Malaysia Bakal Raih Keuntungan Daripada Krisis Tenaga


Ahmad Mustakim Zulkifli Walaupun kesan positif dijangkakan, negara harus berdepan kesan kenaikan harga minyak.

Loji cecair gas asli atau LNG di Maryland, US. Menurut pakar, krisis tenaga Eropah akan memberikan kesan positif kepada Malaysia kerana negara ini adalah pengeksport LNG. Gambar: AP Seorang ahli ekonomi berkata kesan negatif terhadap Malaysia berikutan krisis tenaga dan bahan bakar di Eropah baru-baru ini tidak begitu membimbangkan, walaupun pihak berkuasa global bergelut dalam usaha mengatasi masalah kekurangan bekalan sehingga menyaksikan kenaikan harga gas dan elektrik awal minggu ini.
Di Eropah, harga perkhidmatan elektrik mencapai paras tertinggi bulan lalu sementara harga gas melonjak sebanyak 600% tahun ini.
Sementara itu, pengguna di Sepanyol dan Portugal membayar €175 (RM845) bagi setiap megawatt jam (MWh), sementara di United Kingdom (UK) harga melonjak kepada €183.84 (RM887) bagi setiap MWh.
Harga minyak mentah global pula meningkat kepada paras tertinggi sejak tujuh tahun lalu dengan harga AS$80 (RM332) setong.
Bagaimanapun, ketika dihubungi MalaysiaNow, ketua ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata krisis tenaga Eropah akan memberikan kesan positif kepada Malaysia kerana negara ini adalah pengeksport cecair gas asli (LNG).
“Lonjakan harga gas dunia memanfaatkan industri minyak dan gas negara.
“Sebagai contoh, pada bulan Julai dan Ogos, eksport LNG telah mencatatkan kenaikan yang besar bagi 69.9% dan 110.2% untuk kedua-dua bulan tersebut,” katanya.
Ketika ekonomi mula menuju pemulihan daripada pandemik Covid-19, pada masa sama permintaan untuk gas pula meningkat berikutan kekurangan bekalan.
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan sekutu-sekutu bukan Opec tahun lalu bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah kepada 10 juta tong sehari. Ia kemudian menurun kepada hanya 5.8 juta tong sehari.
Opec berkata pengeluaran akan kembali ke tahap pra-pandemik pada 2022.
Afzanizam berkata, ketidakseimbangan pasaran komoditi juga turut memberi kesan kepada komoditi lain seperti arang batu dan minyak mentah.
Kenaikan harga komoditi bermaksud Malaysia, sebagai pengeksport komoditi utama akan mendapat keuntungan.
Namun, beliau turut mengingatkan ketidakseimbangan ini akan memberi impak terhadap tekanan inflasi global.
“Namun, ia juga boleh memberi kesan kepada tekanan inflasi global. Perkara ini bakal menjadi mangkin kepada bank pusat dunia seperti Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk menaikkan kadar faedah pada tahun hadapan.
“Situasi ini akan melihat sentimen yang agak negatif kepada pasaran saham berikutan bahawa tanggapan bahawa peningkatan kadar faedah akan meningkatkan momentum pertumbuhan ekonomi,” katanya
Ahli ekonomi Yeah Kim Leng sementara itu bersetuju Malaysia hanya akan mengalami sedikit kesan akibat krisis tersebut kerana bekalan minyak mentah dan gasnya.
Bagaimanapun, katanya, lambat laun, negara juga tetap akan menghadapi kesan negatif daripada kenaikan harga minyak.
“Akan ada kesan mengejutkan daripada kenaikan harga bahan bakar terhadap pengeluaran dan kos pengangkutan yang meningkatkan tekanan inflasi,” kata Yeah yang merupakan pensyarah di Universiti Sunway kepada MalaysiaNow.
“Walaupun kerajaan boleh kurangkan impak kenaikan harga melalui subsidi, ia kemungkinan diberikan secara separuh kerana subsidi penuh akan menjadikan kosnya mahal dan tidak efisien.”
Yeah berkata kebimbangan utama ketika ini adalah kelembapan ekonomi global, yang turut memperlahankan usaha pemulihan ekonomi Malaysia melalui saluran perdagangan dan pelaburan.
Namun beliau berkata simpanan wang kerajaan dijangka akan meningkat disebabkan harga minyak yang lebih tinggi, sementara syarikat petroleum kebangsaan Petronas berada pada posisi yang baik bagi memperkukuhkan aliran tunainya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/malaysia-bakal-raih-keuntungan-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Malaysia Terengganu Bakal Tempang Tanpa Enam Pemain

Piala Malaysia Terengganu Bakal Tempang Tanpa Enam Pemain

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 270 hits
Foto FAMKuala Lumpur Piala Malaysia bakal bersambung pada 29 dan 30 oktober ini pasukan B23 negara sedang dalam fasa latihan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia B23 2022 pada 27 hingga 31 oktober 2021 di Mongolia Foto FAMSeramai lima pemai...
Prn Melaka Gabungan Pas Bersatu Bakal Kalah Teruk Lapor Portal

Prn Melaka Gabungan Pas Bersatu Bakal Kalah Teruk Lapor Portal

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 196 hits
perakinsights com PRN Melaka yang bakal diadakan dijangka menjadi penentu landskap politik di peringkat nasional menuju PRU15 Ia terutama berkaitan kekuatan gabungan Perikatan Nasional antara Bersatu dengan PAS yang sama ada berisiko kalah ...
Baby 2 Is Coming Di Usia 2 Tahun Rayyan Bakal Jadi Abang Elfira Kongsi Berita Gembira

Baby 2 Is Coming Di Usia 2 Tahun Rayyan Bakal Jadi Abang Elfira Kongsi Berita Gembira

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 294 hits
Nampaknya tak lama lagi pelakon cantik Elfira Loy bakal menimang cahaya mata kedua Berita gembira tersebut dikongsi sendiri olehnya melalui laman instagram Menurut perkongsian di laman instagramnya Elfira yang mesra dipanggil EL memegang be...
Rumah Baby Ahha Untuk Anak Bakal Lahir Atta Aurel Bina Rumah Agam Sambut Cahaya Mata

Rumah Baby Ahha Untuk Anak Bakal Lahir Atta Aurel Bina Rumah Agam Sambut Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 216 hits
Tidak mahu terlambat pasangan selebriti Indonesia Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar sudah mempersiapkan sebuah rumah untuk menyambut kelahiran bayi perempuan pertama mereka dengan membina sebuah rumah agam bak istana Rumah yang dibina se...
Zahid Bakal Terkonteng Konteng

Zahid Bakal Terkonteng Konteng

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 337 hits
Sembang dah sembang cakap dah tinggi Jangan lepas ni jadi sekadar sembang kosong syok sendiri Ada baik letak jawatan kurang kan kontroversi dan lialibiliti kepada umno
Kertas Pandora Bakal Jadi Punca Anwar Ibrahim Menarik Semula Mou Ph

Kertas Pandora Bakal Jadi Punca Anwar Ibrahim Menarik Semula Mou Ph

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 193 hits
Datuk Kamal mengulas sikap pelik Speaker Dewan Rakyat yang masih enggan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk mengusulkan perbahasan mengenai Kertas Pandora
Hongseok Pentagon Bakal Terajui Drama Shadow Beauty

Hongseok Pentagon Bakal Terajui Drama Shadow Beauty

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 223 hits
Hong seok dari kumpulan PENTAGON akan berubah menjadi pelatih idola tampan untuk siri asal baru Kakao TV Shadow Beauty Hong seok telah disahkan memegang watak sebagai Lee Jin sung Lee Jin sung adalah watak yang tidak dapat bergaul dengan ra...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat