Malaysians Kesusahan Di New Zealand Saifuddin Seronok Di Konsert Ct
Edited : 18/03/19 (7.31 pm)
Mana perginya Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah...
Mangsa kejadian serangan pengganas di Masjid Christchurh dan keluqrga mereka di biarkan terkapai2 dan Saifuddin ada masa untuk berseronok tenguk konsert Siti Nurhaliza!!!
Kepada kerajaan PH dan Menteri Luar Malaysia, sila baca keluhan mangsa yang terlibat dan keluarga mereka yang berada di sana...
Mereka ialah RAKYAT MALAYSIA!!!
Keluarga rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian serangan pengganas di Masjid Christchurch kecewa kerana tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dari wakil kerajaan Malaysia di sana...
Lebih di kesalkan adalah pihak keluarga rakyat Malaysia yang hilang selepas kejadian di New Zealand terpaksa berusaha sendiri untuk mengesan ahli keluarga mereka di sana...
Kerana tiada bantuan kewangan yang di sediakan oleh kerajaan Malaysia, mereka terpaksa menubuhkan tabung 'Christchurch Malaysia Relief Fund' untuk membantu rakyat Malaysia yang tercedera serta keluarga mereka!!!
Dalam sebuah grup WhatsApp rakyat Malaysia di Christchurh, seorang ahli grup WhatsApp tersebut memberitahu bagaimana seorang ibu terpaksa mencari sendiri anaknya yang hilang...
Oleh kerana anaknya masih berada di dalam senarai mangsa yang masih belum di jumpai, yang di keluarkan oleh pihak hospital tempatan, pihak hospital tidak membenarkan ibu tersebut melakukan pengecaman jenazah2 mangsa yang di letakkan di dalam Rumah Mayat hospital...
Sehingga semalam (Ahad), anaknya masih hilang...
Berikut petikan WhatsApp yang di kirimkan :
"Maklumat menyatakan, mereka yang berada do dalam sebarai mangsa yang tidak dapat di kesan, tindakan mencari hanya akan di ambil kemudian dan 2 orang yang di namakan sebelum ini telah balik ke negeri lain di New Zealand dan mereka bukan mangsa kepada kejadian serangan pengganas"...
"Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Antarabangsa), Datuk Nadzirah Osman melawat Christchurch pada 17 Mac 2019, untuk menemui keluarga mangsa sebagai tanda sokongan dan menyampaikan dalam simpati serta doa dari Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah"...
Bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia yang hadir dalam pertemuan itu menyatakan ianya tidak lebih hanya sekadar bertanya khabar dan keperluan yang di perlukan oleh keluarga mangsa...
Keluarga mangsa juga di beritahu bahawa tiada NGO atau badan yang boleh membantu mereka dari sudut kewangan...
Ia hanya satu pertemuan untuk mengetahui sama ada rakyat Malaysia di sana dapat membantu antara satu sama lain!!!
Mereka juga di beritahu bahawa bantuan segera hendaklah mereka usahakan sendiri di kalangan mereka...
"Dengan itu, selepas pertemuan itu, kami di Christchurch mengambil keputusan untuk menubuhkan tabung bantuan mereka sendiri tanpa menunggu bantuan dari kerajaan Malaysia," jelas salah seorang rakyat Malaysia yang menghadiri pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Nadzirah...
Dalam satu page Facebook yang di uruskan oleh Ketua Masyarakat Malaysia di sana, Dr. Ahmad Sufian Ab. Rahman, penubuhan 'Tabung Christchurh Malaysian Relief Fund' sudah di war2kan dan mendapat persetujuan dari pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington...
Tabung ini perlu di lancarkan segera untuk membantu mangsa dan keluarga mereka di sana...
Bantuan segera akan di berikan kepada semua mangsa yang terdiri dari rakyat Malaysia termasuk Rahimi Ahmad, Mohd. Tarmizi Shuin dan Mohd. Nazril Hisham Omar...
Untuk maklumat lanjut mengenai Tabung Crisis Group for Malaysians - Christchurh, boleh di dapati di sini :
Crisis Group for Malaysians - Christchurch, New Zealand.
Dari artikel asal :
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/18/not-much-help-from-malaysian-authorities-in-christchurch/#wtm0pJBVVMzHi38d.41
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2019/03/malaysians-kesusahan-di-new-zealand.html