Malaysia Dalam Kedudukan Tertinggi Jurnal Palsu Pangkalan Data Akademik Global


 MalaysiaNow 
Pendedahan ini menimbulkan persoalan bukan sahaja tentang kualiti penyelidikan tetapi kredibiliti ranking universiti Malaysia di peringkat global.

Kajian Macháček dan Srholec mendapati Malaysia berada di kedudukan kelima daripada 20 negara paling aktif meneribitkan jurnal pemangsa ini. Gambar: AFP Sejumlah besar jurnal ilmiah rakyat Malaysia antara lebih 300 “jurnal palsu” ditemui dalam pangkalan data global yang digunakan untuk mengukur ranking tahunan institusi pengajian tinggi di peringkat global.
Jurnal palsu yang juga dikenali sebagai “jurnal pemangsa” (predatory journals), adalah penerbitan dengan kualiti penyelidikan rendah dan isi yang boleh dipersoalkan, dan seringkali terlalu mudah menerima artikel tanpa meneliti dan dalam kebanyakan kes, hanya mementingkan bayaran yuran.
Sejumlah 324 jurnal diterbitkan di seluruh dunia didapati menyusup masuk dalam Scopus, pangkalan data global berpusat di Belanda yang menghimpunkan lebih 30,000 jurnal merangkumi sains manusia, sains sosial, sains fizikal dan sains kesihatan.
Pendedahan ini, selain memperbaharui perdebatan berhubung kualiti hasil penyelidikan daripada univesiti di Malaysia, turut menyebabkan ranking tahunan universiti Malaysia di peringkat global dipersoalkan.
Sekurang-kurangnya dua organisasi terkemuka seperti Times Higher Education dan QS, bergantung dengan data daripada Scopus sebelum mengeluarkan ranking tahunan universiti seluruh dunia.
Lebih banyak hasil kerja ahli akademik dipetik oleh Scopus, universiti berpeluang lebih cerah untuk menaikkan kedudukan mereka dalam ranking global.
Pendedahan terbaru ini berdasarkan hasil kerja dua ahli ekonomi dari Czech Republic, Vít Macháček dan Martin Srholec yang menghasilkan analisis berdasarkan negara tentang jurnal dipersoalkan ditemui di Scopus antara 2015 hingga 2017.
Walaupun lubuk utama jurnal pemangsa datang dari negara populasi besar seperti India, Indonesia, Filipina dan Mesir, penyenaraian Malaysia sebagai antara negara tertinggi mempunyai jurnal sebegitu akan memberikan kesan buruk kepada kualiti hasil kerja akademik tempatan.
Antara kriteria Scopus untuk jurnal akademik diindekskan dalam pangkalan data mereka ialah kualiti anggota sidang pengarang termasuk penerbitan secara konsisten.
Pada 2014, dikatakan lebih banyak artikel akademik Malaysia diindekskan oleh Scopus – hampir 47,000 – berbanding dari Thailand dan Singapura.
Bagaimanapun, kajian Macháček dan Srholec mendapati Malaysia berada di kedudukan kelima daripada 20 negara paling aktif meneribitkan jurnal pemangsa ini.
Paling tinggi ialah Kazakhstan dengan 17% artikel seperti itu, diikuti dengan Indonesia (16.7%), Iraq (13%), Albania (12%) dan Malaysia (11.6%).

Malaysia juga termasuk dalam senarai 20 teratas jurnal palsu dalam tiga bidang: sains kesihatan, sains fizikal dan sains sosial, mendapat tempat kedua dalam sains fizikal dan sains sosial.
“Di negara-negara ini, amalan penerbitan jurnal pemangsa secara nyata menjadi masalah sistemik di peringkat nasional, tidak terhad kepada kluster tertentu,” kata Macháček dan Srholec dalam penemuan mereka.
Penemuan ini sudah pasti akan menghidupkan kembali perdebatan tentang isu penipuan akademik di universiti-universiti di Malaysia.
MalaysiaNow difahamkan, kali ini sesetengah pihak dalam kalangan komuniti ahli akademik terganggu dengan kemungkinan kebanyakan penyelidikan dipersoalkan yang diterbitkan dalam jurnal pemangsa ini dibiayai menggunakan dana awam melalui geran daripada kerajaan.
Kerajaan mengiktiraf lima universiti sebagai universiti penyelidikan seperti: Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.
Peruntukan berjuta ringgit diberikan kerajaan kepada universiti-universiti ini dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan.
Sementara itu, pendedahan terbaru ini mungkin memberikan tambahan hujah kepada pengkritik bahawa Scopus dan ranking universiti global tidak seharusnya menjadi pengukur bagi menilai hasil penyelidikan.
“Disebabkan terlalu obses mengejar ranking global lebih tinggi, kebanyakan universiti di Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menjadikan Scopus sebagai kayu pengukur,” kata seorang ahli akademik kanan universiti awam terkemuka kepada MalaysiaNow.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/malaysia-dalam-kedudukan-tertinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjana Profit Dan Buat Untung Pelaburan Secara Selamat Bersama B4u Global Malaysia

Menjana Profit Dan Buat Untung Pelaburan Secara Selamat Bersama B4u Global Malaysia

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 345 hits
Menjana Profit Dan Buat Untung Pelaburan Secara Selamat Bersama B4U Global MalaysiaJika anda mahu menjana profit dan buat untung pelaburan secara selamat menjana pendapatan pasif dan aktif setiap bulan Paksu syorkan anda melabur di platform...
Cara Untuk Buat Pendapatan Pasif Patuh Syariah Di Malaysia Bersama B4u Global Investment

Cara Untuk Buat Pendapatan Pasif Patuh Syariah Di Malaysia Bersama B4u Global Investment

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 170 hits
Cara Untuk Buat Pendapatan Pasif Patuh Syariah Di Malaysia Bersama B4U Global InvestmentB4U Global Investment sentiasa memastikan halal haram dalam semua aktiviti perniagaannya dalam memastikan para pelabur menjana pendapatan pasif patuh sy...
Malaysia S Rate Of Covid 19 Testing Above Global Standard Health Dg

Malaysia S Rate Of Covid 19 Testing Above Global Standard Health Dg

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 181 hits
COVID 19 The Health Ministry today defended the rate of its coronavirus testing saying that it is above par compared to the global standard set by the World Health Organisation Health director general Dr Noor Hisham Abdullah told a press co...
Buat Investment Yang Menguntungkan Di Malaysia Bersama Platform B4u Global

Buat Investment Yang Menguntungkan Di Malaysia Bersama Platform B4u Global

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 204 hits
Jika anda mahu menjana pendapatan pasif secara harian mingguan atau bulanan jom Paksu perkenalkan buat investment yang menguntungkan di Malaysia bersama B4U Global Syarikat B4U merupakan company investment dari Malaysia mempunyai puluhan bi...
B4u Global Telah Terbukti Syarikat Investment Yang Selamat Di Malaysia

B4u Global Telah Terbukti Syarikat Investment Yang Selamat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 319 hits
B4U Global Telah Terbukti Syarikat Investment Yang Selamat Di MalaysiaJika anda mahu menjana pendapatan pasif setiap bulan dengan buat pelaburan melabur di syarikat B4U Global adalah tindakan bijak kerana telah terbukti syarikat investment ...
Malaysia Needs To Be More Granular In Data Analysis To Handle Covid 19

Malaysia Needs To Be More Granular In Data Analysis To Handle Covid 19

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 140 hits
Malaysia needs to be more granular in the data analysis in order to have a better grip in handling the Covid 19 pandemic said Prime Minister s Special Adviser on Public Health Dr Jemilah Mahmood As Covid 19 has hit the country for over a ye...
10 Negara Dengan Lambakan Sugar Daddy Tertinggi Di Asia Malaysia Nombor Berapa

10 Negara Dengan Lambakan Sugar Daddy Tertinggi Di Asia Malaysia Nombor Berapa

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 405 hits
Menurut SeekingArrangement laman Sugar Dating terbesar dunia Malaysia merupakan negara mempunyai bilangan sugar daddy paling tinggi di Asia Jangan terkejut atas dulu dengan arus kemodenan dan kehidupan yang semakin mencabar ramai memilih ja...
Apdm Kpm 2021 Cara Kemaskini Pangkalan Data Murid Penjaga

Apdm Kpm 2021 Cara Kemaskini Pangkalan Data Murid Penjaga

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 481 hits
Cara Kemaskini Pangkalan Data Murid di APDM KPMAplikasi Pangkalan Data Murid atau APDM KPM secara amnya merupakan satu Modul Pengurusan Murid yang diakses oleh guru guru atau pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar untuk memas...
Dapat Dividen Setiap Bulan Bersama B4u Global Malaysia

Dapat Dividen Setiap Bulan Bersama B4u Global Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 245 hits
Dapat Dividen Setiap Bulan Bersama B4U Global MalaysiaJika anda mahu menjana pendapatan pasif dapat dividen setiap bulan Syarikat B4U Global Malaysia Paksu syorkan untuk anda pertimbangkan untuk turut serta melabur Prestasi B4U yang cemerla...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid

Hafizh Syahrin Arrc 2024 Jdt Racing Team