Malapetaka Maahad Tahfiz Salah Siapa
Innalillah, itulah perkataan yang selayaknya kita cakap, bukan apa, kemalangan dah berlaku, kematian dan ditakdirkan, banyak jiwa muda meninggal, bukan di keramat, tapi malapetaka maahad tahfiz ni berlaku tak kira masa, kes kena pukul, kebakaran, boleh kata banyak kali berlaku. Kenapa benda ni terjadi ? Ia, hari ini hari Jumaat, jawapan segala fitnah nih, ada, dalam Al-Quran, lagi lagi surah akhir zaman, Al-Kahfi. Jangan pakai pendapat aku nih, confirm sesat korang baca
1. Dillaporkan dalam akhbar utama, akhbar utama, media viral, alternatif, wassap group keluarga, banyak yang meninggal, mati dalam kekejaman ni adalah budak bawah 12 tahun
2. Dalam quran, ada ke Allah cerita pasal kematian budak-budak ? Ye , ada, dalam surah Al-kahfi, dalam bahagian dialog Musa dan Khidir.
3. Kalau kau baca, Khidir bunuh budak tuh, tapi Musa jenis kurang sabar, persoal kenapa Khidir bunuh budak tuh
4. Khidir dah pesan awal awal, kalau ilmu tak cukup tinggi, kau akan hilang sabar.
5. Musa dapat jawapan kepada pembunuhan budak tuh, selepas tiga kali gagal bersabar dalam tindak tanduk khidir
6. Akhirnya Musa diberikan jawapan, budak itu terpaksa dibunuh, kerana takut dia akan menderhaka kepada kedua ibu bapanya, takut dia buat hal bila dah besar
7. Kalau kita baca Quran guna mata khidir, baca guna teknik bertanya, atau kita ada terfikir tak, kenapa anak tuh boleh jadi jahat
8. Biasakan, kalau anak jadi jahat secara sengaja ? ke kita salahkan pengaruh luar
9. Bukanke dalam hadith berkata, anak itu agamanya fitrah islam, ibu bapa yang menentukan samada dia yahudi,nasrani atau najusi
10. Jadi Khidir ini buat atas alasan apa ? Khidir ni bunuh guna akal dia je ke, atau Allah yang ilhamkan kepada Khidir ?
11. Jadi kalau fikir balik, kita nampak tak kaitan kisah ini dengan situasi sekarang
12. Bukan sekadar kebakaran, tapi juga kes pukul, kes rogol, kes cabul, semuanya jadi fitnah kepada maahad tahfiz
13. Kenapa budak budak ni kena tinggal dalam asrama, sedangkan mak bapak yang patut didik mereka dengan kasih sayang
14. Kalau anak yatim takpa lagi, tapi ada juga anak orang kaya, kita ni sibuk cari harta ke, buat kerja mudah tinggalkan anak kita
15. Banyak lagi fitnah yang berlaku, ada yang kata khianat, ada yang kata sistem pendawaian tak ikut standard, ada yang kata kutip derma tak ikut peraturan
16. Ada juga yang kata budak-budak ini tiada masa depan, lagi kesian
17. Ada yang kutuk juga, hafal saja quran, tapi tak faham, tak boleh tegur pihak berkuasa yang melakukan korupsi
18. Lagi sedih, peristiwa ini berlaku, selepas berlaku keputusan pelik pemimpin kita
19. Apa yang berlaku, kita jawab Innalillah, tak cukup
20. Kembali kepada Allah, bermakna, kembalilah kepada hukum yang Dia tentukan
21. Kembalilah kepada Quran dan Sunnah
22. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. (QS10:44)
23. Semua orang berganding bahu, pelbagai ilmu dan bidang, bersatu pada tali Allah,
24. Jadi kita tahu dah salah siapa sekarang ? tak perlu sebut dengan mulut, biarlah hati yang menghukum, sabarlah
25. Baca yassin bagus, tapi hari Jumaat, bacalah alkahfi betul betul
26. Dajal itu membawa petanda akhir zaman
27. Jadi Al-kahfi tuh juga adalah solusi masalah akhir zaman
28. Aku cakap tak boleh pakai sebab ilmu terbatas
29. Doakan maahad akan lebih maju
30. Sebab aku yakin, mereka akan mengubah nasib bangsa dan negara kita
FaizSaaid
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/malapetaka-maahad-tahfiz-salah-siapa/