Malaysia Singapura Dijangka Umum Keputusan Rundingan Pembukaan Sempadan Awal Ogos Hishammuddin


KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Kerajaan Malaysia dan Singapura dijangka mengumumkan keputusan pembukaan sempadan kedua-dua negara untuk dua kategori –  Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA)  – pada awal bulan depan.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata RGL melibatkan perjalanan rentas sempadan bagi urusan perniagaan penting serta urusan rasmi melibatkan kedua-dua negara sementara PCA bertujuan membolehkan rakyat Malaysia dan Singapura yang merupakan pemegang pas imigresen jangka panjang (untuk tujuan perniagaan dan bekerja) pulang secara berkala ke negara masing-masing bagi tujuan cuti pendek.
“Menerusi perbincangan ini, Malaysia konsisten menekankan kepentingan untuk kedua-dua negara mencapai kesepakatan khususnya dari sudut Standard Operating Procedure (SOP) dan protokol kesihatan awam COVID-19.
“Ia penting bagi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat kedua-dua negara yang terlibat dalam pergerakan rentas sempadan ini,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, hari ini.
Selain dua kategori itu, kedua-dua negara turut mengadakan rundingan untuk pergerakan rentas sempadan kategori rakyat Malaysia dan Singapura yang berulang alik setiap hari atas urusan kerja selain pembukaan sempadan sepenuhnya.
Sementara itu, Wisma Putra berkata selain Singapura, rundingan kerajaan dengan negara lain yang dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19 bagi melaksanakan pergerakan rentas sempadan ialah dengan Brunei, New Zealand, Jepun, Australia dan Korea Selatan, yang masih berlangsung.
Rundingan itu dilaksanakan khususnya dengan enam negara zon hijau Covid-19 yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini, kata kenyataan itu.
Rundingan dengan negara zon hijau Covid-19 yang lain juga ialah mengenai pembukaan sempadan bersyarat kepada beberapa kategori pengecualian iaitu atas urusan perniagaan penting, pelajar antarabangsa yang mahu meneruskan pengajian, serta kemasukan bekalan makanan dari dan ke negara-negara jiran di Asia Tenggara.
Hishammuddin berkata segala keputusan mengenai perkara itu hanya akan dimuktamadkan setelah mendapat persetujuan di Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP dan Mesyuarat Jemaah Menteri.
“Sesungguhnya, pelaksanaan pembukaan sempadan ini bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan penelitian dan persediaan rapi serta kesefahaman antara Malaysia dengan negara-negara terlibat.
“Justeru, perbincangan ini mengambil masa sebelum ia boleh dimuktamadkan. Dalam hal ini, apabila pergerakan rentas sempadan ini dibolehkan, Wisma Putra akan berusaha sebaiknya demi memastikan ia memanfaatkan kedua-dua negara dan pada masa sama tidak menjejaskan usaha kita memerangi wabak COVID-19,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Wisma Putra menyambut baik cadangan dikemukakan menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP, supaya Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diperluaskan bagi membantu usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara.
Katanya, menerusi dana itu, lebih banyak usaha dapat dilakukan dan Wisma Putra akan terus berusaha termasuk berunding dengan kerajaan negara-negara terlibat demi memastikan urusan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas dapat dipermudahkan.
— BERNAMA
The post Malaysia, Singapura Dijangka Umum Keputusan Rundingan Pembukaan Sempadan Awal Ogos-Hishammuddin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/06/malaysia-singapura-dijangka-umum-keputusan-rundingan-pembukaan-sempadan-awal-ogos-hishammuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbincangan Pembukaan Semula Sempadan Dengan Singapura Positif Hishammuddin

Perbincangan Pembukaan Semula Sempadan Dengan Singapura Positif Hishammuddin

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 442 hits
PUTRAJAYA Perbincangan antara Malaysia dengan Singapura mengenai pembukaan semula sempadan kedua negara adalah positif kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein Saya agak positif tetapi sudah tentu akan ada pihak yang melihatnya sec...
Singapura Wajar Longgar Kawalan Sempadan Bagi Rakyat Malaysia Kata Menteri

Singapura Wajar Longgar Kawalan Sempadan Bagi Rakyat Malaysia Kata Menteri

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 335 hits
MALAYSIA sedang menunggu Singapura melonggarkan kawalan sempadan bagi rakyat Malaysia sebagai balasan kepada Putrajaya kerana membenarkan warga republik itu masuk ke Johor kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Ia masih belum melonggarkan s...
Hanya Empat Golongan Dibenarkan Rentas Sempadan Malaysia Singapura

Hanya Empat Golongan Dibenarkan Rentas Sempadan Malaysia Singapura

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 430 hits
HANYA empat golongan sahaja akan dicadang untuk dibenar melakukan perjalanan rentas sempadan Malaysia Singapura Golongan itu seperti ahli perniagaan dan rakyat Malaysia yang berulang alik secara harian ke Singapura Hishammuddin HusseinMente...
Bursa Malaysia Dijangka Ikuti Prestasi Bursa Serantau

Bursa Malaysia Dijangka Ikuti Prestasi Bursa Serantau

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR 4 JULAI Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan sejajar dengan bursa serantau minggu depan memandangkan pasaran mungkin meneruskan kenaikan kukuh didorong laporan positif mengenai perkembangan vaksin Covid 19 yang...
Malaysia Minta Singapura Pertimbang Benar Pekerj Malaysia Ulang Alik Muhyiddin

Malaysia Minta Singapura Pertimbang Benar Pekerj Malaysia Ulang Alik Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 459 hits
KUALA LUMPUR 26 Jun Malaysia meminta Singapura memberikan pertimbangan sewajarnya untuk memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berulang alik ke tempat kerja setiap hari Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Tan...
Gelembung Perjalanan Hishammuddin Akan Hubungi Singapura

Gelembung Perjalanan Hishammuddin Akan Hubungi Singapura

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 381 hits
PEKAN 28 Jun Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menghubungi rakan sejawatannya dari Singapura bagi perbincangan lanjut mengenai cadangan pembukaan pintu sempadan kedua dua negara menggunakan konsep gelembung perjalanan Be...
6074 Penerbit Filem Yusof Haslam Ketua Ppim Dilantik Ke Panel Rundingan Sprm Free Malaysia Today 30 06 2020

6074 Penerbit Filem Yusof Haslam Ketua Ppim Dilantik Ke Panel Rundingan Sprm Free Malaysia Today 30 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 451 hits
PETALING JAYA Tujuh individu dilantik sebagai penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala 12 lagi menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah serta 5 yang lain menyertai Panel Penilaian Operasi agensi anti rasuah itu ...
Jerebu Rentas Sempadan Dijangka Tak Berlaku Masa Terdekat

Jerebu Rentas Sempadan Dijangka Tak Berlaku Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR 12 Zulkaedah 1441H Sabtu Jerebu rentas sempadan dari arah timur dan tengah Kalimantan Indonesia dijangka tidak melanda negara dalam masa terdekat menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia Pemantauan berdasarkan Asea
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More