Malaysia Israel Yang Nyaris Jadi


 

Pada 1956, Israel sebetulnya berusaha menjalinkan hubungan dengan Malaysia. Wakil kerajaan Israel ke Bangkok, dikenali sebagai Sharett telah terbang ke Kuala Lumpur untuk bertemu bakal perdana menteri kita iaitu Tunku Abdul Rahman. Ini adalah antara usaha terawal Israel, menerusi British, untuk membuka konsulat atau kedutaan di Malaysia. Harapan Israel adalah, normalisasi Israel di Malaya akan segera berlaku sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Pertemuan 4 Okt 1956 antara Tunku dan Sharett nampaknya positif untuk Israel, Sharett malah menghantar laporan ke Tel Aviv bahawa respons Tunku adalah “unhesitatingly positive”, justeru menominasi pembukaan konsulat di Malaya. Kemudian pada 26 Ogos 1957, Ben Gurion menghubungi Tunku dengan satu telegram memaklumkan hasrat untuk memiliki wakil di Kuala Lumpur. Israel menyatakan, negara tersebut telah mengundi menerima kemasukan Malaya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) maka mengharapkan balasan serupa antar-negara. Bagaimanapun, tiada balasan rasmi diterima.
Pada 12 Dis 1957, dalam sidang Parlimen, Tunku mengkritik pegawai kerajaan yang menekan beliau untuk tidak mengiktiraf Israel meskipun berhati-hati agar tidak menampakkan beliau cenderung ke arah itu. Israel melengahkan kerja-kerja pelobian untuk wujud di Kuala Lumpur sehinggalah pada 1959, delegasi Malaysia ke PBB iaitu Muhammad Sopiee memberitahu wakil Israel, yang suara kuat dari parti Islam tidak akan memungkinkan hal ini berlaku. Itulah juga alasan yang diberi oleh Tunku kepada seorang menteri Israel iaitu Moshe Yovel di Sydney pada 10 Nov 1959. Pada 20 Jun 1960, Malaya terus menyatakan yang bantahan umat Islam serta negara Arab menjadi sebab terkuat mengapa Malaysia tidak akan menerima Israel.
Peluang Israel untuk berkawan dengan Malaysia berlaku lagi pada bulan Ogos 1960 apabila Moshe Yegar memasuki negara menerusi perlawanan bola anjuran Asian Football Confederation. Yegar menemui Tunku tetapi usaha beliau tiba ke jalan buntu. Satu-satunya bujukan positif datangnya daripada Setiausaha Agung National Rubber of Plantations PP Narayanan yang meminta Israel bersabar dan “menyusup menerusi apa sahaja rekah” memandangkan bantahan PMIP (nama lama PAS) kian keras. Di Malaya, Yegar juga menemui menteri luar ketika itu, Ghazali Shafie yang menyatakan Malaya khuatir akan rasa tidak senang negara Arab jika Malaya menjalin hubungan dengan Israel.
Ketika itu Israel berusaha memahami sikap Malaysia yang acuh tidak acuh. Israel kemudian mendapati rasa tidak selesa rakyat Malaya tatkala itu terhadap Israel bukan sahaja kerana bantahan parti Islam, akan tetapi para intelektual Melayu telah secara meluas menekankan bahawa zionisme, ideologi negara Israel, adalah satu bentuk imperialisme. Rasa menyampah umat Melayu terhadap Israel juga merata memandangkan pegawai-pegawai tinggi penjajah Inggeris seperti Henry Gurney dan WN Gray pernah bertugas di Palestin dan melakukan penindasan dan kezaliman terhadap masyarakat di sana.
Kerja keras Israel berterusan apabila negara itu menghantar Arthur Lourie, dutanya ke United Kingdom untuk menemui Tunku di London pada November 1961. Tunku sekali lagi menyatakan kesukaran dan kemustahilan Konsulat Israel di Malaysia untuk menjadi kenyataan. Tunku bagaimanapun mengalu-alukan “hubungan dagang” dan mencadangkan Israel membuka Kedutaan di Singapura. Cadangan Tunku tersebut selaras dengan satu laporan pegawai khas Golda Meir, iaitu Shimoni agar Israel bertapak di Singapura terlebih dahulu sebelum menembusi masuk “menerusi rekah” ke Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara.
Selepas penubuhan Malaysia pada September 1963, Israel semakin hilang sabar dan secara giat berusaha “menembusi segala rekah”. Sebuah firma Israel yang berpangkalan di Singapura membuka cawangannya di Kuala Lumpur dan diberi identiti baru dinamai Interasia. Moshe Yegar menyanggup untuk menjadi pengarahnya. Kemudian, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Lim Kee Siong melawat Israel pada Mei 1964. Beliau menemui Golda Meir, yang mana Meir meminta Siong memberitahu Tunku hasrat Israel untuk berkawan dengan Malaysia.
Pada 18 Julai 1946, wakil Kementerian Luar, Zaitun Ibrahim memberitahu Duta Israel di Bangkok, Yehiel Ilsar yang sukar untuk Malaysia berhubungan dengan Israel memandangkan tekanan sangat kuat baik dari luar parti Umno, mahupun di dalam parti itu sendiri.
Meskipun tiada hubungan rasmi, terdapat beberapa “hubungan” di celah rekah. Malah hubungan dagang Malaysia dan Israel meraih RM15 juta pada 1964.
Jacob Abadi dalam “Israel’s Quest for Recognition and Acceptance in Asia” (2004) menyatakan, orang Melayu sangat menolak hubungan Malaysia dan Israel tetapi masyarakat India adalah yang paling terbuka dalam hal ini; “…of all ethnic groups in Malaysia the most open to Israeli overtures were the Indians, but these had little power or influence”.
Tekanan meluas dari dalam parti Umno dan PAS dari luar tidak memungkinkan lagi hubungan Malaysia-Israel dan menjelang September 1965, Yegar terpaksa keluar dari Kuala Lumpur dengan rasa terkilan kerana Malaysia menerbitkan senarai negara yang dilarang atau tidak diiktiraf oleh pasport Malaysia. Israel disebut sebagai “Kerajaan Israel” bukannya “Negara Israel”.
Pada 13 Nov 1966, Israel menduduki sebuah kampung bernama Samoat di Jordan. Perbuatan biadab itu mendorong Aisha Ghani, pemimpin wanita Umno yang berpengaruh pada 21 Dis 1965 melobi agar tiada rakyat Malaysia dibenarkan melawat ke Israel.
Dalam tahun 1970-an, Malaysia bergerak aktif dalam gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), dan telah ke Havana. Perlahan-lahan hubungan Malaysia dan PLO semakin merapat, dan zionisme yang memang satu bentuk rasisme semakin dilihat sebagai sesuatu yang menjijikkan. Hubungan Malaysia yang rapat dengan negara-negara Arab juga menjauhkan harapan Israel untuk mengurat Malaysia.
Sungguhpun demikian secara diam-diam “masih ada rekah” untuk ditembusi. Jacob Abadi dalam bukunya di babak “Malaysia – A Diplomatic Blunder” menjelaskan Malaysia masih lagi mendapatkan teknologi Israel: “Despite its official pronouncements and its refusal to establish diplomatic relations with Israel, the Malaysian government proved far more pragmatic than its official statement suggest, Malaysian officials told their Israeli counterparts that they greatly appreciated Israel’s superb technology and expressed interest in purchasing arms. According to Aaron Klieman, in 1979 Israel supplied Malaysia with 65 Skyhawk, Mirage Aircraft and Gabriel missiles. These purchases were not made public and the official statements that emanates from Kuala lumpur continued to be critical”.
Peristiwa Sabra dan Shatilla pada 1982 membuka ruang untuk Malaysia menyamakan Zionisme dengan Nazisme dan sepanjang pemerintahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kebencian terhadap zionisme dipupuk.
Namun demikian, Israel tidaklah begitu mudah mengalah; pada tahun 1994 satu kontroversi berlaku apabila seorang ahli perniagaan Malaysia mengunjungi Israel dan dilaporkan dengan meluas. Jacob Abadi menulis begini; “What seemed to be a sudden breakthrough that astonished many observers occurred in June 1994, when the brother of the Malaysian King, Tengku Abdullah Abdul Rahman was reported to have met Rabin and Peres in Israel. Such a radical departure from Malaysia’s hostile attitude toward Israel could not take place without causing uproar among the Muslims in that country, and pressure could be expected from the radical Arab countries as well. Therefore, the Malaysian government found it necessary to dampen the effect of that visit by stating that upon his return Abdullah would be punished for violating a law prohibiting visits to Israel. Abdullah’s visit to Israel was the first by a high-level Malaysian official. Despite the angry response from Muslim quarters the visit was reported to have been a ‘political breakthrough’ which could lead to an agreement ‘in principle’ to establish diplomatic relations between the two countries. Mahathir remained passionately pro-Arab and an enthusiastic champion of the Palestinian cause. Nevertheless, Malaysian visitors began entering Israel with the knowledge of the Malaysian government”.
Memanfaatkan terus “rekah untuk ditembusi”, Israel pernah berjaya menghantar pasukan kriket ke Kuala Lumpur pada 1997 yang membawa kepada tunjuk perasaan besar di hadapan Masjid Ar Rahman, Restoran Amjal dan pintu masuk Universiti Malaya. Saya yang berada di tahun ketiga Fakulti Syariah Universiti Malaya pada waktu itu masih ingat jelas insiden tersebut. Kerajaan Mahathir pada waktu itu menghantar pasukan FRU dan memburu demonstran sehingga ke dalam masjid. Mahathir juga merujuk penunjuk perasaan sebagai bodoh seperti dilaporkan di dalam The Economist 12 April 1997.
“Rekah untuk ditembus” itu nampaknya sekali lagi dimanfaatkan Israel, ini lantaran ramainya umat Islam Malaysia yang sibuk ingin melakukan ziarah ke Baitulmaqdis yang dengan maksud lain merupakan satu pengiktirafan terhadap penjajahan Zionis ke atas al-Aqsa. Kunjungan-kunjungan jemaah umrah Malaysia bermula sejak zaman Abdullah Badawi itu disambut dengan nada positif.
Jacob Abadi mengatakan begini; “Malaysia’s change of policy seemed so sudden that it left observers puzzled. Shortly after the visit, Mahathir told a Malay newspaper that his country was considering establishing diplomatic relations with Israel because other Arab countries had begun to do so. However, the Malaysian government was careful not to anger Arab public opinion. In November 1994, it called upon Israel to cooperate with UNRWA by ceasing all repressive measures against the Palestinians such as the closure of schools and other training facilities in the occupied territories. Malaysia’s Ambassador to Senegal Lily Zachariah said in the General Assembly that her country was concerned about the disruption in education, which resulted from the turmoil in the occupied territories. Zachariah argued that, in her government’s view, Palestinians should not be denied their basic human right of education. She added that Israel should abide by the provisions of the Fourth Geneva Convention of 1949, requiring cooperation with UNRWA and respect for its regulations. There were other signs that Malaysia’s hostility had abated somewhat. In November 1994, Foreign Minister Datuk Abdullah Ahmad Badawi announced that all Malaysians, Muslim and non-Muslim with a valid passport would be able to go to Jerusalem for religious purposes but while there they would be subject to Israeli law. However, fearing criticism from Muslim elements, Immigration Department Public Relations Officer Aris Chonin said explicitly that this move did not mean that the Malaysian government had established diplomatic relations with Israel. He added that entry to Israel remained restricted and those going beyond Jerusalem could have their passports impounded”.
Tidak syak lagi Israel yang begitu tergoda dengan aroma rempah dan juga kekayaan bumi Malaysia akan berusaha untuk menembusi “di celah rekah” yang ada. Ini telah diperlihatkan sejak era Malaya lagi. Ada banyak lubang untuk disusupi.
Adalah menjadi kebijaksanaan kerajaan Madani bawah Anwar Ibrahim untuk bersilat pula memastikan rekah ini ditutup. Bagusnya PAS masih anti-Israel seperti dulu meskipun kini mesra Mahathir. Harus diingatkan yang Malaysia amat manja dengan UAE, mesra Qatar, dan berabang adik dengan Turki; yang mana semua negara ini mempunyai hubungan normal dengan Israel, dan berdagang dengan mereka.
Rekah boleh datang dari sini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/malaysia-israel-yang-nyaris-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 222 hits
Artikel oleh Utusan MalaysiaNEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK GAS KEPADA ISRAEL TUN M
No Hedging For Malaysia In Israel Hamas Conflict

No Hedging For Malaysia In Israel Hamas Conflict

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 278 hits
Malaysia is a clear supporter of the Palestinian cause and is unlikely to bend over backwards for Western powers The Israel Palestine conflict has always been an issue that united the political spectrum in Malaysia which is dominated by a M...
Oic Patut Sekat Eksport Minyak Ke Israel Sekutunya Tun M Malaysia Gazette 14 11 2023

Oic Patut Sekat Eksport Minyak Ke Israel Sekutunya Tun M Malaysia Gazette 14 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 316 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Pertubuhan Kerjasama Islam sepatutnya mengeluarkan resolusi yang lebih tegas termasuk melaksanakan sekatan eksport minyak bagi mendesak rejim Zionis Israel menghentikan ke...
Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 275 hits
Artikel oleh Sinar HarianRAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL HENTI EKSPORT MINYAK
Tun M Gesa Negara Pengeluar Minyak Henti Jual Bekalan Kepada Negara Sokong Israel Berita Harian 14 11 2023

Tun M Gesa Negara Pengeluar Minyak Henti Jual Bekalan Kepada Negara Sokong Israel Berita Harian 14 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 223 hits
PUTRAJAYA Semua negara Islam khususnya pengeluar utama minyak dan gas digesa menghentikan penjualan bekalan itu bukan sahaja kepada Israel malah kepada negara yang menyokong rejim terbabit terutama Amerika Syarikat dan Eropah Bekas Perdana ...
Israel Lenyap Pada 2027 Asy Syahid Asy Syeikh Ahmed Yassin

Israel Lenyap Pada 2027 Asy Syahid Asy Syeikh Ahmed Yassin

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 316 hits
Asy Syahid asy Syeikh Ahmed Yassin Negara haram Israel akan lenyap pada tahun 2027ALOR SETAR Pengasas HAMAS Asy Syahid asy Syeikh Ahmed Ismail Hassan Yassin pada tahun 2003 iaitu setahun sebelum syahid dibunuh pernah menyatakan pandangannya...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco