Malaysia Dan Rusia Semakin Cinta


 
Menurut Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, pendirian Malaysia untuk membentuk hubungan lebih baik dengan Rusia sangat bergantung pada ‘tahap interaksi ekonomi kedua-dua belah negara’. Hal ini pula tidak mudah di pihak Malaysia memandangkan hasrat Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak aset dari Rusia misalnya disekat oleh Akta Countering America’s Adversaries Through Sanctions (CAATSA) yang menahan Malaysia dari menimbangkan untuk mendapatkan lebih banyak pesawat Rusia. Akan tetapi dua tahun setelah pandangan ini disuarakan oleh individu ini, ia ternyata meleset.
Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mengorak langkah untuk lebih erat dengan Rusia seperti tercermin dalam pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Vladivostok, Rusia pada 4 September 2022. Pertemuan tersebut sempena Forum Ekonomi Timur (EEF). Pertemuan antara kedua-dua pemimpin ini sangat menarik dibincangkan tentunya lantaran ada kempen dari blok Barat untuk mengasingkan Moscow. Hasrat untuk menyertai kumpulan ekonomi BRICS yang dipimpin Moscow dan Beijing pastinya mengukuhkan langkah Malaysia ini.
Di Vladivostok, Putin menyuarakan rungutan bahawa perdagangan antara Malaysia dan Rusia hanyalah sekitar USD3.5 bilion yang sebenarnya masih dapat dianggap rendah. Dalam lawatan kerja tersebut juga, Anwar bertemu Timbalan Mufti Rushan Hazrat Abbyasov dan Rustam Minnikhanov, ketua wilayah Tatarstan, untuk menerokai kerjasama dalam bidang pendidikan, hal ehwal Islam, keselamatan makanan dan sektor teknologi maju.
Adakah langkah Anwar ini sumbang dan berisiko untuk Malaysia?
Ini adalah kerana lawatan tersebut mungkin beroleh tindak balas dari rakan perdagangan Barat, selain meletakkan Malaysia dalam kedudukan janggal ekoran konflik Rusia dengan Ukraine. Barang diingat, sebuah firma perdagangan Malaysia, Jatronics dikatakan telah disekat oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana membekalkan semikonduktor kepada Rusia.
Perlu diingatkan lagi, lawatan di atas dilakukan setelah Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov mengkritik AS ketika sedang berada di Kuala Lumpur. Lavrov terus terang menyatakan pendirian Rusia adalah untuk merapati rakan Asean, dan ini berbeza dengan pendekatan AS dan NATO yang demikian invasif dan agresif.
 Jadi adakah langkah Malaysia mencintai Rusia ini betul?
Pentadbiran Anwar berkali-kali menekankan dasar luar Malaysia ketika ini berteraskan kemerdekaan, pragmatisme, dan penglibatan setara lagi seimbang dengan semua negara dari Timur dan Barat. Di Vladivostok, Anwar turut menyuarakan rasa tidak minat untuk menyebelahi Barat dalam sebarang konflik dengan alasan tidak berpihak dan tidak mahu merumitkan keadaan di mana-mana rantau.
Dalam banyak keadaan, Malaysia yang lantang berpihak kepada Palestin ketika pergolakan wilayah Asia Barat, sedikit sebanyak, secara sedar tidak sedar merapati blok yang bertentangan dengan kuasa Amerika Syarikat-United Kingdom-Nato. Blok ini diketahui sebagai sekutu rapat Israel yang sedang meneruskan genosid dan pendudukan ganas di Gaza dan Tebing Barat. Sebagai adikuasa, Rusia dan China adalah pihak yang kelihatan lebih memihak kepada Palestin sebagai kelompok tertindas.
Potensi hubungan dagang dan ekonomi antara Malaysia dan Rusia sebetulnya sangat cantik. Misalnya Chang Yew Cheong iaitu presiden Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia melihat kelebihan Rusia adalah kerana ia lebih hampir dengan Malaysia secara geografinya. Oleh sebab bank di Malaysia telah pun menyatakan kesediaan untuk mengendalikan transaksi dalam mata wang lain, tidak mustahil transaksi Ringgit-Rubel akan ditingkatkan secara lebih strategik dan berkesan dari semasa ke semasa.
Terdapat tiga ruang kerjasama dan peningkatan ekonomi yang bermakna antara kedua-dua buah negara.
Pertamanya, solidariti dunia Islam bakal menjadikan umat Islam di Malaysia tergoda meninjau peluang dengan wilayah Tatarstan, Rusia secara lebih pesat. Tahun lalu, Perdana Menteri Tatarstan, Alexey Pesoshin dengan bersemangat memberitahu Forum Ekonomi Antarabangsa ke-15 ‘Rusia-Dunia Islam: Kazan Forum 2024’ yang perolehan perdagangan antara Rusia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam meningkat sebanyak 37% dan kini berjumlah lebih USD156 bilion. Antara keberangkalian lain yang ada adalah, penerokaan industri halal dan pembangunan institusi sistem kewangan Islam di Rusia. Malaysia telah pun menawarkan Rusia kepakaran dalam sektor kewangan Islam di mana pengenalan perbankan Islam di Rusia akan memudahkan projek bersama sambil menarik pelaburan besar daripada negara bermajoriti Islam, khusus di wilayah Tatarstan yang populasinya ramai beragama Islam.
Keduanya, bidang keselamatan siber dan perlindungan data yang merangkumi pembangunan teknologi turut menggiurkan untuk dipugar lebih lanjut. Ketua Pegawai Eksekutif First Group Alexey Poroshin misalnya mengemukakan saranan agar syarikat keselamatan siber Rusia membantu perniagaan Malaysia pada elemen yang kurang, demi mewujudkan teknologi, infrastruktur dan peraturan berkaitan dengannya. Pengerusi Asean Business Advisory Council Nazir Razak melihat terdapatnya peluang kerjasama besar dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan, pasaran karbon, modal teroka dan keselamatan negara. Hal ini disebut oleh beliau ketika Forum Perniagaan Anatarabangsa World of Opportunities Russia-Asean tahun lalu.
Bidang lain yang perlu dilihat dengan lebih teliti untuk mengukuhkan kerjasama Rusia-Malaysia adalah pengajian tinggi. Hal ini masih dilihat belum memuaskan meskipun Malaysia dan Rusia menandatangani lapan memorandum persefahaman dalam bidang pendidikan tinggi pada 2023 di mana terdapat minat antara kedua belah pihak untuk meninjau peluang penyelidikan bersama, peningkatan kurikulum pembelajaran dan pemindahan teknologi. Kerjasama pendidikan ini juga memberi perhatian usaha untuk memperomosi bahasa Rusia di Malaysia dan bahasa Melayu di Rusia.
Pada 2023, jumlah perdagangan antara Rusia dan Malaysia meningkat 11% kepada USD3.11 bilion berbanding USD2.79 bilion pada 2022 (USD1=RM4.45). Eksport Malaysia ke Rusia pula bertambah kepada 13% iaitu di jumlah USD619.3 juta pada 2023, manakala eksport Rusia ke Malaysia naik 10.8% kepada USD2.49 bilion. Sementara itu, import dari Rusia meningkat kepada USD2.05 bilion pada 2023 daripada USD1.4 bilion pada 2022.
Saat ini Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia sedang menampung sembilan pelajar Rusia dari National Research University Higher School of Economics, Moscow. Pelajar-pelajar ini sedang mengikuti pengajian bahasa Melayu di bawah Kursus Intensif Bahasa Melayu dan Pengajian Malaysia di bawah seliaan Dr Mohd Faizal Musa. Program ini dinamai KIKBM atau nama panjangnya Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu yang asal-muasalnya ditubuhkan hasil daripada Konsortium Pengajaran Indonesia dan Melayu (Cotim) pada 1999.
Di Atma, pelajar-pelajar Rusia ini menunjukkan minat dan penguasaan bahasa Melayu yang tinggi. Sudah tentu mereka merupakan aset perhubungan Malaysia-Rusia dalam masa mendatang yang pasti meningkat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/malaysia-dan-rusia-semakin-cinta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Strongly Opposes Proposal To Annex Gaza Tok Mat

Malaysia Strongly Opposes Proposal To Annex Gaza Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 92 hits
Malaysia has firmly opposed the proposal to annex Gaza condemning it as a form of ethnic cleansing and a blatant violation of international law said Foreign Minister Mohamad Hasan In his national statement at the Extraordinary Session of th...
Malaysia Needs Homegrown Ai Champions Within Semiconductor Industry Says Gobind

Malaysia Needs Homegrown Ai Champions Within Semiconductor Industry Says Gobind

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 120 hits
Digital minister Gobind Singh Deo said the government is committed to supporting businesses in their digital transformation journey GEORGE TOWN Malaysia must look at developing homegrown artificial intelligence champions within the semicond...
Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 159 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu Polis Kelantan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam serangan bom dan tembakan yang berlaku di Sungai Golok malam tadi Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat bagaim...
Witness Immunity Rule In Malaysia Absolute Says Federal Court

Witness Immunity Rule In Malaysia Absolute Says Federal Court

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 106 hits
The Federal Court has ruled that the witness immunity rule applies to both honest and dishonest litigants PUTRAJAYA The Federal Court has in a split ruling held that the common law rule on witness immunity which protects witnesses from bein...
Malaysia Committed To Continue Search For Mh370 Transport Ministry

Malaysia Committed To Continue Search For Mh370 Transport Ministry

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 115 hits
Today marks 11 years since the disappearance of Malaysia Airlines Flight MH370 and Malaysia reaffirms its unwavering commitment to continue the search based on credible leads striving to provide long awaited answers to the families of the v...
Sns Network Dan Nvidia Pilih Cyberjaya Untuk Kilang Ai Pertama Di Malaysia

Sns Network Dan Nvidia Pilih Cyberjaya Untuk Kilang Ai Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 125 hits
SNS Network Technology Berhad dengan kerjasama NVIDIA telah melancarkan perkhidmatan infrastruktur awan AI yang dikendalikan sepenuhnya di Malaysia Perkhidmatan ini menggunakan 64 unit GPU NVIDIA Hopper dalam lapan pelayan Dell PowerEdge XE
Siri Nothing Phone Rasmi Di Malaysia Harga Bermula Rm1 699

Siri Nothing Phone Rasmi Di Malaysia Harga Bermula Rm1 699

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 102 hits
Selepas dilancarkan peringkat global Nothing akhirnya melancarkan dua model terbaru telefon pintar mereka bagi siri Phone dengan melancarkan Nothing Phone dan Nothing Phone Pro di Malaysia Siri Phone menerima naik taraf dengan tiga
Dnb Meta Jalin Kerjasama Tubuh Makmal Inovasi Di Malaysia

Dnb Meta Jalin Kerjasama Tubuh Makmal Inovasi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 100 hits
Digital Nasional Berhad dan Meta bekerjasama untuk menubuhkan makmal inovasi bersama di Malaysia bagi meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta secara signifikan Platform Meta termasuk WhatsApp Facebook dan Instagram Me...
Culture Of Entrepreneurial Mindset

The Art Of Baking Unleashing Your Creativity And Mastering The Science Of Perfectly Baked Treats

Kembalikan Pelangiku

Ngos Unite To Ensure Water Security Promote Responsibility The Star 19 03 2025

Antara Dua Alam Yang Berbeza Permandangan Unik Di Brazil

Lirik Lagu Ipg Kpm Yang Rasmi

Malaysian Bar Cautions Against Oversight Body For Judiciary

Fitnah Di Bulan Ramadan Serendah Rendah Akhlak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mywaqafptptn Bantu Mahasiswa Teruskan Pengajian Di Ipt

Reel Legends Become A Slot Champion At 389sports

Sambal Ikan Bilis Dengan Terung Pipit Dan Petai

Berbuka Puasa Di Halal Academy 2025

Doa Bila Hujan Tak Kunjung Berhenti

Mudah Dan Sedap Bila Guna Produk Cap Bunga Rose