Malaysia Terajui Integrasi Grid Tenaga Serantau Vietnam Singapura Pm Anwa


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertukar memorandum persefahaman bersama Abang Johari di Bangunan Perdana Putra pada 21 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 22 Mei – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan yang berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam fasa pertama, apa yang dianggap lebih berdaya maju dari segi ekonomi ialah untuk menghubungkan Vietnam ke Malaysia utara dan selatan, dan kemudiannya disambungkan ke Singapura melalui Grid Nasional kita,” katanya sambil menyatakan bahawa PETRONAS mungkin diberi peranan utama dalam melaksanakan segmen projek itu.
Bagi fasa akan datang, Anwar berkata grid serantau itu akan diperluaskan merangkumi Kemboja, Thailand dan Sarawak — dengan memanfaatkan kekuatan negeri di Malaysia Timur itu dalam sumber tenaga alternatif seperti gas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wakil-wakil media yang hadir pada Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana pada 21 Mei 2025. Foto Bernama“Ini membuka kemungkinan untuk membekalkan tenaga ke Kalimantan, yang mana terletaknya ibu negara baharu Indonesia dan juga ke selatan Filipina,” katanya.
Anwar berkata demikian semasa sesi taklimat antaranya berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 bersama ketua-ketua pengarang media tempatan dan antarabangsa di Kompleks Seri Perdana, di sini.
Acara itu dihadiri oleh sejumlah 83 wakil media, merangkumi 42 daripada media tempatan, 18 media antarabangsa, dan 23 lagi yang membuat liputan atas tugasan khas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wakil-wakil media yang hadir pada Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana pada 21 Mei 2025. Foto BernamaAnwar menjelaskan bahawa rancangan itu menekankan kepimpinan Malaysia dalam memacu kerjasama dan integrasi tenaga ASEAN, sejajar dengan matlamat Kepengerusian ASEAN 2025 yang merangkumi daya tahan ekonomi, ketersambungan serantau dan pembangunan mampan.
Pemangkin utama bagi visi tenaga yang diperluaskan ini, kata Perdana Menteri adalah penyelesaian isu bidang kuasa yang telah lama wujud antara syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan syarikat tenaga negeri Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (PETROS).






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/malaysia-terajui-integrasi-grid-tenaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Indonesia Terajui Majlis Halal Asean

Malaysia Indonesia Terajui Majlis Halal Asean

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 134 hits
Badan itu menjadi platform strategik memastikan Asean peneraju ekosistem halal global Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi bertemu Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Indonesia Haikal Hassan Baras sempena Sidang Kemuncak Asean k...
Aset Murah Tapi Berkualiti Tinggi Graduan Perubatan Malaysia Jadi Pilihan Utama Di Singapura

Aset Murah Tapi Berkualiti Tinggi Graduan Perubatan Malaysia Jadi Pilihan Utama Di Singapura

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 103 hits
Graduan perubatan Malaysia kini dilihat semakin menjadi pilihan utama di hospital hospital di Singapura dengan banyak pihak menganggap mereka sebagai 8216 aset murah tetapi berkualiti tinggi 8217 Melalui laporan FMT seorang doktor yang berk...
Malaysia China Perkukuh Kerjasama Strategik Serantau Sempena Sidang Kemuncak Asean 2045

Malaysia China Perkukuh Kerjasama Strategik Serantau Sempena Sidang Kemuncak Asean 2045

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 129 hits
KUALA LUMPUR 26 Mei 2025 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri China Li Qiang di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN 2045 yang sedang berlangsung di ibu negara Dalam pertemuan te...
Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 200 hits
As digital transformation accelerates across industries Malaysian companies are seeking smarter faster and more cost effective ways to manage operations has become a leading solution for businesses in Malaysia looking to automate processes ...
Awak Datang Ke Negara Syurga Makanan Tau Netizen Kesal Mat Saleh Datang Malaysia Tapi Cuma Makan Fast Food

Awak Datang Ke Negara Syurga Makanan Tau Netizen Kesal Mat Saleh Datang Malaysia Tapi Cuma Makan Fast Food

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 123 hits
Baru baru ini melalui platform Threads seorang pelancong mat saleh berkongsikan pendapatnya mengenai satu rangkain fast food popular di Malaysia mempunyai rasa yang sangat teruk Mat saleh kesal makan fast food di Malaysia Individu itu beras...
Oppo Pad Se Kini Di Malaysia Tablet Rm599 Dengan Skrin Anti Silau Dan Mod Kanak Kanak

Oppo Pad Se Kini Di Malaysia Tablet Rm599 Dengan Skrin Anti Silau Dan Mod Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 103 hits
OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO Pad SE sebuah tablet serba boleh yang direka khusus untuk memenuhi keperluan hiburan keluarga di rumah dan juga produktiviti kreatif semasa bergerak Tablet ini tampil dengan bateri besar 9 340mAh yang ma...
Say Hello To Do Drama Malaysia S First Vertical Short Drama App

Say Hello To Do Drama Malaysia S First Vertical Short Drama App

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 234 hits
Say Hello to Do Drama Malaysia s First Vertical Short Drama App Malaysians now have an exciting new way to binge dramas fast fun and made for our busy lives Introducing Do Drama Malaysia s very own short drama app that officially launches t...
Kadar Kelahiran Di Malaysia Jatuh Paling Teruk Dalam Sejarah Ramai Tak Mahu Tambah Anak

Kadar Kelahiran Di Malaysia Jatuh Paling Teruk Dalam Sejarah Ramai Tak Mahu Tambah Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 173 hits
Membimbangkan Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan bahawa kadar kelahiran di Malaysia mencatat penurunan sebanyak 11 5 kepada 93 500 berbanding 105 613 kelahiran pada suku pertama tahun 2024 Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri ...
Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 187 hits
VETERAN journalist and blogger Datuk A Kadir Jasin felt compelled to comment on PKR s vice president Nurul Izzah Anwar contesting the party s deputy president post at the PKR polls on May 23 even as twice former premier Tun Dr Mahathir Moha...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jack Filem Tamil Spy Action Comedy Korang Layan Je

Tema Maal Hijrah 2025 1447h Membangun Ummah Madani

Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines