Malaysia Masih Gagal Tarik Pelabur


Gagal tarik pelabur
Ringgit jatuh dan bon terus mencatat kerugian berikutan kebimbangan aliran keluar modal yang berterusan walaupun kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula projek pembangunan hartanah dan hab pengangkutan minggu lalu, menurut laporan Bloomberg.
Projek yang dimaksudkan adalah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia. ECRL disambung semula dengan kos pembinaan dikurangkan kepada RM44 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asal RM65.5 ­bilion.
Pelaksanaan semula projek Bandar Malaysia yang dihentikan sebelum ini dijangka menjana nilai pembangunan kasar (GDV) RM140 bilion.
Bagaimanapun, pengumuman itu gagal merangsang para pelabur.
Jelas Bloomberg, ancaman terhadap bon Malaysia semakin meningkat dengan aliran keluar berpotensi sebanyak AS$8 bilion (RM33.06 bilion) ditambah sentimen kejatuhan ringgit, walaupun berkemungkinan berdepan potongan kadar faedah.
Tidak cukup dengan itu, FTSE Russell mencetuskan kebimbangan apabila mahu mengeluarkan Malaysia daripada indeks bon dunia susulan kecairan pasaran sekali gus menyebabkan kebimbangan aliran keluar modal semakin tinggi.
“Langkah itu tidak sepatutnya berlaku selepas negara berdepan ancaman sekatan eksport minyak kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah,” katanya dalam laporan tersebut.
Spekulasi
Sekali pun data inflasi pada Rabu dapat menyokong ­penurunan kadar faedah, terdapat kebimbangan terhadap indeks harga pengguna (IHP) akan melonjak pada separuh kedua.
Menurut Pengurus Wang Kanan di Pinebridge Investments, Anders Faergemann kepada Bloomberg, pasaran bon akan berada dalam ke­adaan turun naik jika spekulasi Malaysia keluar dari Indeks Bon Kerajaan Dunia terus meningkat.
Para pelabur kini bersedia untuk keluar sekiranya FTSE Russell mengeluarkan Malaysia daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia pada September.
Pegangan asing terhadap hutang Malaysia sudah di paras terendah untuk tempoh dua tahun. Pengeluaran besar-besaran juga boleh memberi kesan kepada ekuiti negara.
Ringgit susut 1.2 peratus setakat ini pada April, yang paling tinggi dalam kalangan mata wang Asia lain dan dana global terus mengurangkan pegangan ekuiti negara hampir AS$3 bilion (RM12.40 ­bilion) tahun lalu.
Petang ini ringgit susut 0.02 peratus daripada RM4.1320 pada dagangan pagi kepada RM4.1340 berbanding dolar AS. Bursa Malaysia pula ditutup rendah 0.01 mata kepada 1,622.06 mata berbanding 1,625.18 mata dalam pembukaan.
Pasaran terkejut
Bagaimanapun, firma penyelidikan, AmInvestment Bank Research mengekalkan sasaran hujung tahun FBM KLCI pada 1,820 mata dan melihat pengumuman projek Bandar Malaysia adalah positif.
AmInvestment Bank dalam nota kajiannya berkata, pemulihan projek Bandar Malaysia merupakan sesuatu yang positif dan menyumbang kepada hubungan Malaysia-China yang lebih baik.
Katanya, pihaknya percaya pasaran masih lagi terkejut dengan keputusan kerajaan yang sebelum ini memandang serius penglibatan syarikat-syarikat China terhadap projek mega di Malaysia.
Bagi Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) pula, sektor pembinaan negara bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan semula projek Bandar Malaysia yang dianggarkan menjana nilai pembangunan kasar (GDV) RM140 bilion.
“Sebanyak 50 peratus daripada kos keseluruhan berpotensi mewujudkan nilai kerja. Selain itu, ia juga akan me­rangsang aktiviti pembinaan menerusi penekanan kan­dungan tempatan,” katanya.
Saham syarikat 
pembinaan naik
Saham syarikat pembinaan melonjak naik diterajui oleh Ekovest Berhad (Ekovest) selepas kerajaan mengumumkan membangunkan semula Bandar Malaysia.
Ia menyaksikan saham Ekovest naik hampir 45 peratus atau 30 sen kepada 97 sen sesaham sementara Iskandar Waterfront City Berhad dan Econpile Holdings Berhad, masing-masing meningkat 29.4 peratus kepada RM1.32 sesaham dan 24.79 peratus kepada 73 sen sesaham.
Saham-saham lain seperti Gamuda Berhad menokok 8.77 peratus kepada RM3.35 sesaham, IJM Corporation Berhad naik 4.09 peratus kepada RM2.29 sesaham manakala YTL Corporation Berhad naik 4.35 peratus kepada RM1.20.
Menurut laporan Alliance DBS Research, kenaikan positif saham-saham syarikat berkenaan merupakan kejutan untuk sektor pembinaan.
“Kami kini lebih positif terhadap sektor ini. Baru-baru ini, sebanyak dua projek telah diumumkan akan dilaksanakan semula iaitu ECRL dan Bandar Malaysia yang berpotensi menambah RM88 bilion tempahan,” katanya di sini hari ini.
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/23/malaysia-masih-gagal-tarik-pelabur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi K Jaan Ph Gagal Tarik Pelabur

Informasi K Jaan Ph Gagal Tarik Pelabur

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR 22 April Ringgit jatuh dan bon terus mencatat kerugian berikutan kebimbangan aliran keluar modal yang berterusan walaupun kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula projek pembangunan hartanah dan hab pengangkutan minggu lalu menu...
Kenapa Kesatuan Pekerja Kereta Api Malaysia Masih Kalut Nak Bantah Rac

Kenapa Kesatuan Pekerja Kereta Api Malaysia Masih Kalut Nak Bantah Rac

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 422 hits
Kami di KLChronicle sudah dua kali menulis tentang Railwaymen Union Malaysia terutamanya tentang sikap kepimpinan RUM yang dilihat membawa sentimen anti kerajaan Pakatan Harapan Ini boleh dibuktikan dengan tiga kenyataan baru yang dikeluark...
4896 Anak Syarikat Fgv Didakwa Gagal Langsai Hutang Rm4juta Malaysia Kini 17 4 19

4896 Anak Syarikat Fgv Didakwa Gagal Langsai Hutang Rm4juta Malaysia Kini 17 4 19

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 459 hits
Sebuah perusahaan pembinaan Syarikat Abu Johan Abu Backer mendakwa anak syarikat Felda Global Ventures gagal melangsaikan baki bayaran RM4 juta yang tertangguh sejak sembilan bulan lalu selepas kontrak firmanya ditamatkan Menurut pengarah s...
Kebakaran Di Songkhla 3 Rakyat Malaysia Masih Dirawat

Kebakaran Di Songkhla 3 Rakyat Malaysia Masih Dirawat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 345 hits
Kebakaran di Songkhla 3 rakyat Malaysia masih dirawat Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Apr 2019 12 30AM
Dengan Modal Rm1 Juta 1mdb Mampu Jana Rm140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia Masih Berdosakah Lagi Ds Najib

Dengan Modal Rm1 Juta 1mdb Mampu Jana Rm140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia Masih Berdosakah Lagi Ds Najib

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 620 hits
Dengan Bangga PM ke 7 kata Projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion Sekarang PH bolehlah jilat ludah sendiri bila sendiri terkejut dengan kehebatan projek hasil dari 1MDB Sesungguhnya yang teraniya ialah DS Najib Kerana ini adalah ...
Pemilu Masih Berhawa Panas Saran Dokter Jauhi Medsos Jika Anda Punya Masalah Emosional

Pemilu Masih Berhawa Panas Saran Dokter Jauhi Medsos Jika Anda Punya Masalah Emosional

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 326 hits
Senyumperawat com Pemilu 2019 masih menyisakan banyak hawa panas Mulai dari saling klaim kemenangan hingga banyaknya laporan kecurangan Belum cukup sampai di situ Berita korban meninggal dari pihak petugas KPPS pun terus bertambah Bahkan be...
Nama Menpora Imam Nahrawi Muncul Di Sidang Kasus Hibah Koni Kpk Masih Cari Bukti

Nama Menpora Imam Nahrawi Muncul Di Sidang Kasus Hibah Koni Kpk Masih Cari Bukti

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 240 hits
Imam Nahrawi disebut mendapat jatah Rp 1 5 miliar Hal tersebut tertuang dalam berita acara pemeriksaan Sekretaris Bidang Perencanaan dan Anggaran KONI Suradi yang dibacakan jaksa KPK
Masih Ada Campaign Lagi Ke

Masih Ada Campaign Lagi Ke

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 362 hits
CPUV Ke 2 dari Nuffnang untuk Tahun 2019 Bosan tak tahu nak update apa Tetiba terfikir akan akaun Nuffnang Fiza Kot ada idea menarik untuk dikongsi Kan Ingatkan dah takde buffered earning lagi dari Nuffnang Rupanya starting semalam lagi Fiz...
Keuntungan Sistem Bagi Hasil Dan Alasan Mengapa Masih Eksis Hingga Saat Ini

Keuntungan Sistem Bagi Hasil Dan Alasan Mengapa Masih Eksis Hingga Saat Ini

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 270 hits
Saat Anda ingin berbisnis atau melakukan investasi Anda tentu akan menjalani suatu sistem yang telah ditentukan Ada beragam sistem investasi yang tersedia saat ini mulai dari sistem investasi dengan imbal hasil yang fluktuatif sampai sistem...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024