negara kembali menjadi tumpuan Perinciannya dalam AWANI 7 45 dan astroawani com SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c ast...
Aku Monolog Kembali

Aku Monolog Kembali

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum semua Naim harap semua baik baik belaka bersama keluarga tercinta Entri kali Naim agar sendu sedikit kerana Naim hendak monolog Menurut website Dewan Bahasa dan Pusaka Monolog bermaksud percakapan yang agar panjang oleh seor...
Jaimie Alexander Kembali Sebagai Lady Sif Dalam Thor Love And Thunder Loki

Jaimie Alexander Kembali Sebagai Lady Sif Dalam Thor Love And Thunder Loki

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 313 hits
Deadline melaporkan bahawa Jaimie Alexander secara rasmi sertai barisan pelakon Thor Love and Thunder meneruskan kembali watak kegemaran peminat sebagai Lady Sif yang kali terakhir muncul dalam MCU menerusi filem Thor The Dark World Dia men...
Wayar Masuk Dalam Jantung Selamat Jalani Pembedahan Bob Lokman Kembali Ke Kelantan

Wayar Masuk Dalam Jantung Selamat Jalani Pembedahan Bob Lokman Kembali Ke Kelantan

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 331 hits
Penulis lirik dan pelakon popular Bob Lokman 56 selamat tiba di kediamannya di Kubang Kerian Kelantan kira kira jam 6 30 petang hari ini selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu Cardiac Resynchronization Therap...
Hiburan Bob Lokman Selamat Jalani Pembedahan Betulkan Degupan Jantung Kini Sudah Kembali Berehat Di Kelantan

Hiburan Bob Lokman Selamat Jalani Pembedahan Betulkan Degupan Jantung Kini Sudah Kembali Berehat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 447 hits
Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman 56 yang sebelum ini dijadualkan menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu Cardia Resynchronization Therapy Defibrillator di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Isnin lalu dilaporkan te...
Cikna Kembali Uolss

Cikna Kembali Uolss

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum semua Allah lamanya tak menulis sini sejak dah ada fb ngan ig ni blog tak terusik pun lagipun sekarang ni bz sesangat sejak pc kat opis takleh nak buka blogspot takde lah kita update kat sini tapi sekarang kat rumah dah ada ...
Haziq Putera Kembali Tersenyum Chord

Haziq Putera Kembali Tersenyum Chord

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 286 hits
D A D D m Gm FDetik yang harus ku lakukan D A F DTuk terus jaga hati iniGm FDetik di saat ku dirundung D F Hanyut dibuai rasa ini D F D Apa yang telah terjadiD FAkan ku pertahankanF A Gm GKembalilah kembali tersenyum Cm FTerkulai melihat ai...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization