Jumlah Sebenar Jemaah Haji Malaysia Diketahui Bulan Depan Menteri


Oleh UtusanTV Ibadat haji tahun lalu dibenarkan untuk sebilangan kecil jemaah berikutan wabak COVID-19./ Gambar media sosial UMAT Islam di negara ini tentu tidak sabar mengetahui berapa ramaikah rakyat Malaysia akan akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini selepas tiada yang dibenarkan tahun lepas kerana penularan COVID-19.
Walaupun, Arab Saudi baru-baru ini menyatakan sedia memberikan tambahan kuota 10,000 lagi daripada kuoto biasa berikutan lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi tempoh untuk menunaikan ibadat itu terlalu singkat.
Sudah tentu keadaan ini tidak akan membolehkan ramai rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam kelima tersebut walaupun mempunyai kuota yang besar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu makluman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung tambahan kuota rasmi haji yang dijangka dimaklumkan Riyadh pada Ramadan April nanti.
Bernama.com melaporkan beliau berkata sementara menunggu makluman itu, TH akan membuat pelbagai persediaan sepatutnya bagi mempersiapkan bakal jemaah haji sebelum bertolak ke Makkah.
BERITA BERKAITAN Tambahan kuota haji kurangkan masa menunggu
“Saya yakin sekitar Ramadan kita akan dapat tahu mengenai kuota haji. Walaupun ia waktu yang singkat untuk membuat persediaan, tetapi TH akan ambil secara positif untuk membuat persediaan mengikut kemampuannya, selain bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah dihadapi bakal jemaah haji.
“Kita tunggu mereka (Arab Saudi), yang pastinya ia mengambil kira aspek kesihatan, keamanan dan keselamatan yang menjadi agenda utama (ketika menunaikan ibadah) dan bukannya sekadar penyediaan tempat, tetapi jemaah haji itu sendiri,” katanya selepas menyerahkan sumbangan komputer riba kepada pelajar asnaf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Perak di Dewan Besar Tabung Haji, hari ini.
Seramai 218 pelajar UTM dari Johor, Perak dan Pahang menerima bantuan komputer riba serta wang tunai melalui inisiatif Program Iqra’ yang antara lain memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar golongan asnaf dan keluarga B40.
Ditanya mengenai pemilihan dan kuota jemaah haji, Zulkifli berkata, masih terlalu awal untuk diletakkan sebarang sasaran jumlah bakal haji yang dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Pemilihan bakal haji mengikut syarat ditetapkan TH sebelum ini seperti perlu disuntik vaksin, tetapi untuk jumlahnya, kita belum ada angka rasmi lagi. TH akan lihat pada kemampuan dan kesihatan bakal haji termasuk dalam kalangan warga emas,” katanya.
Mengikut laman web TH, Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa ini ialah 31,600.
Terdapat kira-kira 3.6 juta bakal jemaah haji yang berdaftar dengan TH ketika ini dan secara asasnya terpaksa menunggu hingga 130 tahun untuk mendapatkan giliran mengerjakan haji.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/jumlah-sebenar-jemaah-haji-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Haji Arab Kena Pecat Lepas Malaysia Tambah Kuota

Menteri Haji Arab Kena Pecat Lepas Malaysia Tambah Kuota

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 515 hits
Saya benar benar terperanjat membaca berita mengenai Raja Salman Raja Negara Arab Saudi memecat Menteri Haji dan Umrahnya yang telah memberikan kouta tambahan sebanyak 10 ribu kepada Malaysia Apa sudah jadi Saya ingatkan kouta itu adalah ha...
Kementerian Kesihatan Arab Saudi Wajibkan Vaksinasi Untuk Jemaah Haji 2021

Kementerian Kesihatan Arab Saudi Wajibkan Vaksinasi Untuk Jemaah Haji 2021

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 269 hits
Menteri Kesihatan Arab Saudi Tawfiq Al Rabiah telah mengeluarkan arahan bahawa untuk MEWAJIBKAN suntikan vaksinasi C0VID 19 bagi setiap jemaah haji Mereka yang tidak berbuat demikian tidak akan dibenarkan mengerjakan ibadah haji Sebelum ini...
Tiada Sidang Dewan Rakyat Bulan Depan Kata Timbalan Speaker

Tiada Sidang Dewan Rakyat Bulan Depan Kata Timbalan Speaker

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 316 hits
February 28 2021 KUALA LUMPUR Dewan Rakyat tidak akan bersidang dari 8 Mac hingga 8 April ini kata Timbalan Speakernya Rashid Hasnon yang menepis laporan berita berhubung kemungkinan sidang Parlimen akan diadakan Beliau berkata sekretariat ...
Arab Saudi Jemaah Haji Wajib Ambil Vaksin Covid 19

Arab Saudi Jemaah Haji Wajib Ambil Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 219 hits
Arab Saudi mewajibkan jemaah haji yang ingin menunaikan rukun Islam kelima itu untuk mengambil vaksin Covid 19 lapor portal Middle East Eye Menteri Kesihatannya Tawfiq al Rabiah menambah vaksinasi akan diwajibkan bagi semua jemaah akan berh...
Kerajaan Arab Saudi Naikkan Kuota Haji Malaysia Sebanyak 10 000

Kerajaan Arab Saudi Naikkan Kuota Haji Malaysia Sebanyak 10 000

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 271 hits
PETALING JAYA Kerajaan Arab Saudi menaikkan kuota haji bagi Malaysia sebanyak 10 000 menurut laporan Bernama yang memetik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sedemikian di Riyadh Muhyiddin yang sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke ...
Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan

Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 496 hits
dua anak pengadu trauma selepas melihat di hadapan mata mereka sendiri tertuduh yang juga merupakan jiran mereka memenggal kepala kucing peliharaan jiran itu menggunakan parang Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dih...
Fasiliti Kkm Mampu Kendali Vaksin Covid 19 Jemaah Haji

Fasiliti Kkm Mampu Kendali Vaksin Covid 19 Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 271 hits
Malaysia masih tunggu kuota haji diumumkan Arab Saudi PUTRAJAYA Fasiliti Kementerian Kesihatan mampu mengendalikan pemberian vaksin COVID 19 kepada jemaah haji Malaysia sekiranya ibadah haji dibenarkan tahun ini kata Menteri Kesihatan Datuk...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Mont Kiara Traffic A Nightmare


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb