Malaysia Dan Risiko Ekonomi


ENTAH mengapa, mutakhir ini seakan ada sesuatu yang masih tidak kena dengan strategi ekonomi Malaysia. Jika bersandarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, Malaysia sepatutnya berada di landasan ekonomi mantap. Kejayaan menjatuhkan kerajaan yang lebih enam dekad mentadbir negara digambarkan sebagai fenomena cukup luar biasa.
Kejayaan menjatuhkan kerajaan yang memimpin demikian lama disambut dengan gegak gempita. Digambarkan kononnya bahawa Malaysia akan kembali bangkit sebagai ‘harimau ekonomi’ berbanding sebelumnya.
Parameter politik dan ekonomi akan dilakukan ‘pengesetan semula’ (resetting) dengan sebaiknya.Sayangnya, setelah hampir 10 bulan berlalu, seakan-akan ada hambatan besar kepada usaha memberdaya ekonomi negara.
Ya, kita disuapkan hampir setiap hari bahawa kononnya ini semua berlaku kerana penyakit syarikat ‘1MDB’. Namun begitu, jika kita meletakkan syarikat 1MDB ini di luar parameter ekonomi sekalipun; tidak banyak perkara baik sedang berlaku.
Idea dan strategi ekonomi masih belum jelas. Walaupun pada ungkapan dan ucapan ia kelihatan positif; hakikatnya pasaran tidak memberi respon baik dan positif.
Seminggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan sebuah badan khas persis Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan diwujudkan oleh kerajaan. Sebelum daripada itu, telahpun diumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas berkait hutang dan liabiliti negara.
Pada pandangan penulis, tindakan dan usaha ini wajar dan tepat. Malahan, ia perlu disegerakan. Idea dan strategi ekonomi negara bergentayangan tanpa haluan yang jelas.
Mandat politik gagal diterjemah kepada usaha merekayasa ekonomi dan daya saing negara. Kerja buat kementerian yang sepatutnya merangka dan menyusun strategi ekonomi juga kelihatan kelesa dan tidak lunas.
Global Risks Report 2019
Penulis baru sahaja tamat membaca The Global Risks Report 2019 yang diterbitkan oleh World Economic Forum. Ini antara laporan WEF yang amat gemar penulis telusuri di awal tahun. Sebahagian pandangan kajian risiko global ini boleh dijadikan kayu ukur kemampuan negara menyusun perencanaan ekonomi.
Apabila memberikan fokus kepada bab khas mengenai negara Malaysia, angka dan laporan yang ditunjukkan tidaklah molek dan menggembirakan.Seakan ada jurang besar di antara ‘risiko global’ dan apa yang sedang kita hadapi di Malaysia.
Sementara di peringkat global, kekhuatiran dan kerisauan masyarakat antarabangsa lebih tertumpu kepada isu-isu seperti perubahan iklim dan cuaca, krisis air, bencana alam buatan manusia dan lain-lain; Malaysia masih berdepan isu-isu rutinan ekonomi.
Antara yang disenaraikan Global Risks Report 2019 sebagai ‘kegusaran ekonomi paling utama’ dalam konteks Malaysia adalah perkara berikut:-
• Pengangguran dan fenomena under employment
• Perdagangan haram
• Inflasi yang tidak terkawal
• Krisis fiskal
• Asset bubble atau gelembung hartanah
• Kejutan harga minyak dan gas
Kegagalan infrastruktur strategik
Penulis tidak mahu menilai setiap isu secara spesifik – kerana ia wajar dilakukan oleh mereka yang sedang merasai “nikmat kuasa” di Putrajaya – namun cukup dikatakan bahawa ia cukup merisaukan.
Nampaknya, sentimen negatif rakyat mengenai kemampuan kerajaan mengurus dasar ekonomi ini dikongsi secara jelas oleh badan penyelidik antarabangsa.
Minta maaf cakap, merujuk kepada kategori failure of national governance, kegagalan pengurusan dan pentadbiran nasional, kedudukan Malaysia berada di tahap yang amat membimbangkan.
Rasanya dalam sidang Parlimen lepas, cukup banyak rakan-rakan dalam kalangan wakil pembangkang mahupun kerajaan bercakap mengenai isu “pengangguran” dan fenomena under employment. Cukup banyak isu yang dibangkitkan – sayangnya, kita masih belum melihat pembuktian bahawa sesuatu sedang dilakukan di peringkat nasional.
Menteri yang diharapkan menjaga kepentingan generasi muda terlalu sibuk dengan usaha pinggiran menjual ruang pemasaran “instagram” dan sebagainya.
Lebih malang lagi, demi menjaga ego peribadi; sanggup pula bergaduh mulut dengan usahawan Melayu. Kegelisahan rakyat berkenaan isu ekonomi tidak boleh ditenangkan melalui ‘twitter’, ‘instagram’ dan media sosial yang lain.
MTEN
Pada hemat penulis, badan pemantau ekonomi ala-MTEN nanti, wajar melihat isu ini secara tuntas dan bersungguh.
Jangan biarkan “kekecewaan” rakyat, khususnya kelompok generasi muda berpendidikan dikecewakan suasana ekonomi suram dan kabur.
Badan ini nanti, seharusnya mampu mengisi segala “kelompangan” idea dan strategi di peringkat paling tinggi di dalam kerajaan. Kita memerlukan idea-idea besar dalam menangani isu yang akrab di hati rakyat. Generasi muda memerlukan visi dan aspirasi jelas daripada kerajaan.
Ini bukannya Malaysia yang mereka undi dan harapkan. Mereka mengharapkan perubahan luar biasa. Bukan perubahan ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga.
Adakala kita disedapkan oleh ayat manis penjaga amanah ekonomi supaya bersabar untuk tempoh tiga tahun yang akan datang. Ironi, kerana mereka beria-ia mengatakan mampu menyelesaikan isu ekonomi dalam masa 100 hari!
Mudah sangat untuk mereka menawarkan janji baru untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam 1000 hari. Ibaratnya seperti “mengalih kain ke balik rumah; mengalih kata ke hadapan”.
Terus terang, penulis tidak yakin rakyat mahu dan rela menunggu sebegitu lama. Sebahagian besar mereka yang terbuai dengan janji palsu, sudah semakin kecewa dan gusar. Hidup mereka di kampung tertekan.
Kehidupan anak cucu mereka di bandar juga turut terhimpit. Di mana strategi dan ikhtiar kerajaan? Apa strategi baru yang sudah dilaksanakan?
Penulis mengharapkan kalangan pembuat dasar dan strategi ekonomi negara melihat dapatan Global Risks Report 2019 dan melihat ke mana destinasi sebenar yang sedang mereka aturkan.
Harapan rakyat menggunung tinggi; namun setakat ini mereka dikecewakan dengan prestasi pemimpin yang kelalap dan tenggelam.
Nyatanya, strategi ekonomi dan agenda kesejahteraan rakyat yang ditawarkan kerajaan belum padu dan ampuh. Rakyat masih berasa tertekan.
Setakat hari ini, kerajaan belum mampu meletak diri sebagai “kayu besar di tengah padang; tempat bernaung kepanasan; tempat berlindung kehujanan”.
Yang ada dan menjadi tamsilan, hanyalah mereka yang bermuslihat untuk kepentingan diri sendiri.
DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN ialah Ahli Parlimen Kepala Batas.
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/02/12/malaysia-dan-risiko-ekonomi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dap Ph Tiada Perancangan Untuk Ekonomi Malaysia

Kerajaan Dap Ph Tiada Perancangan Untuk Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 342 hits
Heboh sekarang ringgit Malaysia yang semakin menurun berbanding matawang asing terutama Thai Baht Thailand mengekalkan pemisahan jelas antara tindak tanduk politik dengan dasar ekonomi Walaupun negara mereka telah dilanda pelbagai krisis po...
Investor Lebih Khawatir Ekonomi Global Ketimbang Risiko Politik

Investor Lebih Khawatir Ekonomi Global Ketimbang Risiko Politik

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 242 hits
Investor institusi yang mengkhawatirkan kondisi politik domestik sebanyak 25 6 persen dan kondisi keamanan sebanyak 20 3 persen Sedangkan investor yang menjadikan kondisi ekonomi dalam negeri sebagai faktor risiko hanya 4 persen
Malaysia Perlu Budaya Baru Kata Pkr

Malaysia Perlu Budaya Baru Kata Pkr

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 382 hits
Dan Pesta Beer ini telah menjadi halangan untuk rakyat berbilang kaum bersatu Ini disebabkan Pesta Beer ini belum lagi di anggap sebagai budaya rasmi negara jadi ramai yang menentangnya terutama sekali Umat Islam yang ingin masuk ke syurga ...
The Incredulous Figures Of Visitor Arrivals Into Malaysia

The Incredulous Figures Of Visitor Arrivals Into Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 231 hits
According to a Jan 25 Bernama report between 20 and 30 percent of the estimated 23 million tourists who entered Malaysia last year were found to have overstayed in the country Based on an average of 25 percent it would mean there were 5 750...
Umt Jabatan Meteorologi Malaysia Tandatangani Mou Bangun Sistem Sebaran Maklumat Oseanografi

Umt Jabatan Meteorologi Malaysia Tandatangani Mou Bangun Sistem Sebaran Maklumat Oseanografi

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 327 hits
PUTRAJAYA 25 Jan 2019 Universiti Malaysia Terengganu sekali lagi menandatangani perjanjian MoU dengan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi meningkatkan sistem amaran dan sebaran maklumat berkaitan kejadian bencana ribut dan tsunami UMT diwakil...
Inilah Gambar Tuan Punya Badan Yang Mengecewakan Kamal Adli Dan Ramai Jejaka Malaysia

Inilah Gambar Tuan Punya Badan Yang Mengecewakan Kamal Adli Dan Ramai Jejaka Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 1424 hits
Selepas seharian tular akibat penyebaran gambar mesra bersama pelakon Emma Maembong Syed Abdullah Syed Abd Rahman 30 tampil dengan luahan permohonan maaf secara terbuka Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddi...
Ribuan Netizen Indonesia Kagum Ketegasan Malaysia Terhadap Israel

Ribuan Netizen Indonesia Kagum Ketegasan Malaysia Terhadap Israel

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 867 hits
Kali ini Geng Bawang Indonesia pula kagum Ketegasan Syed Saddiq terhadap Israel Ketegasan Syed Saddiq Syed Abd Rahman terhadap Israel pada wawancara BBC Hard Talk pada 24 Januari yang lalu telah menarik perhatian seluruh warga dunia khususn...
Takbir Berkumandang Sebaik Bendera Malaysia Berkibar Di Masjid Al Aqsa

Takbir Berkumandang Sebaik Bendera Malaysia Berkibar Di Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 929 hits
PALESTINE Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan tegas Kerajaan Malaysia tidak mengizinkan atlet Israel beraksi untuk Kejohanan Renang peringkat Antarabangsa yang dijangka berlangsung di Sarawak nanti badan induk sukan tersebut iaitu IPC...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut