Malaysia Belanda Menegaskan Semula Komitmen Terhadap Mh17


    Foto oleh Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia serta Belanda menegaskan semula komitmen kedua-dua negara dan berazam untuk mencari kebenaran, keadilan dan kebertanggungjawaban bagi mangsa Penerbangan MH17, Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 dan waris mereka.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatan beliau dari Belanda, Stef Blok, yang sedang melawat negara ini, menegaskan semula komitmen itu dalam pertemuan mereka di Wisma Putra di sini hari ini.

Loading...
"Tragedi ini menjadikan hubungan Malaysia dan Belanda bertambah akrab,” kata Saifuddin dan Blok dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan susulan pertemuan dua hala mereka, yang antara lain menyentuh tentang tragedi MH17 yang mengorbankan 196 rakyat Belanda dan 43 rakyat Malaysia.

Pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan kesemua 298 di dalamnya.

"Lembaga penyiasat Malaysia dan Belanda akan terus bekerjasama dalam Pasukan Siasatan Bersama untuk mencari kebenaran dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” tegas Saifuddin dan Blok dalam kenyataan bersama itu.


Menurut kenyataan bersama itu, Blok bertemu waris rakyat Malaysia dalam tragedi MH17 selepas mesyuarat dua hala itu dan Kementerian Luar Malaysia diwakili oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Menteri Luar Malaysia dan Menteri Luar Belanda turut membincangkan kerjasama dalam bidang pengeluaran dan penggunaan minyak sawit lestari.

Blok, menurut kenyataan itu, menyuarakan sokongannya terhadap dasar kerajaan Malaysia untuk menambah baik kelestarian minyak sawit dalam setiap langkah rangkaian nilai. Belanda adalah pengimport terbesar minyak sawit Malaysia di Eropah.

Kedua-dua menteri luar turut bersetuju untuk terus mempertingkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan yang telah lama terjalin erat antara kedua-dua negara, dengan melihat Malaysia sebagai pintu masuk ke ASEAN dan Belanda pula pintu masuk ke Eropah.

"Kedua-dua negara mempunyai kepentingan yang jelas dalam sistem perdagangan antarabangsa yang berfungsi dengan baik,” kata mereka.

Blok, menurut kenyataan itu, menegaskan bahawa menjadi kepentingan ekonomi Malaysia dan Belanda untuk menyambung semula perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah-Malaysia.

Belanda adalah pelabur ketiga terbesar di Malaysia dengan lebih 200 syarikat Belanda ketika ini aktif di Malaysia. Belanda merupakan destinasi eksport ke-12 terbesar Malaysia.

Pada 2018, jumlah dagangan antara kedua-dua negara adalah RM32.57 bilion (US$7.82 bilion), daripada jumlah itu, eksport dari Malaysia ke Belanda bernilai RM25.80 bilion (AS$6.19 bilion).

Kenyataan bersama itu menyebut Blok turut mengambil peluang untuk menyampaikan penghargaan kerajaan Belanda kepada Malaysia kerana perkongsian dan kerjasama dalam usaha melindungi kubur perang Belanda di perairan Malaysia.

Saifuddin dan Blok menyimpulkan bahawa Malaysia serta Belanda akan bekerjasama dalam ekspedisi menyelam rasmi untuk menyiasat keadaan di tapak berkenaan.

"Langkah seterusnya adalah untuk mewujudkan pelan pengurusan bersama,” kata mereka.
Menurut kenyataan bersama itu, Blok menyuarakan penghargaan ikhlas Belanda berikutan penyertaan Malaysia dalam Statut Rom awal bulan ini.

Selaku negara tuan rumah Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Belanda mengharapkan untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam memerangi jenayah paling serius yang bebas daripada hukuman, yang membangkitkan kebimbangan komuniti antarabangsa, menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu menyebut Malaysia dan Belanda menegaskan semula kepentingan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) sebagai asas bagi mengehadkan pemilikan senjata nuklear dan perlucutan senjata, dan bersetuju untuk bekerjasama rapat ke arah kejayaan Persidangan Semakan NPT 2020.

Malaysia akan mempengerusikan Jawatankuasa Persediaan Ketiga bagi Persidangan Semakan NPT 2020 tahun ini, manakala Belanda adalah Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Pertama pada 2017.-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/malaysia-belanda-menegaskan-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat

Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Wisma Putra hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbunuh atau tercedera dalam insiden tembakan yang berlaku dalam sebuah trem di bandar Utrecht Belanda semalam Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan h...
Pm Malaysia Tidak Isytihar Perang Perdagangan Terhadap Eu

Pm Malaysia Tidak Isytihar Perang Perdagangan Terhadap Eu

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 329 hits
Malaysia tidak melancarkan perang perdagangan terhadap Kesatuan Eropah tetapi hanya memaklumkan kepada dunia tentang masalah dihadapi Malaysia berikutan keputusan blok itu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel kata Perdana Me...
4844 Persepsi Negatif Terhadap Islam Punca Tragedi Hitam Di Christchurch Malaysia Gazette 16 3 19

4844 Persepsi Negatif Terhadap Islam Punca Tragedi Hitam Di Christchurch Malaysia Gazette 16 3 19

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia beranggapan kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch adalah daripada persepsi negatif dunia terhadap Islam dan penganutnya Demikian menurut Ketua Aktivitisnya Datuk Nadzim J...
Malaysia Mas Boleh Terbang Tinggi Semula Tapi Airasia Tidak Minat Tony Fernandes

Malaysia Mas Boleh Terbang Tinggi Semula Tapi Airasia Tidak Minat Tony Fernandes

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 493 hits
Penutupan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd tidak akan menjadi keputusan yang bijak kata Ketua Pegawai Eksekutif dan CEO Kumpulan AirAsia Tony Fernandes Walau bagaimanapun dia tidak berminat mengambil alih kawalan Terdapat...
Rakyat Malaysia Suka Membuang Hadiah Bekas Kekasih Daripada Menjual Semula

Rakyat Malaysia Suka Membuang Hadiah Bekas Kekasih Daripada Menjual Semula

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 434 hits
Carousell salah satu daripada pasaraya iklan terbesar dan paling cepat berkembang di dunia baru baru ini melancarkan kempen MakeSpaceForLove untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjual barangan bekas kekasih mereka di atas platform Kajian da...
Guan Eng Is Not Aware That Malaysia Is Not One Of The 4 Asian Tigers

Guan Eng Is Not Aware That Malaysia Is Not One Of The 4 Asian Tigers

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 385 hits
The four Asian Tigers are South Korea Taiwan Hong Kong and Singapore not Malaysia Malaysia will return to its Asian tiger status in three years Malaysian Finance Minister Lim Guan Eng said on Tuesday He said the 48 per cent jump in foreign ...
Is Malaysia Moving Towards The Far Right

Is Malaysia Moving Towards The Far Right

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 345 hits
The majority of Malay Muslims in Malaysia would place race and religion over all other concerns Sheith Khidhir The Asean Post Malaysia Truly Asia is the well known slogan that Tourism Malaysia the government agency under the country s Minis...
Malaysia Pas Umno Adik Beradik Kalau Kahwin Sumbang Mahram Kata Hadi

Malaysia Pas Umno Adik Beradik Kalau Kahwin Sumbang Mahram Kata Hadi

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 441 hits
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hubungan PAS dan Umno lebih ke arah ikatan adik beradik dan bukan sebuah perkahwinan Presiden PAS berkata parti Islam itu tidak boleh berkahwin dengan Umno kerana ia umpama hubungan sumbang mahram Macam m...
Singapura Akan Gantung Seorang Lagi Rakyat Malaysia

Singapura Akan Gantung Seorang Lagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 344 hits
Rakyat Malaysia Michael anak Garing didapati bersalah kerana membunuh 4 tahun lalu di Singapura PETALING JAYA Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan dihukum gantung minggu ini 5 bulan selepas pihak berkuasa Singapura menolak rayuan pengam...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi