Malim Gunung Bukan Sekadar Penunjuk Arah Pikul Amanah Besar Persatuan


Malim Gunung Bukan Sekadar Penunjuk Arah, Pikul Amanah Besar – Persatuan
IPOH, 19 Okt (Bernama) — Seorang malim gunung bukan sekadar berperanan sebagai penunjuk arah, sebaliknya memikul amanah besar memastikan keselamatan setiap pendaki sepanjang ekspedisi.
Presiden Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM) Muzafar Mohamad berkata malim gunung perlu benar-benar bersedia dari segi kemahiran, fizikal dan mental kerana tugas utama mereka adalah membawa pendaki naik dan turun gunung dengan selamat.
“Tugas seorang malim gunung bukan sekadar membawa peserta dari kaki gunung ke puncak, tetapi memastikan mereka turun semula dengan selamat. Itu yang paling mustahak,” katanya yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai malim gunung ketika ditemui Bernama di sini.
Muzafar berkata sebagai malim gunung, mereka juga perlu cekap mengenal pasti tanda awal peserta yang mengalami masalah fizikal atau mental semasa pendakian bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Katanya malim gunung juga mesti memiliki kemahiran membaca muka bumi, topografi serta asas survival dalam keadaan kecemasan.
“Baik malim gunung atau pendaki, jangan ambil mudah aspek persediaan sebelum memulakan aktiviti mendaki gunung, termasuk latihan fizikal, kelengkapan asas dan pengetahuan kecemasan.
“Kita tidak mahu malim gunung sekadar menjadi penunjuk arah seperti penanda jalan. Mereka sepatutnya mampu berkomunikasi dengan baik, memimpin dengan baik dan mengawal kumpulan dengan berkesan,” tegasnya. Menyentuh insiden di Gunung Liang baru-baru ini, Muzafar mendakwa kejadian itu berpunca daripada kelemahan dan kegagalan malim gunung menjalankan tugas dengan berkesan walaupun nisbah malim dan pendaki dilihat mencukupi iaitu 10 pendaki, dua malim gunung dan seorang sweeper (pengiring akhir).
“Apabila kejadian ini berlaku, kami melihat ia berpunca daripada kecuaian atau kegagalan malim gunung menjalankan tugas secara efektif. Pada pandangan kami, tragedi itu boleh dielakkan,” katanya.
Mengulas mengenai frasa No One Left Behind, Muzafar menjelaskan ia bukan slogan rasmi mana-mana organisasi, sebaliknya budaya kerja yang diamalkan komuniti malim gunung sejak dahulu.
“Jika ikutkan malim gunung, itulah prinsip awal kami. Moto itu digunakan sejak 2003. Dalam kes Gunung Liang, sweeper adalah malim gunung. Jika benar dia meninggalkan pendaki di belakang, itu satu kesilapan besar,” katanya.
Selain itu, Muzafar berkata sweeper memainkan peranan penting memastikan semua pendaki berada di hadapannya, terutama peserta terakhir dalam ekspedisi.
Katanya dalam sesetengah ekspedisi, sweeper bukan daripada kalangan malim gunung tetapi peserta sendiri yang biasanya memiliki pengalaman, kekuatan fizikal dan kelengkapan mencukupi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Malim Gunung Negeri Perak (PMGPrk) Muhammad Hafizi Mokhtar berkata lambakan malim gunung ketika ini menyebabkan kualiti dan tahap kepimpinan dalam kalangan mereka menurun.
“Untuk menjadi malim gunung, mereka perlu benar-benar bersedia, kena tekadkan dalam diri (persiapan) dari segi kecergasan fizikal, latihan dan disiplin harian amat penting,” katanya. Muhammad Hafizi turut menegaskan pemilihan malim gunung pada masa depan perlu lebih ketat dengan penekanan kepada aspek kepimpinan dan kemahiran teknikal, bukan sekadar pengalaman mendaki satu atau dua gunung.
Katanya tragedi di Gunung Liang yang turut dikaitkan dengan isu ketiadaan permit melintasi sempadan Pahang dan Perak nyata memberi imej buruk kepada komuniti malim gunung tempatan.
“Terdapat dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) Cawangan Negeri Pahang memasuki sempadan Perak tanpa permit. Sedangkan Jabatan Perhutanan mempunyai perjanjian kolektif dengan negeri bersempadan,” katanya yang berpengalaman 17 tahun sebagai malim gunung.
Beliau berkata Gunung Liang di Tanjung Malim dikategorikan sebagai gunung “moderate to hard” dan hanya sesuai untuk pendaki berpengalaman serta memiliki persiapan fizikal dan mental mencukupi, terutama bagi laluan Trans Semaliang sejauh kira-kira 35 kilometer.
Muhammad Hafizi turut menasihatkan mereka yang mahu menceburi aktiviti pendakian supaya memastikan benar-benar sihat dan membuat persediaan melalui latihan kecergasan terlebih dahulu.
Dalam insiden Gunung Liang, seorang pendaki ditemui meninggal dunia di puncak gunung berkenaan semalam selepas dilaporkan tidak pulang sebaik tamat aktiviti pendakian.
Mangsa, Mustaqqeem Mansoor, 34, dilaporkan memulakan pendakian bersama 10 rakan dari arah Bentong, Pahang, pada 10 Okt lepas.
BACA: Bintang AF4, Lotter Meninggal Dunia
Sumber: BERNAMA
The post Malim Gunung Bukan Sekadar Penunjuk Arah, Pikul Amanah Besar – Persatuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/19/malim-gunung-bukan-sekadar-penunjuk-arah-pikul-amanah-besar-persatuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Misteri Pendaki Gunung Liang Tg Malim

Kematian Misteri Pendaki Gunung Liang Tg Malim

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 229 hits
Zainuddin Omar Kematian misteri pendaki Gunung Liang Tg MalimNo one left behind adalah mitos Diberitakan 10 pendaki bersama dua malim gunung mendaki Gunung Liang pada 10 Okt 2025 bermula dari Fraser Hill Apabila sampai Gunung Liang pada 14 ...
Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 177 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriIPOH Polis menahan dua Malim Gunung Perhutanan susulan insiden lelaki ditemukan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Muallim Tanjong Malim semalam Timbalan Ketua Polis Perak Dep...
Teliti Sebaiknya Cadangan Lanjut Operasi Icqs Padang Besar Titah Raja Muda Perlis

Teliti Sebaiknya Cadangan Lanjut Operasi Icqs Padang Besar Titah Raja Muda Perlis

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 151 hits
Tuanku Syed Faizuddin bertitah cadangan lanjut operasi dari 10 malam ke 12 tengah malam perlu memberi manfaat kepada semua tanpa abai keselamatan serta undang undang negara Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb P...
Laksana Boikot Besar Besaran Tubuh Sekretariat Khas Ppim Malaysia Gazette 21 10 2025

Laksana Boikot Besar Besaran Tubuh Sekretariat Khas Ppim Malaysia Gazette 21 10 2025

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyeru umat Islam di negara ini untuk melaksanakan boikot besar besaran terhadap produk dan syarikat yang didakwa menekan serta bercanggah dengan nilai dan kepercayaan masyarakat Islam Preside...
Hogoh Jelai Kehadiran Penyokong Yang Jauh Daripada Jangkaan Bukti Mereka Malu Mata Kepada Menteri Besar Pahang

Hogoh Jelai Kehadiran Penyokong Yang Jauh Daripada Jangkaan Bukti Mereka Malu Mata Kepada Menteri Besar Pahang

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 166 hits
KUANTAN Kehadiran sebenar penyokong yang jauh daripada jangkaan sempena Himpunan Hogoh Jelai anjuran Perikatan Nasional menimbulkan persoalan terhadap tahap keyakinan dan mobilisasi pengundi nbsp PAS nbsp di kawasan Dewan Undangan Negeri Je...
Proposed Bravery Award For Malaysian Global Sumud Flotilla Activists By Amanah Veep Ridiculed

Proposed Bravery Award For Malaysian Global Sumud Flotilla Activists By Amanah Veep Ridiculed

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 215 hits
IT IS one thing to recognise bravery but it is quite another to go overboard This seems to be the sentiment that greeted the suggestion by Amanah s vice president Datuk Mahfuz Omar that volunteers involved in the Global Sumud Flotilla human...
Bila Kasih Mengubah Arah

Bila Kasih Mengubah Arah

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 169 hits
Assalamualaikum and morning Mama uploadkan gambar ini sebagai tanda penghargaan untuknya yang memasak ketika mood Mama tidak berada dalam keadaan yang baik tempohari nbsp Sebenarnya dia memang selalu pun masak Cuma selalunya Mama tak sempat...
Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu

Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Jalan Jalan Pagi Jumaat Memerhati Alam

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuk Rusuk Pengkisahan Dari Tirai Besi Part 1

Drama Bf Green Flag

Puding Tembikai Pencuci Mulut Comel Memikat Selera Yang Mengagumkan

Amad Dayyan Mendewasa Chord

Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar

Hiburan Nubhan Seorang Abah Yang Baik Dr Afifah Tawfek