Malaysia Hampiri Kemenangan Di Laut China Selatan


 Abdul Muein Abadi   
Alhamdulillah! Khabar gembira dari Laut China Selatan buat seluruh rakyat Malaysia. Meski pun diganggu hebat oleh kapal-kapal China, kita semakin hampir untuk mencapai kemenangan selepas hampir lima bulan Petronas menjalankan kerja eksplorasi di sana.

Sejak Disember 2019 lalu, Petronas melalui kapal West Capella telah menjalankan kerja eksplorasi di dua lapangan minyak dan gas iaitu Arapaima-1 di blok ND1 dan Lala-1 di blok ND2. Kronologi ini dicatat rapi oleh portal Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI).

Kemenangan pertama kita terhasil pada Mac lalu selepas kita berjaya menyelesaikan kerja eksplorasi di Arapaima-1. Perlu diingat, ketika itu China mengirim kapal raksasa (Monster) sebesar 4,000-tan iaitu Zhaoduan-class 5305 dan juga kapal pengawal pantai (CCG) Haijing 5202 dan 5203 untuk menghancurkan usaha kita.

Tentera kita telah bertindak balas dengan luar biasa apabila mengerahkan KD JEBAT sebesar 2,270-tan yang berjaya menghimpit kapal China ke sudut sukar pada Januari 2020.

West Capella menjadi tumpuan kuasa luar apabila melaksanakan operasi carigali minyak di kawasan perairan negara.
KD Jebat telah dibantu oleh KD KELANTAN serta kapal 45 meter milik Maritim Malaysia iaitu KM BAGAN DATUK.

Akibat kegagalan mereka untuk memusnahkan usaha eksplorasi kita di blok Arapaima-1, China telah menjadi berang dan menghantar kapal pemusnah Type 052B Wuhan (169) serta meningkatkan gangguan ke atas kapal-kapal kita di blok Lala-1 pula melalui Haiyang Dizhi 8 dan juga kapal pengawal pantai CCG 1105 dan 4203.

Tidak hairanlah apabila dengan segera, Amerika Syarikat telah mengerahkan angkatan armada mereka iaitu Kapal Penyerang Amfibia (LHA 6), USS America, kapal ‘guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52) dan ‘guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52 ke wilayah kita – malah Kapal Frigat Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta turut serta.

Hari ini, data menunjukkan kapal TLDM KA Bunga Mas Lima terus memberi sokongan melindungi kapal West Capella yang dikontrak oleh Petronas, meski pun terus diasak hebat oleh gangguan kapal China.

Kita kini semakin hampir dengan kemenangan. Sebaik sahaja eksplorasi Petronas di blok Lala-1 selesai seperti mana yang dijadualkan dalam bulan Mei 2020 ini juga, sejarah akan tercipta bahawa sesungguhnya kita telah berjaya mempertahankan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan meski pun cuba diganggu dan dimusnahkan oleh kuasa besar!

Sama-sama kita doakan semoga Allah terus perkasakan dan peliharakan para perwira kita yang tidak gentar mempertahakan kedaulatan dan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan ini: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dan juga Petronas.

Kalian wira negara, Semoga Allah peliharakan kalian semua!

*Penulis merupakan Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/malaysia-hampiri-kemenangan-di-laut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khabar Gembira Dari Laut China Selatan

Khabar Gembira Dari Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 334 hits
Kita hampir menang di Laut China SelatanALHAMDULILLAH Khabar gembira dari Laut China Selatan buat seluruh rakyat Malaysia Meski pun diganggu hebat oleh kapal kapal China kita semakin hampir untuk mencapai kemenangan selepas hampir lima bula...
Breaking News Sejarah Tercipta Kita Menang Di Laut China Selatan

Breaking News Sejarah Tercipta Kita Menang Di Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 443 hits
Oleh Abdul Muein Abadi1 Alhamdulillah Terkini khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia sejarah baru tercipta apabila para perwira kita baru sahaja menyempurnakan misi ekplorasi di Blok ND2 Lala 1 di Laut China Selatan meski pun diasak he...
Kerja 18 Jam Sehari Selama 8 Bulan Di Kapal China Safri Yang Jenazahnya Dibuang Ke Laut Itu Hanya Digaji 6 Juta

Kerja 18 Jam Sehari Selama 8 Bulan Di Kapal China Safri Yang Jenazahnya Dibuang Ke Laut Itu Hanya Digaji 6 Juta

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 523 hits
Keluarga WNI yang meninggal dunia dan dilarung ke laut dari kapal berbendera China kecewa dan sedih karena mendapatkan informasi yang berbeda dari yang disampaikan PT Karunia Bahari Samudera Tragisnya lagi keluarga hanya menerima gaji dari ...
Industri Barat Keluar Dari China Jangan Harap Ke Malaysia

Industri Barat Keluar Dari China Jangan Harap Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 405 hits
Kredit Zus Din Selepas selesai perbincangan dgn Larry Kudlow Pengerusi Kaunsel Ekonomi Rumah Putih diluluskan di peringkat kerajaan Amerika cadangan Pembiayaan utk Manufacturing Exodus yg dinamakan IMMEDIATE EXPENSING akan dibentangkan diba...
Selepas Media China Giliran Badan Penyelidikan Dunia Iktiraf Kp Kesihatan Saintis Malaysia

Selepas Media China Giliran Badan Penyelidikan Dunia Iktiraf Kp Kesihatan Saintis Malaysia

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 416 hits
Kehebatan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham memimpin pasukannya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa Kali ini Drugs for Neglected Diseases initiative menzahirkan penghargaan kep...
Semasa Jadi Duta Dulu Apa Dia Buat Tentang Hubungan Malaysia China

Semasa Jadi Duta Dulu Apa Dia Buat Tentang Hubungan Malaysia China

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 338 hits
Pengerusi DAP Tan Kok Wai dulu zaman PH bolot jawatan jadi duta khas ke Chin Perlantikkan ini tidak di war warkan Malah rakyat pun tak tahu rupanya banyak jawatan penting DAP ambil atas dasar DAP menguasai PH Hubungan Malaysia China keruh A...
Surat Pernyataan Abk Indonesia Yang Dilempar Ke Laut Oleh Kapal China Nyawa Dihargai Rp 150 Juta

Surat Pernyataan Abk Indonesia Yang Dilempar Ke Laut Oleh Kapal China Nyawa Dihargai Rp 150 Juta

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 407 hits
Kini media Korea Selatan tengah tengah dihebohkan soal adanya kabar pelanggaran Hak Asasi Manusia pada Anak Buah Kapal di Kapal China Hal tersebut lantas ikut viral di Indonesia setelah dibahas oleh YouTuber asal Korea Selatan Jang Hansol m...
Menlu Retno Ceritakan Nasib 46 Abk Di Kapal Bendera China Termasuk Dilarung Ke Laut

Menlu Retno Ceritakan Nasib 46 Abk Di Kapal Bendera China Termasuk Dilarung Ke Laut

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 394 hits
Menteri Luar Negeri RI Retno Marsudi memaparkan kronologi rinci kasus anak buah kapal asal Indonesia yang bekerja di kapal berbendera China setelah disorot terkait perbudakan dan pelarungan jenazah di laut
Viral Video Jenazah Abk Asal Indonesia Di Kapal China Dilempar Ke Laut

Viral Video Jenazah Abk Asal Indonesia Di Kapal China Dilempar Ke Laut

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 423 hits
Sebuah video yang dipublikasikan oleh media Korea Selatan memperlihatkan bagaimana jenazah Anak Buah Kapal asal Indonesia yang bekerja di kapal China dilempar ke tengah laut Video yang dirilis oleh stasiun MBC itu diulas oleh Youtuber Jang ...
Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Hujung Minggu Pun Tiba

Dutch Master 6 Customs From Powerbrick

Yuka Mawar Chord

Ramles Walter Unchosen Chord

Tahiyat Akhir Sujud Penyerahan Terakhir Seorang Hamba