Malaysia Order 18 Buah Typhoon
REPLIKA - Eurofighter Typhoon - kosmoSebuah replika bersaiz sebenar pesawat tempur Eurofighter Typhoon dikerumuni orang ramai yang ingin melihat dan merasai pengalaman berada di dalam kokpit pesawat tersebut
Pertunjukan replika tersebut adalah bersempena Pameran Pertahanan perkhidmatan Asia ke-13 yang diadakan dua tahun sekali di PWTC, Kuala Lumpur
Syarikat Bae Systems adalah syarikat yang bertanggungjawab membina pesawat itu kerana agak mustahil membawa Typhoon yang sebenar kerana ianya sangat mahal dan tiada ruang landasan yang luas untuk mendarat
Jika dilihat dari segi luaran, kebanyakan orang berpendapat ia sama seperti pesawat pejuang lain, tetapi jika dibandingkan secara terperinci banyak perbezaannya
Saiz sebenar Typhoon adalah berukuran 16 meter panjang, lima meter tinggi dan sayap sepanjang 11 meter serta memiliki sistem enjin yang tahan lasak dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektronik
Sebuah pesawat pejuang harus mudah melakukan banyak pergerakan berbanding pesawat komersial yang terbang pada pergerakan sehala terutama ketika berada dalam pertempuran berkelajuan tinggi
SUT - G
Sut-g yang direka khas untuk pemandu Typhoon akan memberi mampatan kepada dada juruterbang sebagai tindak balas terhadap daya graviti kuat yang terhasil ketika pesawat menukar laluan
Ketika mampatan, udara secukupnya dipaksa masuk ke dalam paru-paru pada tekanan yang tepat supaya juruterbang dapat bernafas secara normal.
Rekaan sut-g yang tepat amat penting kerana tekanan sebanyak sembilan kali graviti boleh menyebabkan juruterbang pengsan. Jika sut-g biasa digunakan pun, juruterbang sukar untuk berada dalam keadaan sedar sepanjang penerbangan
Bagi juruterbang yang tidak memakai apa-apa perlindungan ketika berada di dalam pesawat yang boleh mencapai kelajuan super sonik itu, darah boleh terus mendidih
Sut-g Typhoon juga mempunyai sistem kawalan suhu cecair bagi memastikan suhu badan juruterbang berada dalam keadaan optimum untuk memberi konsentrasi maksimum
Kesemua ciri-ciri tersebut membolehkan Typhoon diterbangkan pada semua keadaan sama ada pada altitud rendah atau tinggi mahupun ketika cuaca panas membahang di padang pasir
TEKNOLOGI
Typhoon memiliki sistem Quadro Plex yang dapat mengoptimum pengendalian pesawat selain memudahkan ia diterbangkan. Ia turut dilengkapi dengan sistem Avionic
Sistem Avionic ialah sistem elektronik yang terdapat dalam sesebuah pesawat. Ia meliputi teknologi radar, infra merah dan pertahanan
Eurofighter Typhoon adalah sebuah rekaan yang menggabungkan bahan ringan dan kekuatan selain reka bentuk yang tepat serta jitu. Ia boleh terbang pada ketinggian 6.4 kilometer lebih tinggi berbanding pesawat penumpang.
Memiliki berat sebanyak 15,880 kilogram, dua buah enjin Eurojet Typhoon boleh menghasilkan daya tujah lebih kurang 18,140 kilogram.
Juruterbang boleh menghentikan pesawat tersebut yang berada dalam kelajuan 1.4 mach dalam tempoh masa 2.5 minit sahaja di antara jarak 10 kilometer
Nombor mach adalah kadar perbandingan antara kelajuan pesawat pejuang dan tahap kelajuan bunyi. Secara ringkas, Typhoon dapat meluncur pada altitud tinggi dengan kelajuan dua kali ganda halaju bunyi.
Jangka hayat pesawat buatan Eropah itu membolehkan ia beroperasi dengan baik untuk tempoh antara 30 hingga 40 tahun
RINGKASAN
Mula dibangunkan pada pertengahan dekad 90-an, sebanyak 300 buah Typhoon telah berada di angkasa dan dimiliki oleh enam buah negara iaitu Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Austria dan Arab Saudi
Lebih kurang 400 buah Typhoon lagi kini dalam proses pembuatan di Eropah, manakala Malaysia telah memesan 18 buah Typhoon untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://worldkelana.blogspot.com/2012/05/malaysia-order-18-buah-typhoon.html