Malaysia Tidak Akan Terbentuk Tanpa Insan Yang Bergelar Guru Maszlee


Setiap kali seseorang datang kepada saya dan memperkenalkan diri,

“Saya cikgu, teacher, ustaz, ustazah di sekolah sekian-sekian,” sentiasa terdetik di hati saya rasa kagum, bangga, malah terharu kerana sering bersipongang di dalam kepala fikiran saya sekian besarnya pengorbanan yang mereka lalui dan bermaknanya sumbangan mereka terhadap negara yang kita cintai ini.
Percayalah, tidak akan terbentuknya Malaysia yang kita cintai pada hari ini, tanpa wujudnya insan bernama guru. Dan perubahan yang kita dambakan bersama, guru-gurulah tonggak kemenjadiannya.

Bukankah ada perumpamaan yang menyebutkan, seorang guru bagaikan sebatang lilin, dia sanggup membakar dirinya sendiri demi memastikan insan di sekelilingya tidak berada di dalam kegelapan.

Perumpamaan ini sebenarnya menyampaikan maksud yang sangat besar; insan yang bernama guru ini hakikatnya telah mengorbankan diri mereka untuk mengeluarkan kita semua daripada kegelapan.

Merekalah yang telah memerdekakan kita daripada jajahan kejahilan, langsung menghulurkan kita laluan menuju cahaya peradaban.
Cubalah sesekali kita bertanya kepada diri kita, siapalah kita hari ini tanpa guru-guru kita?

Saya juga yakin, setiap daripada kita akan mempunyai adiguru kita sendiri. Insan-insan ini secara peribadi berjaya memakaikan kita busana jati diri, membentuk nuansa pemikiran dan sekali gus mendewasakan kita dengan bekalan ilmu dan hikmah yang sarat makna.

Mereka diam di ingatan yang paling dalam, mereka kekal sebagai insan yang paling diingati.

Ya, merekalah seperti mana yang disebutkan pepatah, “Insan yang mencipta keabadian, kerana mereka tidak pernah boleh memberitahu di mana pengajaran mereka berhenti.”
Dan seperti mana yang telah dipotretkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang,

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia atas inisiatif ini.

Anugerah ini merupakan anugerah tahunan yang diadakan sempena sambutan Hari Guru dan tahun ini merupakan tahun ke-3 pelaksanaannya.

Rakyat Malaysia boleh membuat pencalonan guru pilihan yang telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dan memberi kesan positif atau menjadi inspirasi dalam kehidupan mereka.

Kepada semua rakyat Malaysia, inilah masanya untuk kalian memperkenalkan adiguru kalian kepada dunia.

Dan kepada guru-guru di luar sana, ketahuilah bahawa kalianlah pelakar peradaban yang sebenar, kalianlah pembentuk generasi akan datang.

Teruslah mendidik anak bangsa. Teruslah menyebarkan ilmu dan teruslah berbakti buat nusa tercinta.

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/03/malaysia-tidak-akan-terbentuk-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Perlu Ada Kualiti Seronok Bekerja Bukan Kerana Gaji Elaun Maszlee

Guru Perlu Ada Kualiti Seronok Bekerja Bukan Kerana Gaji Elaun Maszlee

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 317 hits
KETERLIBATAN KESATUAN KEGURUAN MENJANA KUALITI PENDIDIKAN Dalam usaha melahirkan insan kamil selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan potensi anak anak perlu dibangunkan secara menyeluruh dan seimbang termasuklah membangunkan po...
Permohonan Pengambilan Guru Pelatih Baharu Di Ipgm Seluruh Malaysia

Permohonan Pengambilan Guru Pelatih Baharu Di Ipgm Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 968 hits
as salam Mohon viralkanPermohonan pengambilan guru pelatih baharu di IPGM seluruh Malaysia www moe gov my dan perlu beli nombor pin online saja permohonan scr online bermula 8 Mac 2019 ambilan 6000 orang hanya perlu keputusan SPM sekurang n...
Selain Hari Guru Kita Perlu Ada Hari Akademia Maszlee

Selain Hari Guru Kita Perlu Ada Hari Akademia Maszlee

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 366 hits
Imej via FB KPMSebagai tanda menghargai sumbangan dan pengorbanan para pensyarah negara ini YB Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia hari ini mencadangkan supaya diadakan Hari Akademia Malaysia Kita ada Hari Guru sebagai tanda memper...
Prof Terima Amalan Ini Dari Seorang Guru Di Malaysia Beberapa Tahun Yang Lalu

Prof Terima Amalan Ini Dari Seorang Guru Di Malaysia Beberapa Tahun Yang Lalu

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 437 hits
Prof terima amalan ini dari seorang guru di malaysia beberapa tahun yang lalu Prof terima amalan ini dari seorang guru di malaysia beberapa tahun yang lalu dan Prof terima jugak dari guru di Thailand beberapa bulan yang lepas Apabila anda i...
Salam Takziah Buat Seluruh Warga Utusan Malaysia

Salam Takziah Buat Seluruh Warga Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 746 hits
Saya baru membaca berita mengenai pemergian kartunis yang cukup popular di ruangan dada akhbar Utusan Malaysia Hello Bos Saya merupakan salah seorang penggemar karya arwah Dee yang mana kartunnya begitu dekat dengan rakyat Malaysia Unsur is...
Rundingan Air Singapura Malaysia Dibayangi Isu Ruang Udara Maritim

Rundingan Air Singapura Malaysia Dibayangi Isu Ruang Udara Maritim

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 242 hits
Rundingan air Singapura Malaysia dibayangi isu ruang udara maritim Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 20 F
Hebahan Media Larian Ulat Buku U Pustaka 2019 Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia

Hebahan Media Larian Ulat Buku U Pustaka 2019 Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 457 hits
Assalamualaikum wbt Pada sesiapa yang berminat nak join bolehlah buat pendaftaran sekarang shikinrazalidotcom bloggerterengganu bloggersepang
Bursa Malaysia Catat Aliran Keluar Asing Mingguan Terbesar

Bursa Malaysia Catat Aliran Keluar Asing Mingguan Terbesar

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 243 hits
Pasaran saham di Bursa Malaysia mencatat aliran keluar asing mingguan terbesar dalam tempoh lapan minggu dengan penjualan bersih RM369 2 juta ekuiti tempatan oleh dana asing Menurut MIDF Research berasaskan prestasi harian jajaran belian be...
Pergi Legoland Malaysia Buat Kali Ketiga

Pergi Legoland Malaysia Buat Kali Ketiga

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 439 hits
29 Disember lalu mama sekeluarga telah Pergi Legoland Malaysia Buat Kali ketiga Ini Kali ketiga kami Pergi Legoland Malaysia Kali terakhir adalah pada 2017 membawa arwah Tok Mat sekali Kali ni tema Masa kami ke sana adalah Winter Wonderland...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai