Malaysia Lemah Cipta Peluang Gol Jurulatih Myanmar



PEMAIN Malaysia, Farizal Marlias, bersalaman bersama pemain Myanmar, Ye Yint Aung (dua dari kiri), ketika sidang media menjelang perlawanan Piala AFF diantara Malaysia menentang Myanmar di Stadium National Bukit Jalil. Turut hadir, Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe, Jurulatih Myanmar, Antoine Hey. - NSTP/Mohamad Shahril Badri SaaliMalaysia lemah cipta peluang gol - Jurulatih Myanmar


KUALA LUMPUR: Jurulatih Myanmar, Antoine Hey percaya polisi penggiliran pemain yang digunakan dalam perlawanan Piala AFF sebelum ini akan membuahkan hasil apabila berdepan Malaysia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.



Ketika ini, Myanmar berkongsi tujuh mata dengan Vietnam, namun menduduki tangga teratas Kumpulan A, dengan perbezaan jaringan dan hanya memiliki kelebihan satu mata berbanding Malaysia di tempat ketiga.




Skuad kendalian Hey hanya perlu seri untuk mara ke separuh akhir, dengan Vietnam hampir pasti melengkapkan senarai empat pasukan terakhir apabila dijangka tidak berdepan masalah menewaskan Kemboja di laman sendiri, esok.




Jurulatih berusia 48 tahun itu yang dilantik pada Mei lalu berkata: "Kami memiliki skuad terbaik kerana tidak ada pemain yang digantung perlawanan atau cedera.



"Motivasi kami amat tinggi dan yakin untuk mendapatkan tiga mata.



"Pemain saya tidak sabar untuk berdepan Malaysia dan penyokong mereka di sini. Ini adalah perlawanan keempat kami dalam tempoh 12 hari, tetapi ia bukannya satu masalah kerana saya menggilirkan pemain dalam kejohanan ini.



"Saya merehatkan dua pemain utama ketika seri 0-0 dengan Vietnam. Saya tidak menurunkan lima pemain utama ketika menang ke atas Laos (3-1) dan Kemboja (4-1), jadi saya mahu pemain yang betul-betul cergas bagi perlawanan ini.



"Kami akan mengikut perancangan yang diatur dan melakukan yang terbaik. Saya juga mempunyai pemain yang bagus di bangku simpanan sebagai pilihan jika saya membuat keputusan menukar taktik ketika perlawanan,”



Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mengalahkan Myanmar sejak menang 2-0 dalam aksi persahabatan tujuh tahun lalu di Kota Bharu, Kelantan.



Sejak itu, Myanmar menewaskan Malaysia dua kali dengan keputusan 1-0 dan seri tanpa jaringan sebanyak dua kali.



Jurulatih kelahiran Jerman itu berkata, beliau sudah menganalisa perlawanan Malaysia sebelum ini dan pemainnya bersedia untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan pasukan tuan rumah.



"Malaysia bagus dalam mengekalkan penguasaan bola dalam tempoh lama. Bagaimanapun mereka tidak tahu bagaimana mahu mencipta peluang menjaringkan gol.



"Mereka bergelut menentang Kemboja dan Laos dan mereka dihukum oleh Vietnam meskipun menguasai permainan," tambah Hey.


- bharian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/malaysia-lemah-cipta-peluang-gol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Tepati Ramalan Ke Separuh Akhir Tewaskan Myanmar 3 0

Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Tepati Ramalan Ke Separuh Akhir Tewaskan Myanmar 3 0

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 430 hits
24 November 2018 11 14 PM KUALA LUMPUR Skuad Harimau Malaya melangkah penuh bergaya ke separuh akhir Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 selepas menewaskan Myanmar 3 0 pada perlawanan terak
Aksi Malaysia Myanmar Pecah Rekod Kehadiran Penonton

Aksi Malaysia Myanmar Pecah Rekod Kehadiran Penonton

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 352 hits
KEHADIRAN penyokong Ultras Malaya mampu suntik semangat Harimau Malaya Foto RASUL AZLI SAMADAksi Malaysia Myanmar pecah rekod kehadiran penontonKUALA LUMPUR Aksi terakhir Kumpulan A antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jali...
Tiket Malaysia Myanmar Macam Pisang Goreng Panas

Tiket Malaysia Myanmar Macam Pisang Goreng Panas

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 436 hits
ANTARA penyokong yang hadir menyasikan perlawanan Piala AFF Kumpulan A antara Malaysia dan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil Isnin lalu NSTP Mohd Khairul Helmy Mohd DinTiket Malaysia Myanmar macam pisang goreng panasKUALA LUMPUR Ibarat p...
Fam Tambah Kuota Tiket Online Aksi Malaysia Myanmar

Fam Tambah Kuota Tiket Online Aksi Malaysia Myanmar

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 307 hits
PERSATUAN Bolasepak Malaysia menambah kuota tiket bagi penjualan di www tickethotline com my dan juga di cawangan Al Ikhsan Sports terpilih menjelang perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Suzuki AFF Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasi...
Myanmar Tangkap 93 Warga Rohingya Di Kapal Yang Akan Pergi Ke Malaysia

Myanmar Tangkap 93 Warga Rohingya Di Kapal Yang Akan Pergi Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 326 hits
Foto foto di media sosial menunjukkan polisi berdiri di dekat penumpang banyak dari mereka wanita berjilbab dan anak anak yang berkerumun di dek kapal
Malaysia Sudah Mampu Cipta Kereta Nasional Ketiga Kata Menteri

Malaysia Sudah Mampu Cipta Kereta Nasional Ketiga Kata Menteri

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 477 hits
Malaysia sudah mampu cipta kereta nasional ketiga kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 16 Nov 2
Macc Chief Corruption In Malaysia At Worrying Level

Macc Chief Corruption In Malaysia At Worrying Level

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 296 hits
The level of corruption in Malaysia is at a worrying level admits Malaysian Anti Corruption Commission chief commissioner Datuk Seri Shukri Abdull He said there was no point in toning things down when there are facts to show that corruption...
Female Circumcision Culture And Religion In Malaysia See Millions Of Girls Undergo Cut

Female Circumcision Culture And Religion In Malaysia See Millions Of Girls Undergo Cut

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 318 hits
Society often does a lot of things that copies behaviours from African and Arab countries and defend it as having a religious origin We are confusing it with Islam and we think whatever they do is Islamic Fa Abdul was nine years old when sh...
Cabaran 5 Top 6 Watsons Malaysia S Top Influencer Influencer Ideal Couple

Cabaran 5 Top 6 Watsons Malaysia S Top Influencer Influencer Ideal Couple

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 615 hits
Cabaran 5 Top 6 Watsons Malaysia s Top Influencer Influencer Ideal Couple Assalamualaikum Salam Sejahtera gais Awal Oktober lalu Momi ada sertai pencarian Influencer yang dianjurkan oleh Watsons bersama portal Oh Bulan iaitu Watsons Malaysi...
Amaran Metmalaysia Hujan Berterusan 5 Hingga 8 Disember 2025

Pengerusi Bn Sabah Ahli Parlimen Kinabatangan Dan Adun Lamag Bung Moktar Radin Meninggal Dunia Jam 1 46 Pagi Ini

Boikot Touch N Go Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Best Place Buy Diamonds Online Made Simple And Easy

Politik Veteran Sabah Bung Moktar Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

Easy Mexican Recipe With Beef

Peranan Packaging Dalam Branding Produk Kecil Sederhana

Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kabel Charger Type C Terbaik Tak Rosakkan Telefon Anda

Keunggulan Metode Para Sahabat Dalam Belajar Al Quran

Servis Landing Page Onpay Dari Pengalaman Peribadi Kepada Penyelesaian Untuk Usahawan

Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

Tajuk 18 Warga Jepun Dan China Ditahan Di Bukit Mertajam Kerana Aktiviti Disyaki Ilegal

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini