Israel Lenyap Pada 2027 Asy Syahid Asy Syeikh Ahmed Yassin


 
Asy-Syahid asy-Syeikh Ahmed Yassin.  
Negara haram Israel akan lenyap pada tahun 2027

ALOR SETAR: Pengasas HAMAS, Asy-Syahid asy-Syeikh Ahmed Ismail Hassan Yassin pada tahun 2003 iaitu setahun sebelum syahid dibunuh pernah menyatakan pandangannya bahawa negara haram Israel akan lenyap pada tahun 2027.

EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Ustaz Muhammad Khalil Tan Sri Abdul Hadi memberitahu, pandangan Syeikh Ahmed Yassin itu bersandarkan kepada firman Allah SWT di dalam al-Quran ayat 26 surah al-Maidah.

Jelasnya, iaitu mengenai kisah orang-orang Yahudi Bani Israil yang dihukum oleh Allah SWT sesat di tengah padang pasir selama 40 tahun kerana tidak mahu berjihad bersama-sama dengan Nabi Musa AS.

Beliau mengupas kisah tersebut semasa menyampaikan pidato pada Himpunan Solidariti Untukmu Palestin Negeri Kedah anjuran Yayasan Kedah Sejahtera di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.

“Setelah itu lahir generasi lain yang berjihad pada jalan Allah. Beliau (Syeikh Ahmed) kata selama 40 tahun tertubuhnya negara haram Israel tahun 1948 sehinggalah 1988, generasi umat Islam khususnya di negara-negara Arab adalah generasi yang lemah, yang mundur, yang tunduk. 

“Yang mengalah kepada negara haram Israel. Mereka berjuang di atas dasar kebangsaan Arab, bukan di atas dasar Islam. Menjadi sunnatullah berdasarkan ayat tadi beliau kata setiap 40 tahun Allah Taala akan ganti generasi lain. Tahun 1987 kumpulan HAMAS ditubuhkan, kumpulan ini terus berkembang. 

“Kumpulan ini terus mendapat sokongan daripada rakyat Palestin sehingga berjaya mentadbir Gaza. Beliau kata pada pandangannya 40 tahun selepas daripada itu iaitu tahun 2027 negara haram Israel akan hancur.

“Sama ada negara haram Israel hancur tahun 2027 ataupun tidak itu dalam ilmu Allah SWT. Wallahu a’lamu bis sowab, kita tak tahu,” ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Tetapi tegasnya, perkara pasti adalah negara yang tertegak di atas kezaliman ke atas jasad kanak-kanak, wanita dan warga emas dibunuh dengan kejam, tidak akan kekal sama sekali di mana ianya pasti jatuh. 

Hari ini katanya, dunia sedang melihat bunga-bunga kejatuhan negara haram Israel kerana menyerang bertalu-talu bumi yang begitu kecil iaitu hanya 42 kilometer panjang dan lebih kurang 7 kilometer lebar yakni Gaza.

Menurut beliau, Gaza yang dihuni oleh lebih 2 juta rakyat Palestin dikepung berbelas tahun daripada darat, udara, laut kini diserang oleh seramai lebih daripada 400,000 bala tentera negara haram Israel. 

“Israel mengepung, menyerang, menembak, membunuh, membantai saudara-saudara kita ditambah lagi dengan bala tentera kuasa besar dunia. Ini Ahzab moden. Apa yang berlaku bukan menunjukkan kekuatan mereka.

“Apa yang berlaku menunjukkan kelemahan mereka. Apa yang berlaku menunjukkan bahawa negara haram Israel sekarang ini membilang hari untuk ditamat dan dihancurkan oleh Allah SWT.

“Kita semua adalah generasi itu tidak ada jalan lain untuk membebaskan bumi Palestin melainkan dengan jihad pada jalan Allah SWT, tak ada jalan lain. Salahuddin al-Ayubi membebaskan Baitul Maqdis dengan jihad.

“Telah terbukti dalam sejarah maka pada zaman ini tidak ada jalan lain untuk membebaskan Baitul Maqdis melainkan dengan jalan jihad pada jalan Allah jihad untuk membebaskan bumi Palestin hukumnya adalah fardu ain,” ujarnya.

Tambah beliau, setiap orang a di bumi Palestin caranya dengan mengangkat senjata, manakala umat Islam di seluruh pelosok dunia mengikut cara kaedah, kemampuan masing-masing, paling kurang doa kepada Allah dan jihad dengan harta benda.  – HARAKAHDAILY 13/11/2023  



Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Israel lenyap pada 2027 -Asy-Syahid asy-Syeikh Ahmed Yassin. 


Sila lihat komen ini..
(i) Pada 25 Mei 2022, Nik Elin Zurina Nik Abul Rashid telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 21 kesalahan jenayah Syariah Negeri Kelantan. 


Antaranya termasuk liwat, persetubuhan dengan mayat dan bukan manusia, musnahkan tempat ibadat, judi, arak dan banyak lagi. Permohonan itu bersandarkan kepada keputusan kes Iki Putra. Bahawa Negeri Kelantan tiada kuasa untuk buat undang-undang tersebut. 

Pendengaran kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ditetapkan pada 17 Ogos 2023. Kalau Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan tersebut, maka 21 kesalahan tersebut akan dibatalkan. 

Permohonan ini sebenarnya seiringan dengan agenda negara sekular DAP, yang bertentangan dengan  Perlembagaan Persekutuan (Perkara3). 
[Sila rujuk MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 14/11/2023]


(ii) Konsert Coldplay diteruskan di kala Palestin diserang?  

Konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan pada 22 November ini di Bukit Jalil diteruskan.

Kerajaan sepatutnya insaf dan ambil pengajaran dengan apa yang berlaku di Malaysia ketika berlakunya konsert ‘The 1975’ yang menjijikkan. Penyanyi utama ketika itu bercium di atas pentas dan mengkritik Perlembagaan dan undang-undang di Malaysia. Adakah kita masih nak buka ruang penyanyi berideologi LGBT dan ‘alltheist’ (pluralism) di Malaysia ini?

Budaya hedonisme dan pesta pora juga dalam kubangan darah di Gaza. Pernah dialukan kedatangan kumpulan yang menyokong seks songsang (LGB#) oleh Perdana Menteri.
Malah PAS pernah diremehkan oleh Nga Kor Ming sosok utama DAP sebagai parti konservatif, terkebelakang dan sempit pemikiran. Kerancuan cara fikir Nga tentang PAS ini mewakili watak liberalis sekular yang tidak memahami prinsip perjuangan PAS. 
Tak sebagaimana parti penguasa bernuansa liberal pragmatis yang akan melakukan apa sahaja untuk merengkuh sokongan. Namun PAS adalah gerakan Islam yang mewakili cara fikir orang beriman dalam menanggani citra kehidupan.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.




Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 
Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/11/israel-lenyap-pada-2027-asy-syahid-asy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konflik Palestin Israel Jual Rantai Sedekah Pada Anak Yatim Jika Saya Syahid

Konflik Palestin Israel Jual Rantai Sedekah Pada Anak Yatim Jika Saya Syahid

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 140 hits
Gambar wasiat kanak kanak berusia 11 tahun yang tular di media sosial hari ini PETALING JAYA Wasiat seorang kanak kanak Palestin berusia 11 tahun meruntun hati para pengguna media sosial hari ini apabila meninggalkan beberapa pesanan istime...
Pm Threatens Action Against Those Associating Him With Israel

Pm Threatens Action Against Those Associating Him With Israel

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 251 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said PAS MP Ahmad Yahaya s attempts to link him to Israel were disgraceful KUALA LUMPUR Prime Minister Anwar Ibrahim has threatened to take action against those who associate him with Israel referring to a state...
Apple Buang Pekerja Kerana Kritik Israel

Apple Buang Pekerja Kerana Kritik Israel

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 202 hits
Kerana sebab posting bagitahu israel pembunuh dan perompak Terus kena buang dari apple Katanya berlaku di turki
Setanyahu Israel Akan Ambil Alih Sepenuhnya Tanggungjawab Di Gaza

Setanyahu Israel Akan Ambil Alih Sepenuhnya Tanggungjawab Di Gaza

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 208 hits
BharianonlinePenduduk setempat mencari mangsa yang terselamat di sebalik timbunan serpihan bangunan yang musnah di bedil Israel di Rafah selatan Semenanjung Gaza Foto AFPWASHINGTON Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam berkata r...
Risikan Hizbullah 100k Tentera Israel Menyerang Gaza

Risikan Hizbullah 100k Tentera Israel Menyerang Gaza

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 244 hits
Hizbullah mengeluarkan statistik Risikan mereka ke atas Formasi Tentera Israel di Utara Israel atau Sekitar Sempadan Lubnan Israel 30 dari keseluruhan Tentera Israel 80 000 Tentera dan pegawai menghadap kami sekarang ini 100 000 lagi menyer...
Ekonomi Israel Mula Tertekan Mari Kita Doakan Kehancuran Negara Israel

Ekonomi Israel Mula Tertekan Mari Kita Doakan Kehancuran Negara Israel

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 107 hits
ISRAEL MULA TERTEKAN DARI SEGI EKONOMI AKIBAT BERPERANG DENGAN PALESTINSaiz Ekonomi Israel yang sebesar 488 Bilion USD mula terkesan akibat Perang Israel Palestin Ratusan operasi syarikat perniagaan terjejas sektor kewangan mula tertekan da...
Pmx Geram Tindakan Akhbar Harakah Siar Gambar Dengan Bendera Israel

Pmx Geram Tindakan Akhbar Harakah Siar Gambar Dengan Bendera Israel

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 242 hits
agendaily com07 11 2023Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Tindakan akhbar Harakah Daily menggunakan gambar berlatar bendera Israel dibidas Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri bertegas di Dewan Rakyat berhubung tindakan menggunaka...
Israel Alami Kejatuhan Moral

Israel Alami Kejatuhan Moral

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 259 hits
NURFARDLINA IZZATI MOKTARKUALA NERUS Rejim Zionis Israel menghadapi situasi kejatuhan moral serta dimalukan apabila mendapat tentangan daripada pejuang yang tidak memiliki kekuatan ketenteraan dalam peperangan antara Israel dan Hamas di Gaz...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti