Malaysia Yang Kita Banggakan


Anis Yusal Yusoff
Rakyat mahukan kepastian bahawa kerajaan yang memerintah dapat meletakkan kepentingan keselamatan dan kesihatan mereka mengatasi segalanya. KALAU ditanya kepada rakyat terbanyak, apakah harapan mereka untuk masa hadapan, sudah tentu ramai yang menjawab bahawa mereka ingin melihat negara ini kembali dikenali sebagai sebuah negara yang ekonominya berkembang pesat. Di mana ramai pelabur yang datang membuka perniagaan dan peluang pekerjaan untuk rakyat negara ini terbuka luas. Pada tahun 2020, Malaysia hanya berjaya menarik USD2.5B sedangkan Vietnam berjaya menarik hampir USD14B dan Singapura berjaya menarik USD17.2B pada tahun yang sama
 Selain kepesatan ekonomi, sudah tentu rakyat juga mahukan keselamatan dan kesihatan yang terjamin. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik COVID-19 yang mengancam nyawa. Rata-rata rakyat mahukan kepastian bahawa kerajaan yang memerintah dapat meletakkan kepentingan keselamatan dan kesihatan mereka mengatasi segalanya
 Selebih daripada itu, rakyat mahu agar anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang terbaik tidak kira sekolah mana pun yang mereka pergi. Pendidikan adalah harta yang paling berguna untuk mana-mana ibubapa tinggalkan kepada anak-anak mereka
 Negara kita pada hari ini telah melalui pelbagai fasa dalam pembangunan negara. Sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia dalam tahun 1963, Malaysia telah diperintah oleh tiga koalisi parti-parti politik. Barisan Nasional memerintah negara daripada 1957 ke 2018, Pakatan Harapan daripada Mei 2018 ke Februari 2020 dan sekarang Perikatan Nasional sejak Mac 2020
 Rakyat sudah tentu akan membuat perbandingan antara ketiga-tiga kerajaan ini untuk mereka menilai, kerajaan yang mana telah membawa perubahan. Sudah tentu sukar untuk dibandingkan antara ketiga-tiganya kerana yang satu memerintah selama lebih 60 tahun, berbanding yang dua lagi. Namun, indikator-indikator kecil yang dekat dihati rakyat sudah tentu akan dijadikan asas untuk membuat penilaian ini. Seperti yang disebut di permulaan, rakyat perlu rasa terjamin bahawa mereka akan terus mendapat pendapatan. Kesihatan dan keselematan mereka akan diberi keutamaan dan anak-anak mereka akan mendapat pendidikan yang terbaik agar dengan pendidikan, anak-anak ini akan mendapat pekerjaan yang baik yang akan menjanjikan masa depan yang terjamin
 Kerajaan yang ada pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memenuhi semua tuntutan ini. Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak Mac 2020 tidak membantu segala usaha yang telah diambil
 Pada waktu ini impak ke atas segala aspek kehidupan termasuk ekonomi dan sosial negara adalah sangat merisaukan. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup, selain ramai rakyat kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan
 Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kadar pengangguran dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja telah meningkat dua kali ganda antara bulan September dan Disember 2020
 Keadaan politik dalam negara juga tidak dilihat stabil. Majoriti masyarakat melihat persengketaan antara parti-parti politik lebih tertumpu kepada usaha satu pihak untuk kekal berkuasa manakala satu pihak lain pula cuba untuk mengambil alih kuasa. Malah ada yang berpendapat, alasan untuk memperkenalkan darurat dalam negara adalah usaha yang dibuat untuk kekal berkuasa. Kebanyakan rakyat tidak merasa kesungguhan pihak Kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat akibat penularan COVID-19. Sebaliknya rakyat merasakan bahawa dasar yang diperkenalkan lebih membebankan rakyat daripada membantu mereka
 Apa pun usaha baik yang dibuat oleh Kerajaan pada hari ini tetap dipandang serong dan mendapat reaksi negatif kerana tahap kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sudah semakin terhakis
 Persoalan demi persoalan yang dikemukakan tetapi tidak mendapat satu jawapan yang boleh meyakinkan. Apakah yang perlu dilakukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati dan dibanggai oleh rakyat Malaysia sendiri
 Adakah kita memerlukan satu badan bebas sebagai pengadil yang dapat memperbetulkan masalah dalam negara secara tidak berpihak? Adakah kita sudah sampai ketahap di mana rakyat perlu mengambil alih tugas menjaga negara ini
 Yang pasti pada waktu ini terdapat beberapa kerisauan dalam kalangan rakyat. Selain apa yang telah disebutkan dipermulaan artikel ini, ramai yang berpandangan bahawa keutamaan perlu diberikan kepada isu perpaduan kaum dalam negara
 YAB Perdana Menteri baru-baru ini telah melancarkan Blueprint Perpaduan Negara. Syabas penulis ucapkan kepada Kerajaan. Sama penting dengan Blueprint ini adalah agar semua pemimpin kerajaan dan pemimpin politik daripada kedua-dua belah pihak harus menjadi contoh ikutan rakyat Malaysia. Mereka harus menunjukkan bagaimana untuk rakyat berbilang kaum hidup bersama
 Sebelum ini banyak kajian yang dibuat merumuskan bahawa punca permasalahan antara kaum ini dimulakan oleh pemimpin politik yang memainkan sentimen kaum dan agama untuk kepentingan politik mereka. Ini harus berubah
 Kita memerlukan satu naratif yang dapat menggambarkan Malaysia yang kita semua dambakan. Usaha ke arah membina sebuah negara bangsa yang diidamkan oleh semua rakyat harus diceritakan dengan jelas. Dalam drama-drama dan filem-filem kita naratif ini harus dipersembahkan
 Bagi membina satu naratif yang dapat difahami dan diterima oleh semua kaum dalam Malaysia, negara memerlukan pemimpin masa depan yang tidak lagi menggunakan isu perkauman untuk memenangi pilihan raya. Malaysia memerlukan pemimpin yang benar-benar dapat mewakili semua kaum dan yang menghargai setiap sumbangan rakyat Malaysia
 Sebenarnya sebahagian penting daripada cita-cita untuk menjadikan Malaysia yang kita banggakan terkandung di dalam mukadimah Rukun Negara kita iaitu, bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;• Memelihara cara hidup demokratik;• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;• Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Marilah sama-sama kita dalami hasrat ini dan bersama menjayakannya
* Datuk Dr Anis Yusal Yusoff adalah Timbalan Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/malaysia-yang-kita-banggakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Negara Dengan Lambakan Sugar Daddy Tertinggi Di Asia Malaysia Nombor Berapa

10 Negara Dengan Lambakan Sugar Daddy Tertinggi Di Asia Malaysia Nombor Berapa

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 448 hits
Menurut SeekingArrangement laman Sugar Dating terbesar dunia Malaysia merupakan negara mempunyai bilangan sugar daddy paling tinggi di Asia Jangan terkejut atas dulu dengan arus kemodenan dan kehidupan yang semakin mencabar ramai memilih ja...
Yearning For Golden Malaysia Of The 60s And 70s

Yearning For Golden Malaysia Of The 60s And 70s

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 248 hits
With the country ravaged by the Covid 19 pandemic the economy sliding into recession and the nation swept about in political uncertainty many Malaysians are worried Many are also very concerned about the direction the nation has been taking...
Facebook 67 Pengguna Di Malaysia Lebih Gemar Pm Tepi Sebelum Membeli

Facebook 67 Pengguna Di Malaysia Lebih Gemar Pm Tepi Sebelum Membeli

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 166 hits
Tahun 2020 telah menyaksikan pelbagai cabaran selain turut banyak merubah landskap kehidupan dunia ketika ini Ini termasuklah pengubahsuaian gaya hidup masyarakat di mana rutin kerja harian yang sibuk dan aktitivi riadah hujung minggu kini ...
Immunitee Ialah Pasport Kesihatan Pertama Malaysia

Immunitee Ialah Pasport Kesihatan Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 179 hits
Wabak COVID 19 yang membelenggu dunia selama setahun telah menyukarkan perjalanan diantara negara kerana samada kita suka ataupun tidak pengangkutan udara ialah salah satu cara yang paling mudah untuk penyakit berjangkit merebak ke orang ra...
Mengejutkan Terdapat 42 500 Sugar Daddy Di Malaysia Dedah Laman Web

Mengejutkan Terdapat 42 500 Sugar Daddy Di Malaysia Dedah Laman Web

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 213 hits
February 12 2021 Malaysia menjadi antara negara mempunyai bilangan sugar daddy paling tinggi di Asia menurut SeekingArrangement laman Sugar Dating terbesar dunia Dilaporkan negara Asia dengan kadar penembusan pendidikan tinggi terbukti lebi...
Covid 19 20 000 Kes Harian Di Malaysia Diramal Mulai Mac Tahun Ini

Covid 19 20 000 Kes Harian Di Malaysia Diramal Mulai Mac Tahun Ini

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 251 hits
SHAH ALAM Kes Covid 19 di Malaysia diramalkan meningkat sehingga 20 000 jangkitan setiap hari bermula 3 Mac tahun ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Amerika Syarikat ...
Muhyiddin Malaysia Can Rise To Overcome Covid 19 Challenges

Muhyiddin Malaysia Can Rise To Overcome Covid 19 Challenges

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 219 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivering a message in conjunction with the Chinese New Year celebration in Kuala Lumpur February 11 2021 Bernama picSubscribe to our channel for the latest updates on news you need to know KUALA LUM...
Ramalan Jangkitan Di Malaysia Melonjak 20 000 Kes Setiap Hari Bermula Mac

Ramalan Jangkitan Di Malaysia Melonjak 20 000 Kes Setiap Hari Bermula Mac

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 378 hits
Sekarang ni kes Covid19 di Malaysia dah mencecah 4 angka gais Ini pun dah buat semua orang risau apatah lagi kalau ianya melonjak ke 5 atau 6 angka Kalau korang nak tahu ramalan kes Covid19 di Malaysia pada bulan Mac ini adalah sehingga 20 ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa