Malaysia Dapat Tambahan 10 000 Kuota Haji Pm


Oleh Wartawan UtusanTV
KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia.
Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini.
“Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan. Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada sidang media di Riyadh selepas menghadap Putera Mahkota seperti dilapor Astro Awani.
Ketika ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600.
Jumlah tersebut meningkat berbanding kuota 30,200 jemaah pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya.
“Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah.
“Saya dimaklumkan Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah,” katanya.
Pertemuan 90 minit di antara Perdana Menteri dan Putera Mohammed yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ia merupakan kemuncak lawatan rasmi empat hari Muhyiddin ke Arab Saudi dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan yang amat ketat.
Pada pertemuan itu, kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah.
Inisiatif tersebut akan memudahkan proses prapelepasan jemaah Haji dan Umrah Malaysia, seperti urusan penerbangan, semakan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik lain.
MOU ditandatangani Hishammuddin bagi pihak Malaysia dan rakan sejawatannya Putera Faisal Farhan Al-Saud. Ia disaksikan oleh Muhyiddin dan Putera Mohammed.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/malaysia-dapat-tambahan-10000-kuota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 000 Kuota Haji Tambahan Dimiliki Malaysia

10 000 Kuota Haji Tambahan Dimiliki Malaysia

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 347 hits
10 000 Kuota Haji Tambahan Dimiliki Malaysia menerusi persetujuan terkini di antara pihak Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi Perkhabaran gembira ini dibawakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri M...
Kerajaan Arab Saudi Naikkan Kuota Haji Malaysia Sebanyak 10 000

Kerajaan Arab Saudi Naikkan Kuota Haji Malaysia Sebanyak 10 000

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 214 hits
PETALING JAYA Kerajaan Arab Saudi menaikkan kuota haji bagi Malaysia sebanyak 10 000 menurut laporan Bernama yang memetik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sedemikian di Riyadh Muhyiddin yang sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke ...
Menteri Haji Arab Kena Pecat Lepas Malaysia Tambah Kuota

Menteri Haji Arab Kena Pecat Lepas Malaysia Tambah Kuota

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 473 hits
Saya benar benar terperanjat membaca berita mengenai Raja Salman Raja Negara Arab Saudi memecat Menteri Haji dan Umrahnya yang telah memberikan kouta tambahan sebanyak 10 ribu kepada Malaysia Apa sudah jadi Saya ingatkan kouta itu adalah ha...
Muhyiddin Baru Mohon Kuota Haji Tambahan Belum Rasmi Tapi Dah Berlakon Macam Dapat

Muhyiddin Baru Mohon Kuota Haji Tambahan Belum Rasmi Tapi Dah Berlakon Macam Dapat

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 278 hits
March 11 2021 KUOTA HAJI SEJAK ZAMAN NAJIB KATA TAMBAH 10 RIBU Masa zaman PH Mujahid pun memohon kuota tambahan 10 Ribu Dan ia kekal dalam pertimbangan Kerajaan Saudi Masa tu Najib sendiri kata Dia dah dapatkan Kuota Haji Tambahan 10 ribu r...
Selepas Muhyiddin Umum 10 Ribu Tambahan Kuota Haji Raja Saudi Pecat Menteri Hajinya

Selepas Muhyiddin Umum 10 Ribu Tambahan Kuota Haji Raja Saudi Pecat Menteri Hajinya

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 527 hits
March 14 2021 Pemerintah Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz memecat beberapa orang pegawai tinggi dalam pemerintahan negara Teluk tersebut lapor Saudi Press Agency kelmarin Raja Salman memecat Dr Mohammed Saleh bin Taher Benten yang sebel...
Lebih 1 7 Juta Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin Dan 50 000 Pula Telah Menerimanya Di Malaysia

Lebih 1 7 Juta Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin Dan 50 000 Pula Telah Menerimanya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 167 hits
Pendaftaran menerima vaskin Covid 19 dibuka menerusi aplikasi MySejahtera minggu lalu Menurut ciapan yang yang dihantar oleh Khairy Jamaluddin setakat jam 8 pagi ini seramai 1 741 136 individu telah mendaftarkan minat Ini adalah peningkatan...
Malaysia Gets Additional 10 000 In Haj Quota Muhyiddin

Malaysia Gets Additional 10 000 In Haj Quota Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 162 hits
The Saudi Arabian government has agreed to give Malaysia an additional 10 000 places under the latter s haj quota Prime Minister Muhyiddin Yassin said he made the request during his audience with Saudi Arabian Crown Prince Prince Mohammed S...
Jumlah Sebenar Jemaah Haji Malaysia Diketahui Bulan Depan Menteri

Jumlah Sebenar Jemaah Haji Malaysia Diketahui Bulan Depan Menteri

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh Ibadat haji tahun lalu dibenarkan untuk sebilangan kecil jemaah berikutan wabak COVID 19 Gambar media sosial UMAT Islam di negara ini tentu tidak sabar mengetahui berapa ramaikah rakyat Malaysia akan akan dibenarkan menunaikan haji tah...
19 000 Pekerja Thai Tinggalkan Malaysia

19 000 Pekerja Thai Tinggalkan Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 225 hits
Kosmo AgensiBANGKOK Kira kira 19 000 pekerja Thailand yang bekerja di Malaysia telah pulang ke negara asal akibat impak ekonomi berikutan penularan Covid 19 di sana lapor Bangkok Post semalam Setakat ini masih terdapat 30 000 warga Thailand...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami